Blog List

Thursday, 4 February 2016

PROSES DAKWAT

                Proses menggelek dakwat pada permukaan linoleum.

                                   Hasil cetakan blok kayu.


           Proses menggunakan beberapa kepingan lino sekiranya 
           menggunakan lebih dari satu warna untuk cetakan.

                                Beberapa 'edisi' cetakan lino.

IMEJ DIUKIR DIATAS LINOLEUM





Proses Cetakan Timbulan:

  • Cetakan timbulan ialah proses mengukir ke dalam dan meninggalkan bahagian yang timbul untuk diletakkan dakwat dan dicetak.


    Antara jenis cetakan timbulan ialah :
    •   cetakan lino
    •   cetakan blok kayu
    •   cetakan timbul/kolograf / kolaj
    Bahan-bahan  seni cetakan timbulan dan kegunaannya:
    •   Kepingan linolium
    •   Blok kayu
    •   Bahan yang mempunyai jalinan seperti daun kering atau kertas dilekatkan di atas       kadbod untuk diletakkan warna cetakan ke atas Cetakan kolograf dan kolaj
    •   Set alat ukiran   Mengukir imej yang dikehendaki (lino & blok kayu)
    •   Penggelek warna / roller   Meratakan warna pada blok yang hendak dicetak
    •   Kepingan kaca (digunakan untuk menggelek warna dan meratakan warna)
    • Blok kayu  (- untuk mendapatkan imej yang dikehendaki)
  •   Minyak linsid   (untuk mencairkan dakwat cetakan)
  •   'Newsprint' (untuk mendapatkan imej cetakan)


Beberapa mata pisau pengukir berlainan bentuk memberi kesan yang berbeza.

Proses mengukir atas blok/kepingan linoleum  menggunakan pisau pengukir.

Kertas Cetakan :

Mengosok belakang kertas cetakan menggunakan lengkungan sudu 
untuk memastikan dakwat benar-benar rata pada kertas cetakan.

                            Imej cetakan yang terhasil.

         Beberapa siri cetakan asli yang dipanggil 'Edisi'.

Proses Cetakan Timbulan


             Proses mengukir imej pada permukaan blok kayu.

   Menggelek dakwat ke atas permukaan blok kayu yang telah diukir

Proses Penghasilan diatas blok Kayu 

  • Selepas melakar di atas sekeping blok kayu , alat pengukir digunakan untuk mengukir corak  atas lakaran pada blok tersebut.  
  • Bahagian yang dibuang atau diukir tidak akan menerima dakwat.  Ia akan  meninggalkan kesan putih pada permukaan cetakan. Bahagian blok yang timbul pula akan disapu dakwat cetak dengan menggunakan penggelek.  
  • Dakwat akan digelek dipermukaan cermin sehingga tiada kesan 'bubble' dan kemudian penggelek berdakwat itu akan digelek ke atas permukaan blok kayu yang siap diukir. 
  • Sehelai kertas akan diletak di atas permukaan blok kayu dan digosok dengan belakang lengkungan sudu untuk meratakan dakwat.  Kertas diangkat daripada blok kayu.  Kesan cetakan terhasil.  Bahagian yang timbul pada blok kayu dicetak secara terbalik dan bahagian yang tenggelam kekal kosong.  Jika menggunakan lebih daripada satu warna, blok yang berasingan akan digunakan untuk setiap warna. 
            Alatan dan Bahan Cetakan
                      Set alat pengukir.

                                    Dakwat cetakan.


                                        Penggelek.


                                 Kepingan Blok kayu.


                                 Kepingan Linoleum.


.

PENGHASILAN KARYA / REKACIPTA







ABDUL LATIFF BIN LONG
Tukang Ulung Ukiran Kayu (2013)
Negeri : Kelantan
Tarikh Lahir : 22 Disember 1946


i. Tahap penghasilan karya / rekacipta

a) Eksklusif
1. Hasil rekaannya pernah dijadikan hiasan pintu serta dinding di bebebrapa bangunan besar, termasuk Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), Pejabat Penerbangan Malaysia (MAS) di London, Tokyo, Hong Kong dan Los Angeles

b) Pasaran Khusus (Niche market)
1. Pada awal penglibatan, Che Latif telah membuka sebuah bengkel secara kecil sahaja di laman rumahnya yang beralamat Batu 1 ¼ , Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
2. Che Latif juga menghasilkan produk-produk yang dijual kepada pihak atau individu tertentu sahaja untuk tempahan khas.

ii. Karya / rekacipta yang menjadi ikutan (trend-setter).
Beliau boleh mengukir pelbagai jenis ukiran seperti Singahsana Istana, mimbar masjid, rumah tradisional melayu,sarong keris, ukiran pintu, siling dan dinding.

iii. Inovasi dalam menghasilkan karya atau reka cipta
Ketika berumur 17 tahun, beliau mula membuat kajian dari segi Sarong Keris dan Ulu Senjata Melayu di merata – rata tempat daerah, kampung – kampung seluruh negeri. Kebolehan beliau dalam bidang ukiran kayu tiada tandingan. Keunikan ukiran beliau ialah corak Bunga Lada Hitam pada mimbar serta teknik ukiran Tebuk Timbul Silat. 

PENGIKTIRAFAN DAN PENCAPAIAN
i. Pengiktirafan ke atas kepakaran
Beliau mendapat pengiktirafan semasa membuat Singahsana Istana Negara, Kuala Lumpur iaitu pingat Pertabalan DYMM (SPB) Yang Di Pertuan Agong ke VII iaitu Sultan Hj. Ahmad Shah Pahang pada 06 Oktober 1980.

ii. Pengiktirafan ke atas karya / reka cipta
Beliau terkenal sebagai pengukir kayu tradisional di Kelantan.Kemahirannya mengukir, termasuk mimbar masjid yang menjadikan nama beliau terkenal bukan sahaja di dalam, malah di luar negara.

iii. Pencapaian kerjaya
Antara ciptaan terbesar beliau adalah ukiran di dinding dan bangunan dalam Dewan Undangan Negeri( DUN ) di Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.  Bagi memperkembangkan lagi industri  ukiran kayu di peringkat global beliau telah mengesyorkan kepada Datok Yaakob Latif iaitu Datok Bandar Kuala Lumpur supaya dibentangkan dalam sidang parlimen untuk memartabatkan lagi industri ukiran kayu tersebut.

iv. Dokumentasi
Menghasilkan beberapa buah buku untuk didokumentasikan sebagai rujukan kepada agensi – agensi kerajaan, swasta khususnya untuk arkitek, penuntut – penuntut IPTA dan IPTS. Contohnya buku Jenis Bunga Melayu.


SUMBANGAN DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI KRAF NEGARA
i. Menurunkan kemahiran
Che Abdul Latif telah menurunkan kemahiran yang dimiliki melalui latihan, mengajar serta mewariskan kemahiran dan kepakarannya kepada masyarakat setempat, antaranya Rosli Bin Mohd Tahir. Pernah menjadi guru pengukir Lembaga Kraftangan Malaysia, Temerloh pada 01.04.1975.

ii. Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu
Menyertai Promosi Kraf Malaysia sempena HKK 2007

iii. Menjadi pakar rujuk
Sebagai Panel Penasihat menyuarat Lembaga Kraftangan Malaysia pada tahun 1974 dan menjadi penasihat kepada Persatuan Arkitek Malaysia.

KOMITMEN YANG TINGGI DALAM MEMARTABATKAN SENI KRAF WARISAN NEGARA

i. Menambah ilmu dan mempertingkatkan kemahiran
Sentiasa dikunjungi oleh penuntut – penuntut IPTA dan IPTS serta mengadakan bengkel – bengkel di Universiti tempatan.

ii. Nilai falsafah dan identiti dalam memartabatkan kraf warisan
Faktor pendorong kepada beliau supaya meneruskan seni pertukangan kraf tradisional ialah ayah beliau iaitu Che Long bin Yusoff yang dikenali sebagai Dr.Che Long.


TOKOH UKIRAN DIMALAYSIA

Wan Su Othman

PictureBeliau dilahirkan pada tahun 1899 di Pengakalan Kubu, Tumpat, Kelantan merupakan tokoh seni ukir terkenal di Besut, Terengganu. Mewarisi bakat seni datuk saudaranya Nik Wan Ali, tukang ukir di Istana Patani. Sejak kanak-kanak lagi, bakat sebagai pengukir telah menyerlah pada diri beliau. Ketika berusia 12 tahun, beliau telah melukis dan mengukir watak-watak dalam wayang kulit Melayu. 

Hasil ukiran utama Wan Su ialah pintu utama Muzium Negara, pintu utama dan Dewan Santapan Istana Sultan Pahang di Pekan, Dewan Santapan Istana Sultan Selangor, Rumah Sri Tanjung Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Istana Badariah, Kuala Terengganu, Panca Persada Bersiram Tebal, Istana Maziah, Kuala Terengganu, Logo Hijrah, dan Logo Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. 


Wan Su pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Adiguru Kraf dalam bidang seni ukir kayu pada tahun 1985 oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Tokoh Budaya ASEAN di Brunei Darussalam pada tahun 1993. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan melatih generasi muda dalam bidang seni ukir di galerinya iaitu Galeri Wan Su di Besut, Terengganu. Pada tahun 1997, beliau merupakan penerima Anugerah Seniman Negara yang ketiga.

UKIRAN KAYU DALAM MASYARAKAT MELAYU

Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.



Ukiran Senibina Rumah Tradisional Melayu


Kukur kelapa                                          Hulu keris


Congkak                                   Kepala Perahu


Perabut                                          Kepala Katil


MOTIF UTAMA UKIRAN MELAYU
  1.  Motif flora, sulur dan daun, tampuk manggis, bunga teratai, daun keladi dan bunga sukun.
  2. Motif fauna, contohnya ayam, badak dan itik (ayam berlaga, badak mudik dan itik pulang petang)
  3. Motif angkasa atau kosmos yang menerapkan gambaran awan larat seperti bintang, matahari, bulan dan bukit bukau
  4. Motif Geometri menampilkan bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang disusun berderet. Kadangkala bentuk segitiga ini dicantum dengan sulur-sulur tumbuhan. Biasanya, motif-motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih dan barang-barang tembaga.
  5. Motif seni khat atau kaligrafi, menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan Quran dan tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid dan surau serta pada alat-alat keagamaan seperti rehal.

Motif Kaligrafi Jawi/seni khat
ALAT UKIRAN

Alat-alat yang digunakan untuk seni ukiran adalah seperti gergaji, ketam, tukul besi dan paling penting pahat.

POLA LENGKAP

Bentuk ini menggabungkan ciri-ciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk ini menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah, dahan, daun, putik dan sulurnya

Picture

POLA PEMIDANG
Bentuk ini menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidak berbelit-berbelit. Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang.Ukiran-ukiran yang dibuat dalam bentuk ini diberi nama-nama yang menarik seperti itik pulang petang, badak mudik, setampuk manggis dan lain-lain. Biasanya Bentuk pemidang digunakan untuk jala-jala rumah serta benda-benda yang terdapat di dalam rumah seperti tepak sirih, almari dan dulang kayu.

Picture


POLA UKIRAN


Susunan atau pola ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu
  • pola bujang
  • pola lengkap
  • pola pemidang.
POLA BUJANG

Bentuk ini berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung. Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari, kuntuk bunga ataupun putik buah.

Picture

TEKNIK UKIRAN KAYU

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah ;
a) Ukiran Larik
b) Tebuk Tembus
c) Tebuk Timbul.


Ukiran Larik


Ukiran tebuk timbul

Ukiran Tebuk Tembus Bersilat


Ukiran tebuk tembus tidak silat

UKIRAN KAYU TRADISIONAL

Ukiran Kayu dalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. 

Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli.



Sejarah Ukiran Kayu

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. 

Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.



Hasil karya yang dihasilkan berasaskan pada tumbuhan amat penting dalam ukiran, walaubagaimanapun, karya hidup yang mana tidak lengkap dan unik (siku keluang dan kuda laut ) karya kosmologi (matahari, bintang, awan dan gunung) juga dihasilkan sebagai satu penghargaan keindahan dan keunikan kehidupan  alam semula jadi. Falsafah asal seni ukiran kayu  iaitu tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan lebih kepada konsep pengeluaran dan penghargaan sahaja. Pengaruh Islam dalam masyarakat Melayu juga turut menyumbang kepada penggunaan motif-motif geometri dalam ukiran kayu Melayu.

Mengikut Syed Zulflida (199), konsep estetika Melayu mempunyai kaitan dengan makna tertentu dalam kesenian seni Melayu itu sendiri. Tambah beliau keindahan yang digambarkan oleh orang Melayu ialah apa yang dialami melalui pengalaman dan pemerhatian pada alam sekeliling seperti buah, ranting, akar, hutan, pokok, bunga, haiwan, kampung, daun, dahan, alam dan istana. Beliau telah mengulas kesenian Melayu berdasarkan ungkapan pantun berikut:
                                                   
" Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berbunga lagi, Sudah dapat gading bertuah,Tanduk tidak berguna lagi " 


" Reka bentuk perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata " .

Ukiran Kayu


Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun agak sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Apa yang dapat disandarkan ialah melalui penemuan-penemuan sumber primer zaman batu Neolitik di Asia Tenggara mengenai ukiran-ukiran yang terdapat pada  belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk yang dapat disimpulkan bahawa adanya pengukir-pengukir handal telah wujud pada zaman itu. Demikian juga catatan karya sastera Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin oleh Tun Sri Lanang yang ditulis pada abad ke 17 mengesahkan keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. 


Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780). Menunjukkan seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan khusus mengenainya.


Pengertian seni menurut Sidi Gazalba ialah sebagai usaha untuk mencipta sesuatu bentuk yang menyenangkan (Sidi Gazalba, 1977). Seni yang menyenangkan boleh menyumbang kepada penghayatan yang mempunyai hubungkait antara karya dan pelihat (Read 1959).Dalam tulisan Collingwood yang berjudul, Theory of Arr As a Psychological Stimulus yang dirujuk dalam Werhane (1984), menyatakan bahawa hasil seni ialah artifak yang dihasilkan “to arouse certain States of mind in his audience” “to arouse of certain kind of emotion', to stimulate certain intelectual activities and to stimulate a certain kind of action”


KEINDAHAN UKIRAN KAYU TRADISIONAL

Sejak kedatangan Islam, motif-motif  atau gaya Arabes telah menjadi ikutan kerana ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Gaya Arabes telah diperkenalkan apabila Islam melarang corak berdasarkan figura seperti manusia dan haiwan. Dari perspektif falsafah penciptaan, motif dihasilkan untuk tujuan-tujuan hiasan dan pada masa yang sama untuk tujuan tauhid. Dalam hal ini, Islam telah menjadi sumber penting dalam membangunkan satu perhubungan antara manusia dan pencipta dalam satu bentuk abstrak dan pada masa yang sama mencipta nilai estetik - (Ismail Kata & Ahmad sifudin Abdullah, 2001).

Lazimnya motif awan larat direka dengan teliti berdasarkan beberapa kriteria. Penggunaannya di satu komposisi dikawal oleh empat prinsip. Prinsip pertama, elemen reka bentuk mesti dibahagikan sama rata dalam komposisi. Kedua, ruang kosong atau ruang yang tidak diliputi sepatutnya sama dengan ruang berukir. Ketiga, haiwan atau manusia tidak seharusnya di-gambarkan dan keempat, apabila terdapat satu motif pusat, elemen reka bentuk  sekunder  yang lain akan diulangi di sekitarnya. Selain awan larat, unsur-unsur  lain yang berpengaruh  termasuk ayat-ayat suci dari Al-Quran dan tumbuhan seperti sulur paut kacang, dan  daun  kiambang.


Setiap ukiran yang dihasilkan adalah bersumberkan inspirasi alam dengan mematuhi prinsip-prinsip kesenian Islam bahkan pengutaraan motif ukiran kayu tradisional Melayu itu sendiri sangat berkait dengan falsafah Islam. Enam prinsip keindahan ukiran kayu Melayu tradisional merujuk kepada idea kelembutan (flexibility), kehalusan (refinement) keseimbangan (balance), kesatuan (unity) berguna (functionality) dan perlambangan (symbolism).


Nilai estetika yang dihasilkan dalam kraf orang Melayu ini adalah berkaitan halus, berguna, bersatu, berlawan dan prinsip berlambang supaya penghasilannya dapat memberi kepuasan kepada pereka dan penghayat kraf atau seni. Dari segi kehalusan sesuatu seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melibatkan cara pembuatan teliti dan bahan yang sesuai dari segi kegunaan.


Penghasilan seni yang berguna pula, melibatkan hasil seni yang memenuhi fungsi yang bukan hanya indah dipandang, malah selesa dipegang. Prinsip bersatu pula bermaksud sesuatu hasil seni tidak berakhir dan berhujung, iaitu motif yang dihasilkan dikaitkan dengan satu bahagian dengan bahagian lain yang boleh mengajak mata menerokai bahagian dalaman. Berkaitan dengan prinsip bersatu, lingkaran belit ialah perkara yang berkaitan dengan prinsip menyatukan, manakala prinsip berlawan merujuk kepada adanya pertentangan yang terkawal di antara dua bahagian. 


Ukiran kayu biasa juga ditemui pada ukiran panel. Ukiran panel adalah dinding kayu yang terdapat pada senibina rumah tradisional yang merupakan hiasan dua dimensi. Ukiran panel ini mempunyai panjang dan lebar yang pelbagai dan ketebalan yang seragam mengikut ketebalan dinding.Panel ini diukir dengan teknik tebuk tembus atau tebuk timbul. Teknik ukiran kedua-duanya boleh dikemaskan dengan silatan ukir seperti silat belah rotan, silat sodok, silat bunuh juring dan sebagainya.


Permulaan reka bentuk ukiran disebut punca dan dari punca inilah gubahan ukiran akan keluar dalam bentuk lingkaran hingga memenuhi ruangan panel yang hendak di ukir. Punca ukiran ini adalah benih umpama semua yang bernyawa bermula dengan benih baik tumbuhan, haiwan ataupun manusia. 


Panel ukir ini berfungsi tidak hanya sebagai hiasan kepada dinding rumah tetapi mengandungi makna yang lebih daripada itu. Panel ukir ini ibarat gunungan atau pohon budi atau pohon hayat pada persembahan wayang kulit yang membawa lambang kehidupan seperti juga tree of life dalam banyak budaya lain di dunia. 


Ini adalah kerana motif yang dihasilkan walaupun tumbuhan asasnya, tetapi bukanlah suatu pohon sebenar yang boleh dilihat di dalam alam semulajadi. Ia adalah suatu perlambangan yang membawa maksud tentang kewujudan pencipta alam ini yang maha berkuasa dan maha agung.

Pada asalnya, ukiran kayu dihasilkan hanya untuk tujuan rekreasi sahaja. Keadaan- bertukar apabila ukiran kayu diberikan satu tempat yang khas di istana. Berbakat dan berkemahiran tinggi dalam kegiatan mengukir biasanya ditentukan apabila ia mendapat tempat di istana sebagai "Royal Artists (Seniman diraja)". Hasilnya, pengukir kayu tradisional yang mulanya mengukir berkonsepkan lambang dan budaya masyarakat Melayu telah mendapat kedudukan khas di istana. Zaman Keemasan kayu Melayu tradisional ukiran bermula apabila sultan dan bangsawan menjadi penaung dan pemilik seni. Kecemerlangan seni ukiran kayu Melayu bermula apabila kumpulan ini dinaikkan status pekerja-pekerja mahir sebagai artis-artis istana - (Mohd. Affandi Hassan, 1992).


Ukiran yang dihasilkan untuk istana biasanya menekankan sejumlah rekaan termasuklah aspek keindahan dan makna. Dari segi estetik, kesenian ukiran biasanya menekankan nilai artistik dan simbol status istana, manakala tentang makna, perhatian difokuskan pada makna tersembunyi dan jelas dalam menghasilkan ukiran kayu. Motif dan corak dirancang khusus untuk istana secara tidak langsung mempunyai kepentingan dan falsafahnya sendiri yang mana membezakan golongan pemerintah dari orang biasa. 


Jelas seni ukiran kayu merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang memiliki bentuk ukiran yang memaparkan keunikan, kelembutan dan kehalusan hasil kerja tangan pengukir dan kematangan seni ukiran turun temurun masyarakat Melayu. Ini dapat dilihat pada ukiran- ukiran yang terdapat di istana dan rumah-rumah kediaman masyarakat Melayu dahulu kala.Salah satu daripada ciri yang menarik pada seni bina rumah tradisi di Malaysia ialah seni ukiran kayu. 

Hasil ukiran kayu Melayu terutamanya ukiran pada papan banyak menghiasi beberapa bahagian rumah Melayu tradisi dan juga dalam masjid-masjid di Semenanjung Malaysia.  Mereka yang pakar dalam seni ukiran kayu menyatakan bahawa reka bentuk ukiran kayu untuk dinding pintu, tingkap, pemidang, almari atau meja dihasil menggunakan dua teknik asas iaitu ukiran tebuk dan ukiran timbul.


Proses mereka motif ukiran kayu biasanya melibatkan beberapa proses seperti memilih, memasang dan menyusun motif-motif reka bentuk berdasarkan falsafah ukiran kayu Melayu. Proses ini ditemui dalam konsep awan larat.



" Tumbuh  berpunca " , "  Punca penuh rahsia ", "  Tajam tidak menujah lawan " , " Melilit tidak memaut ", "  Kawan tetapi melingkar " , " Penuh mesra " .


- (petikan dari Asas Ukiran Melayu, Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan

Sukan Malaysia, 1982)

Konsep  awan larat lazimnya menekankan satu daripada pergerakan yang tetap itu
berasal dari satu sumber misteri, yang dengan perlahan dan secara semula jadi bersatu dalam keseimbangan dan keharmonian. Motif-motif reka bentuk yang ditonjolkan memberi pengertian tentang kesederhanaan, kurang ditonjolkan tetapi sebaliknya membawa makna tentang idea kerendahan hati. Sebaliknya, corak-corak halus menggambarkan unsur pengulangan, merujuk kepada zikir iaitu penyucian jiwa dan rohani.


Prinsip berlambang adalah sesuatu seni yang berkaitan dengan hiasan kerana hiasan merupakan lambang keindahan dan kecantikan yang mempunyai hubung kait antara isi dan bentuk yang dihasilkan.

Lima Prinsip Kesenian ;

1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitran dan sejagat. Alam sekitar gelerinya dan manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredaan NYA.
2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yg menyentuh aspek-aspek estatika, kemanusiaan, moral dan lain2 lagi.
3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kpd keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kemakrufan, kesahihan dan budi yang mantap.
4. Kesenian Islam terpancar dari wahyu Allah, sama seperti undang2 dan syariat. Setiap penciptaan karya harus berada di bawah linkungan dan peraturan wahyu. Ini membezakan kesenian Islam dan kesenian bukan Islam.
5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan Allah, alam sekitar dan sesama manusia serta makhluk lain.

Mengikut teori seni yang dikemukakan oleh Mohamed Najib (1995) pula,karya seni kreatif yang melibatkan seniman, merupakan kerja yang harus melalui beberapa tahap dan proses pengkaryaan yang bertitik tolak daripada penggunaan akal yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada manusia.


Seni ukiran menurut istilah dewan bahasa, merupakan satu proses menorah, menggores, dan memahat dengan menggunakan pahat untuk membuat reka bentuk pada kayu atau barang perhiasan dan lain-lain. Manakala kraf tradisional pula boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. 


Kesimpulannya, ukiran kayu tradisional Melayu adalah kerja mengukir atau menggores kayu mengikut reka corak yang tertentu dengan menggunakan alatan seperti pahat, pisau, dan sebagainya berdasarkan corak kesenian Melayu yang diwarisi turun temurun. Usaha kerja mengukir merupakan satu cara penghayatan, pernyataan seni emosi pengukir dan daya cipta dalam bentuk tampak terhadap beraneka benda serta berfungsi terhadap penggunaannya pada masyarakat.


Dari sudut sejarah, pengaruh hindu sangat memberi kesan terhadap perkembangan budaya di alam Melayu. Ini termasuklah dalam pembentukan sosio-budaya masyarakat Melayu yang bermula sejak abad pertama. Unsur budaya Hindu yang merangkumi kesusasteraan, agama dan kepercayaan seperti telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Melayu. Lantaran itu dipercayai bahawa pembangunan kraftangan, terutama ukiran kayu dalam dunia Melayu, dipengaruhi juga oleh kebudayaan Hindu. (Siti Zainon, 1986).


Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, kepercayaan terhadap animisme sangat meluas dan menjadi anutan kepada masyarakat pada masa itu dan secara tidak langsung ia telah meresap ke atas seni ukiran . Motif yang digunakan pada masa itu lebih kepada figura dan juga binatang. Apabila Islam mula memasuki Tanah Melayu, ajaran Islam mula meresapi pemikiran masyarakat pada masa itu dan secara tidak langsung Islam melarang penggunaan motif-motif figura dan binatang yang sememangnya bertentangan dengan akidah Islam. Islam menganjurkan penggunaan motif bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri dan kaligrafi sebagai menggantikan apa yang telah dipraktikkan selama ini.


Perkembangan seterusnya peradaban Melayu ialah melalui proses asimilasi budaya dan kepercayaan agama dari Hindu kepada Islam telah memberi kesan berpanjangan hingga kini. Amalan ritual dalam beberapa upacara khususnya yang bersangkut paut dengan apa yang dikatakan amalan tradisional pada sesetangahnya masih dalam proses penyesuaian. Antara amalan khurafat dan kesetiaan kepada warisan. Proses Islamisasi dalam amalan terlihat pada bacaan dan jampi serapah yang menggunakan kalimah Islam bertepatan dengan pernyataan betapa eratnya kehidupan masyarakat Melayu dengan kepercayaan Islam.



Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...