Blog List

Wednesday, 17 May 2017

Pertandingan rekaan typography Neonate Clothing

Author
By 

PERHATIAN kepada semua Neonaters dan individu kreatif di luar sana! Jenama pakaian tempatan, Neonate Clothing kini menganjurkan pertandingan rekaan sempena pelancaran koleksinya akan datang di bawah nama Speed Demon.
Berdasarkan tema Speed Demon, anda diminta untuk menghasilkan lakaran berkonsep typography (berteraskan himpunan huruf dan perkataan) bagi membentuk sebarang logo/simbol/imej berunsurkan ‘kelajuan dunia gelap’. Contoh: Perkataan membentuk imej tengkorak.
1-speed
2-typo
Sebanyak tiga pemenang akan dipilih dengan pemenang pertama bakal menerima hadiah berupa wang tunai RM500 berserta seluruh pakaian (tiga helai baju) daripada koleksi Pride And Honour Neonate Clothing. Malah rekaan ilham pemenang pertama juga bakal digunakan dalam koleksi Speed Demon kelak. Pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan menerima kesemua pakaian daripada koleksi Pride And Honour.
TIGA pemenang terpilih akan memenangi koleksi penuh Pride And Honour.
TIGA pemenang terpilih akan memenangi koleksi penuh Pride And Honour.
Bagaimana mahu menyertai pertandingan ini? Ikuti langkah-langkah berikut:
1) Muat naik rekaan anda di laman Instagram masing-masing (pastikan akaun anda tidak Private).
2) Follow akaun Intagram @neonate_clothing dan @pepatungmy dan tag kedua-dua akaun Instagram ini pada foto rekaan anda.
3) Pada ruangan kapsyen, sertakan hashtag #TheNeonateContest#neonateclothing dan #pepatungmy.
4) Klik Like pada laman Facebook Pepatung dan hantarkan rekaan anda berserta deskripsi penuhnya ke dalam ruangan inbox.
5) Pertandingan ini berlangsung bermula 22 Mac 2015 – 30 April 2015. Sebarang rekaan yang dihantar selepas tempoh ini tidak layak untuk dipertimbangkan.
Kredit foto: @joshuanoom/Neonate Clothing
For further information log on website :
http://www.pepatung.com.my/buletin/pertandingan-rekaan-typography-neonate-clothing.htm

Kehalusan Seni Kopi Di Caffe Crema

Author
By 

BUDAYA meminum kopi semakin meluas di Malaysia. Jika dulu pilihan lokasi menikmati kopi yang ‘kao’ amat terhad, kini bertebaran kafe kopi yang menyediakan menu kopi unik bersama sajian ringan. Jadi apa kata pada hujung minggu ini, peruntukkan masa santai anda dengan berkunjung ke sebuah kafe kopi yang ingin kami perkenalkan ini.
6-crema
Panjangkan langkah anda ke Caffé Crema kerana ia bukanlah kafe kopi yang tipikal. Malah ia merupakan kafe pertama di Malaysia yang menggunakan mesin pembancuh kopi ikonik, Bialetti berserta refraktometer bagi memastikan konsistensi. Pencinta kopi juga berpeluang mempelajari seni menghasilkan secawan kopi menggunakan Moka Pot di bawah bimbingan barista mereka yang terlatih.
2-crema
Berlatarkan ambien mewah, sajian premium di Caffé Crema bagaimanapun masih ditetapkan pada harga berpatutan. Anda dapat menghirup secawan kopi yang halus pembuatannya pada harga serendah RM6.50 sehingga RM14, begitu juga menu lain.
5-crema
Dekorasi dalaman yang didominasi kayuan menghidupkan persekitaran klasik dan diadun sedikit kemodenan bersama susun atur sofa serta kerusi elegan. Ruang kafe berkeluasan 435 kaki persegi ini sangat sempurna untuk dijadikan tumpuan seisi keluarga ataupun bersembang petang bersama rakan-rakan.
4-crema
Sekiranya anda ke Caffé Crema, jangan lupa untuk memesan latte panas bersama kek karamel ataupun Mocha Monday yang sememangnya pilihan terbaik.
Info Caffé Crema
Lokasi: E-01-02, Blok E, Plaza Mont Kiara, 2 Jalan Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 8 pagi – 8 malam (Isnin hingga Jumaat) dan 10 pagi – 9 malam (Sabtu dan Ahad)
Facebook: Caffe Crema Coffee & Tea
Instagram: @caffecreama.my
Laman web: www.caffecrema.my
For further information log on website :
http://www.pepatung.com.my/gastronomi/kehalusan-seni-kopi-di-caffe-crema.htm

Kembara Di Lima ‘Warung’ Kopi Lokal Terbaik

Author
By 

ANDA fanatik kopi? Ya memang ramai yang tidak boleh hidup tanpa sekurang-kurangnya secawan kopi sebagai minuman pelengkap pemula hari. Kopi cukup popular di seluruh dunia tanpa mengira usia sehinggakan ada yang kecanduan kopi. Ia bukan sahaja dikategorikan sebagai minuman, malah telah diinovasikan sebagai perisa dalam pelbagai makanan.
Para pengembara juga sering mengunjungi kafe-kafe kopi di lokasi penjelajahan mereka bagi menikmati kelainan rasanya. Malah terdapat individu yang mengembara semata-mata mahu melakukan eksplorasi mencari kopi-kopi terbaik. Jika di Malaysia, sama ada anda menuju ke Utara atau Selatan, terdapat banyak pilihan ‘warung’ kopi yang unik untuk disinggah.
Justeru, bagi mereka yang mahukan kembara bertema kopi, berikut saya senaraikan beberapa kedai kopi tempatan yang yang pernah saya kunjungi dan sememangnya ia amat berpengaruh dalam kalangan pencinta kopi tanah air yang pasti tidak mengecewakan.
1) Chaiwalla & Co
Diasaskan seorang anak muda yang telah puas mengembara ke seluruh dunia, Allahyarham Nazrul Hakim Putra Zaimi pulang ke kampung halamannya bagi merealisasikan impian untuk memiliki jenama kopi sehebat Starbucks. Berbekalkan sebuah kontena yang ditransformasi kepada sebuah kafe, Chaiwalla & Co berjaya ditubuhkan pada tahun 2012 di Jalan Tan Hiok Nee ( Jalan Bazaar Karat ), Johor Bahru (JB).
Dalam jangka masa singkat, ideanya bukan sahaja diterima masyarakat setempat tetapi kopinya turut dinikmati kerabat diraja Johor. Sudah pasti konsep yang diterapkan Nazrul menjadi faktor penarik dalam kalangan pelanggannya. Setiap pekerja di sini juga dilatih untuk berinteraksi mesra dengan setiap pengunjung kerana ia amat mengutamakan layanan terhadap pelanggannya.
3-chaiwalla.jpg-c
Lebih istimewa, walaupun hanya menawarkan enam perisa asas kopi, tetapi jika dicampurkan bersama bahan campuran kopi lain yang terdapat di kafe ini, ianya mampu menghasilkan lebih 200 kombinasi perisa mengikut kemahuan dan cita rasa pelanggan. Terserah kepada anda perisa apakah yang mahu dicuba?
Bukan setakat itu, kebanyakan pelanggan juga memilih Chaiwalla & Co kerana menu istimewanya seperti Vietnamese Coffee dan Thai Milk Tea yang diimport khas. Kafe ini beroperasi setiap hari bermula jam 12 tengahari hingga 1 pagi dengan operasi lanjutan selama satu jam setiap hujung minggu.
4-chaiwalla2.jpg-c
Tambah membanggakan, setelah beroperasi selama setahun di JB, jenama kopi lokal ini melebarkan sayapnya ke pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara, Selangor dan diuruskan sahabat baik Nazrul, Tajul Affandi Tajudin. Keutuhan konsep dan konsistensi setiap menunya membolehkannya meraih tempat kedua pada Anugerah Inovasi SME Alliance Challenge 2014 sebagai jenama tempatan terbaik.
Pelbagai perancangan sedang diaturkan Nazrul untuk memperkasakan lagi Chaiwalla & Co. Bagaimanapun, Nazrul diberitakan telah meninggal dunia pada 22 Februari lalu akibat demam panas. Kini legasinya akan diuruskan keluarganya dan tiga lagi sahabat baiknya. Pada masa akan datang, penduduk di sekitar JB dan Mutiara Damansara bakal menikmati seleksi kopi mahupun hidangan kacang pool di rumah apabila ujian servis penghantaran menggunakan basikal persis kafe-kafe kopi ternama di New York, Amerika Syarikat (AS) selesai dengan jayanya.
2) Old Skool Cafe
Orang di Pantai Timur semakin bijak memilih kopi dan kerana itulah tertubuhnya Old Skool Cafe di Lorong Tun ismail 10, Kuantan, Pahang. Kafe yang baru beroperasi selama tiga bulan ini mudah diterima masyarakat setempat kerana konsepnya yang santai selain hiasan dalamannya yang ringkas menggunakan perabot buatan sendiri daripada bahan terbuang.
old skool (2)
Pelbagai seleksi dan perisa kopi disediakan seperti cappuccino, espreso, latte dan mocha, semuanya berharga kurang daripada RM20. Keistimewaan kopi di kafe ini adalah ia menggunakan kopi dari Itali iaitu Caffe Vergnano 1884 yang dimaktubkan dunia sebagai kopi nombor empat terbaik.
old skool (1)
Old Skool Cafe juga menyediakan pelbagai hidangan seperti snek barat, pastri, piza serta hidangan utama berteraskan masakan Barat bagi memberi keutamaan kepada pelanggan yang menjadikan kafe ini bukan sekadar tempat bersantai bersama rakan-rakan, namun sesuai untuk seisi keuarga.
Instagram: @OldSkool_cafe
Facebook: Old Skool Cafe
3) Bondee Traveller’s Cafe & Lodge
Bayangkan sebuah hab yang menjadi transit untuk pengembara-pengembara dari seluruh dunia. Mereka boleh minum kopi kegemaran sambil bertentang mata dan bertukar pandangan mengenai kegilaan melancong mahupun menerima cadangan tentang lokasi menarik untuk dikunjungi.
Itulah konsep yang cuba diketengahkan oleh Fathee Razali selaku pengasas Bondee Traveller’s Cafe & Lodge yang terletak di Jalan 14/22 Petaling Jaya, Selangor ini.
1-bondee.jpg-c
Ianya telah beroperasi hampir setahun, amat sesuai dikunjungi jika mahukan kelainan suasana dan profil pengunjung antarabangsanya. Sapalah sesiapa sahaja di sini, daripada pelayan sehinggalah tetamunya, mereka cepat mesra seumpama anda sedang ber-‘backpack‘ di sebuah lokasi pelancongan terkenal dunia.
Kafe ini sering menayangkan beberapa siri travelog terkenal pada waktu tertentu bagi melengkapkan lagi pengetahuan pengembaraan kepada pengunjungnya. Bersesuaian dengan konsepnya berhampiran kaki jalan, Bondee Traveller’s Cafe & Lodge juga menghidangkan pelbagai hidangan istimewa dari Eropah, Asia Barat dan Asia yang mungkin boleh mengembalikan memori tempat-tempat yang pernah anda kunjungi.
2-bondee3.jpg-c
Saya juga menyarankan anda untuk menikmati latte di sini sambil merancang kembara anda yang akan datang. Kafe ini beroperasi setiap hari pada pukul 12 tengahari sehingga tengah malam.
Instagram: @mybondee
Facebook: Bondee Traveller’s Cafe
4) Hobo, Gan Lee Co
Hobo merupakan ayat yang sering diguna pakai di AS merujuk kepada gelandangan tanpa rumah dan hanya meneruskan kehidupan dengan pekerjaan yang membolehkan mereka makan dan minum setiap hari. Itulah sebenarnya bayangan dan suasana yang boleh dilihat jika anda berkunjung ke kafe Hobo di Jalan Brewster, Ipoh, Perak ini.
Rekaan dalamannya cukup kreatif dan tampak mewah sedangkan ianya hanya dihias menggunakan bahan buangan seperti tin, ranting, daun tingkap dan pintu yang dikutip lalu diubahsuai membentuk perabot. Usaha lebih enam bulan mencari tapak yang sesuai ternyata berbaloi apabila pemiliknya, Azizul Azman menemui sebuah premis lama yang dahulunya merupakan sebuah kedai kasut bernama Gan Lee Co yang mahu disewakan.
5-hobo.jpg-c
Tiada pengubahsuaian besar dilakukan bagi menghidupkan konsep yang ingin diketengahkan. Walaupun tidak mempunyai dana yang besar, ianya berjaya direalisasikan mengikut idea asalnya dan rakan-rakan.
Hobo menyediakan tiga jenis kopi utama yang terdiri daripada brewdrip dan aeropress. Kesemuanya itu adalah teknik penyediaan kopi istimewa daripada bijian kopi yang diproses dan dibuat sendiri secara manual oleh warga kerja Hobo. Saya dimaklumkan bahawa kopi brew mereka sentiasa mendapat sambutan hangat. Ia diperam sekurang-kurangnya lapan jam terlebih dahulu sebelum dijadikan minuman. Malah ia juga dihidangkan tanpa sebarang campuran tambahan sekali gus menjadikan kopi ini lebih asli dan sedap.
6-hobo4.jpg-c
Pada permulaannya, Hobo hanya menyediakan hidangan makanan ringkas seperti wafel tetapi kini menunya semakin bertambah dengan pelbagai snek serta hidangan utama selaras dengan penerimaan baik daripada orang ramai. Azizul yang juga merupakan seorang jurugambar perkahwinan turut menghargai kesenian dan menganggap Hobo juga adalah luahan seninya sendiri.
Instagram: @ganleeco
E-mel: ganleeco@gmail.com
5) Narrow Marrow
Jangan salah sangka jika anda terlihat sebuah deretan kedai lama di Lebuh Carnavon, Georgetown, Pulau Pinang dan menganggap ianya hanyalah bangunan usang yang tiada tarikan. Di situlah terletaknya sebuah kafe bernama Narrow Marrow dan ia merupakan lokasi menarik untuk bersantai sambil menikmati kopi setelah penat menjelajah seisi Pulau Mutiara.
Terletak berhampiran bangunan ikonik Komtar, ia mula beroperasi pada Oktober 2014 dan dimiliki pasangan Alvin Neoh dan Jamie Oon. Sebelum ini, kedua-duanya masing-masing bekerja sebagai arkitek dan pereka hiasan dalaman. Alvin juga adalah seorang pemuzik.
Premis ini pada asalnya adalah tempat tinggal mereka dan disebabkan keterujaan pasangan ini menyimpan pelbagai perabot antik, ia kemudiannya menarik ramai orang untuk singgah bagi melihat koleksi berharga milik mereka. Akhirnya, mereka berkeputusan untuk menjadikannya sebuah kafe.
7-marrow.jpg-c
Walaupun Narrow Marrow dipenuhi himpunan perabot antik, Alvin tidak menetapkan sebarang konsep bagi kafenya ini kerana baginya apa yang dapat dilihat pengunjung merupakan cermin keperibadian mereka berdua. Dengan cara ini, mereka turut menarik minat golongan yang mempunyai cita rasa dan gaya pemikiran yang sama.
Mereka sentiasa tertarik terhadap barangan yang mempunyai cerita tersendiri dan itulah jawapan kepada segala perkakasan dan perabot yang terdapat di kafe ini. Alvin mahukan kopi di kafe ini menjadi menjadi penghubung perkongsian idea untuk aktiviti berkaitan kesenian, muzik dan persembahan ataupun apa-apa sahaja.
Keistimewaan Narrow Marrow lebih terserlah kerana selain kopi, ia juga menyediakan minuman yang cukup dekat dengan cita rasa orang Pulau Pinang. Maka terlahirlah minuman berasaskan buah pala, halia dan avokado. Kebiasaannya, latte menjadi pilihan pelanggan baharu, namun pelanggan tetapnya akan memilih black lemongrab.
8-marrow2.jpg-c
Kopi espreso itu ditambah dengan madu dan lemon bagi mencipta keserasian apabila ia digabungkan bersama bijian kopi Mokka dari Australia sekali gus menjadikan ia minuman yang menyegarkan. Jangan terkejut jika anda bertukar menjadi lebih gembira dan petah beracakap selepas menikmati kopi di sini kerana ia sengaja dihidangkan secara double shot! Itulah kelainan yang cuba ditampilkan Narrow Marrow.
Facebook: Narrow Marrow
Instagram: @narrowmarrow
Kredit foto: Redhuan Jamil / Daniel Halis / Udey Ismail / Azizul Azman
For further information log on website :
http://www.pepatung.com.my/gaya-hidup/kompas/kembara-di-lima-warung-kopi-lokal-terbaik.htm

Persinggahan Singkat Pekan Lama Ipoh

Author
By 

JIKA memandu masuk ke Ipoh, Perak, semestinya lokasi-lokasi mengisi perut yang akan didahulukan. Berstatus sebuah bandar raya, walaupun rancak melewati pembangunan seiring pemodenan, nilai sentimental era lama masih elok terpelihara di sesetengah kawasannya.
Pekan Ipoh Lama terutamanya, menjadi tumpuan pelancong yang ingin menyelami sisi klasik Ipoh sama ada dari segi reka bentuk bangunan lamanya mahupun penawaran gastronomi lokal.
Bukan orang luar sahaja perlu merasai keistimewaan Pekan Lama Ipoh, malah warga Malaysia juga tidak boleh terkecuali. Biarpun ia sekadar persinggahan singkat sebelum meneruskan perjalanan sama ada pulang ke Kuala Lumpur atau ke Utara mahupun Selatan tanah air, Pekan Lama Ipoh menjanjikan pelbagai keseronokan menarik di sekitar radiusnya.
21-ipoh
Tugu Peringatan Birch
Menara jam empat penjuru yang siap sepenuhnya pada 1909 ini dibina oleh British bagi memperingati Residen pertamanya di Perak, J.W.W Birch yang mati dibunuh oleh Dato’ Maharaja Lela. Lukisan manusia yang menghiasi dinding menara ini merupakan 44 tokoh utama dalam sejarah dunia.
2-ipoh
Jika diamati, ilustrasi salah seorang daripada tokoh tersebut telah hilang pada dinding menara ini. Mengikut cerita orang tempatan, tokoh yang lukisannya hilang secara misteri itu sering ditemui berlegar-legar di kawasan menara ini pada waktu malam. Mungkin ia sekadar kisah rekaan bagi mewujudkan ‘keunikan’ lokasi ini. Entah-entah lukisan itu ditoreh secara sengaja ataupun dikerjakan oleh remaja nakal?
Sekeping Kong Heng
Trend bermalam atau bersantai di lokasi berpangkalkan nama ‘Sekeping’ kini semakin popular. Barangkali ramai kurang mengerti konsep unik ala pusat peranginan di sembilan cawangan Sekeping. Seperti di Sekeping Kong Heng, Ipoh, ia ‘didirikan’ di dalam sebuah bangunan neoklasik tiga tingkat yang turut menempatkan kedai kopi popular, Kong Heng di tingkat bawah.
5-ipoh
Sekiranya bercadang untuk menginap di sini, anda akan diberikan pilihan sama ada bermalam di kamar standard, empat jenis bilik mengikut arah jam (1 o’clock, 2 o’clock, 3 o’clock atau 4 o’clock) atau kamar keluarga (sekiranya anda datang dalam kumpulan besar).
7-ipoh
Projek pembaharuan bangunan ini dilaksanakan dengan penuh teliti bagi mengekalkan ambien, susun atur dan konsep asalnya. Kong Heng dahulunya merupakan hostel bagi menempatkan pelakon-pelakon teater yang melakukan persembahan di bangunan teater bersebelahan. Bangunan teater itu terbakar pada sekitar 1950-an.
Bits & Bobs
Ipoh memang terkenal dengan cuacanya yang panas. Lebih-lebih lagi apabila anda berjalan kaki di sekitar Pekan Lama Ipoh, bahang mentari semestinya membuatkan anda berpeluh. Bagi yang sekadar bersinggah di Sekeping Kong Heng untuk bergambar bak seorang hipster, jangan lupa untuk melencongkan langkah ke Bits & Bobs yang terletak di Dataran Kong Heng.
3-ipoh
Gerai kecil ini menghidangkan ais kepal! Bukan ais batu campur (ABC) tetapi ais kepal yang amat ringkas penyediaannya. Redakan kehangatan tubuh dengan memesan ais kepal di sini yang rasanya juga tidak mengecewakan. Dalam masa kira-kira seminit, gumpalan ais yang disiram pemanis seperti sarsi atau laici siap untuk dinikmati.
9-ipoh
Sambil duduk di atas bangku kayu menikmati ais kepal, layangkan pandangan ke sekeliling kawasannya. Anda dapat melihat satu sudut dinding yang digantungkan dengan bingkai berjeriji besi besar berwarna hitam. Pada setiap jeriji pula terkatup kemas mangga-mangga kecil berwarna-warni dengan pelbagai nama dan tulisan.
15-ipoh
Simbolik dinding Selalu Locks itu adalah bagi membolehkan pasangan kekasih ataupun suami isteri (sahabat juga tidak terkecuali) mengabadikan memori mereka di ruangan tersebut. Jadi selepas enak menikmati ais kepal, pastikan anda ‘mengunci’ kasih anda di dinding tersebut, barulah romantik!
Burps & Giggles
Sebenarnya ketika artikel ini ditulis, barulah penulis tahu bahawa Coffee to Go yang menjadi perhentian sebentar ketika melewati lorong belakang Sekeping Kong Heng merupakan bahagian belakang kafe Burps & Giggles. Begitu bijak strategi pemasarannya dengan menjadikan jendela di belakang kedai sebagai ruang bagi pejalan kaki membeli kopi segera.
18-ipoh
Justeru, kalau anda kesuntukan masa untuk pulang tetapi dahagakan kopi berkualiti, maka inilah tempatnya. Menikmati kopi hitam berais pasti menyegarkan mata ketika memandu ke destinasi masing-masing.
Nota: Kesemua foto merupakan milik mutlak Pepatung dan sebarang penggunaan atau penerbitan semula perlu dikredit termasuk menyertakan pautan alamat portal ini.
For further information log on website :
http://www.pepatung.com.my/gaya-hidup/persinggahan-singkat-pekan-lama-ipoh.htm

Kuasa Kelopak Bunga Reine Des Pres Untuk Kulit Cantik

Author
By 

SEJAK beratus-ratus tahun lamanya, wanita mengaitkan wajah yang jernih dan mulus tanpa cela dengan kejelitaan dan keanggunan. Penyair dan pelukis juga telah memperlihatkan idea ini dalam hasil kerja mereka dengan menggambarkan kejelitaan wanita yang memiliki wajah putih bersih dan berseri dari dalam.
Usaha untuk mengekalkan seri wajah selalunya dicabar oleh keadaan iklim seperti sinar matahari, perubahan cuaca mendadak dan banyak faktor lain. Namun semua ini tidak mematahkan semangat dan usaha kita untuk mencuba dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan wajah idaman.
Dalam industri kecantikan, produk pemutihan membentuk 16 peratus daripada produk penjagaan kulit global dan merupakan pilihan paling popular di Asia. Tinjauan oleh firma penyelidikan pemasaran Synovate menunjukkan bahawa empat daripada 10 wanita di Hong Kong, Malaysia, Filipina, Korea Selatan dan Taiwan menggunakan krim pemutihan kulit. Global Industry Analysts (GIA) pula meramalkan bahawa pasaran produk pencerahan kulit global akan mencecah AS$10 bilion menjelang tahun 2015.
Justeru, L’occitane memberi harapan kepada kita semua yang ingin memiliki kulit cerah dan mulus tanpa mendedahkannya kepada efek negatif bahan buatan manusia. Lantas jenama tersebut memperkenalkan satu kemajuan saintifik serba baharu dalam bentuk tumbuhan yang mempunyai kuasa untuk mencerah dan menyerikan kulit dengan cara paling lembut dan semula jadi.
1-loccitan cvr
Reine des Prés yang juga dikenali sebagai meadowsweet, adalah inti sari bagi semua produk dalam koleksi cerah berseri L’occitane baharu, Reine Blanche. Keistimewaan Reine des Prés terletak pada kelopak bunganya yang berwarna putih kekuningan. Perlahan-lahan, warnanya akan bertukar menjadi lebih putih apabila terdedah kepada cahaya.
Pokoknya pula mengandungi asid salisilik yang terkenal kerana tindakan peluluran secara lembut bagi membantu menghaluskan tekstur kulit dan merangsang pembaharuan. Dicipta khas untuk kulit wanita Asia yang halus, Reine Blanche membantu mencerah dan menyerikan wajah.
Rahsia pemutihan dan penyerian kulit di bawah program ini terletak pada Reine des Prés organik yang dipetik untuk L’occitane di Drôme, selatan Perancis. Kandungannya turut diperkasakan oleh mulberi putih yang mempunyai manfaat mencerahkan kulit, asid salisilik bagi melulur kulit dan vitamin C yang bertujuan menyerikan kulit.
poster_reine_blanche.jpg-c
Adunan bahan tersebut terbukti secara biologi dapat membantu memutih dan menyerikan kulit, dengan mengurangkan bintik gelap yang menyebabkan warna tidak sekata sekali gus menjadikan wajah lebih cerah.
Berikut merupakan lima produk di bawah koleksi Reine Blanche:
1) Illuminating Foaming Cleanser
illuminating_foaming_cleanser
Langkah pertama bagi memiliki wajah bersih berseri. Pembersih cecair selembut sutera ini bertukar menjadi busa pekat yang membersihkan daki kulit, sebum berlebihan dan mekap. Ia menyediakan kulit untuk mendapat manfaat daripada produk Reine Blanche yang lain. Kompleks Reine Blanche membantu menyerikan wajah manakala bahan pelembap membuat kulit terasa sangat lembut.
Harga: RM145 (200ml)
2) Illuminating Toner
illuminating_toner
Cara lembut untuk membersih, menghidrat dan menyerikan wajah. Formula ultra lembut tanpa alkohol ini menyegar dan melicinkan kulit. Kompleks Reine Blanche mencerah dan menyerikan wajah manakal asid hialuronik yang dihasilkan secara bioteknologi pula membantu menghidratkan kulit.
Harga: RM118 (200ml)
3) Whitening Serum
whitnening_serum.jpg-c
Esen mujarab dengan prestasi yang terbukti secara klinikal. Sebagai bintang dalam koleksi Reine Blanche, serum segar lagi mujarab ini meresap pantas ke dalam kulit untuk menjadikan kulit lebih jernih, warna sekata dan berseri. Bintik gelap yang menyebabkan warna kulit tidak sekata ternyata berkurangan sekali gus menjadikan kulit lebih cerah dengan tekstur lebih halus.
Harga: RM272 (30ml)
4) Whitening Cream
whitening_cream.jpg-c
Rawatan lengkap untuk melindungi, menghidrat dan menyerikan wajah. Teksturnya yang segar, lembut dan cair ke dalam kulit segera melembap, mencerah dan menyerikan wajah. Formula serba gunanya membantu memulihkan kejernihan kulit sambil melindungi kulit daripada efek negatif persekitaran luar yang menjejaskan seri semula jadi kulit.
Harga: RM258 (50ml)
5) Illuminating UV Shield SPF50
illuminating_UV_shield
Perlindungan penting untuk wajah berseri tanpa cela. Krim tabir suria yang ringan ini melindungi kulit anda daripada faktor luaran, terutama sekali sinar ultraungu (UV) untuk menjauhkan masalah seperti warna kulit tidak sekata dan bintik gelap agar wajah tidak kehilangan seri.
Harga: RM178 (30ml)
Koleksi Reine Blanche kini boleh didapati di semua kaunter L’occitane di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman Facebook L’occitane en Provence Malaysia.
For further information log on website :
http://www.pepatung.com.my/kecantikan/kuasa-kelopak-bunga-reine-des-pres-untuk-kulit-cantik.htm

Sensasi Sejuk Pencuci Muka Gatsby Skin Tonic

Author
By 

GATSBY, jenama terkemuka khusus untuk dandanan rambut dari Jepun dengan bangganya memperkenalkan produk terbaharu dalam rangkaian penjagaan kulit, GATSBY Skin Tonic Cooling Face Wash – produk penjagaan kulit wajah yang menawarkan sensasi sejuk dan dingin selepas cucian. Ianya mencergaskan dan mempunyai kesan fungsi berkuasa terhadap kulit lelaki.
GATSBY Skin Tonic Cooling Face Wash ini khas untuk para lelaki di Malaysia. Ia menitikberatkan kondisi kulit dan cabaran yang mereka lalui dalam penjagaan kulit terutamanya dengan cuaca yang tidak menentu di Malaysia.
Berpadanan dengan namanya, GATSBY Skin Tonic Cooling Face Wash menawarkan kesan tambahan iaitu sensasi sejuk yang dapat memberikan rasa bersih, segar dan cergas selepas mencuci wajah. Produk ini sangat sesuai untuk lelaki yang mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif serta dalam masa yang sama ingin mengekalkan keyakinan diri sepanjang masa tidak mengira kesibukan harian mereka.
GATSBY Skin Tonic Cooling Face Wash hadir dalam lima variasi di mana setiap varian mampu memenuhi jenis kulit yang berbeza dan mengatasi masalah biasa yang dihadapi oleh lelaki. Ia sesuai digunakan untuk kulit berminyak, berjerawat, kusam, kering atau kulit normal.
Produk ini mengandungi kombinasi enam fungsi berkuasa yang memberi manfaat; perlindungan minyak, pemutihan, pembersihan Mendalam, pelembapan, antibakteria dan skrub penggilap. Dengan kesemua manfaat ini, anda mampu melalui hari-hari dengan kulit wajah yang segar dan bersih.
GATSBY Skin Tonic - Group Shot.jpg-c
Sebagai salah satu jenama dandanan untuk lelaki yang terkemuka di Malaysia, GATSBY telah melantik Zul Ariffin sebagai duta GATSBY Skin Tonic Cooling Face Wash. Zul Ariffin sememangnya satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tempatan.
Dia menjadi kegilaan ramai dan diibaratkan sebagai idola buat para lelaki. Sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup yang sihat, Zul sentiasa menjaga penampilan diri dan sentiasa menonjolkan sifat-sifat positif kepada masyarakat. Personalitinya yang sentiasa cool dan fun sangat sesuai dengan ciri-ciri GATSBY dan produk GATSBY Skin Tonic Cooling Face Wash.
Produk GATSBY Skin Tonic Cooling Face Wash kini boleh didapati di kedai-kedai runcit utama, rangkaian farmasi dan pasar raya besar. Produk ini dijual pada harga RM6.90 untuk 50g dan RM12.90 untuk 100g. Sila layari www.gatsby.com.my untuk maklumat lanjut mengenai produk dan juga kedai-kedai yang berhampiran.
Info Rangkaian Produk GATSBY Skin Tonic
1) GATSBY Cooling Face Wash Oil Control – untuk kulit berminyak
GATSBY Skin Tonic - Oil Control.jpg-c
* Skrub jutaan untuk membersihkan minyak
* Serbuk penyerap minyak untuk menyerap minyak yang terperangkap dan minyak berlebihan
* Pengecil liang pori untuk mengecilkan liang pori dan mengurangkan pengeluaran minyak
2) GATSBY Cooling Face Wash Anti-Acne – untuk kulit berjerawat
GATSBY Skin Tonic - Anti Acne.jpg-c
* IPMP (antibakteria) untuk membersihkan minyak dan kotoran
* Asid salisilik untuk menanggalkan sel kulit mati dan mengelakkan liang pori daripada tersumbat
3) GATSBY Cooling Face Wash Clear Whitening – untuk kulit kusam
GATSBY Skin Tonic - Clear Whitening.jpg-c
* Skrub pengelupas untuk menanggalkan sel kulit mati
* Ekstrak botanpi untuk menanggalkan keratin yang menyebabkan kulit kusam
* Bio putih untuk mengurangkan pengeluaran melanin
4) GATSBY Cooling Face Wash Energizing Fresh – untuk kulit kering
GATSBY Skin Tonic - Energizing Fresh.jpg-c
* Skrub lembut untuk membersihkan minyak dan kotoran
* Gliserin untuk melembapkan muka anda
* Natrium hialuronik untuk mengelakkan kulit wajah yang kering
5) GATSBY Cooling Face Wash Perfect Clean – untuk kulit normal dan berminyak
GATSBY Skin Tonic - Perfect Clean.jpg-c
* Skrub Kuasa untuk membersihkan minyak dan kotoran
* Skrub mengelupas untuk menanggalkan sel kulit mati dan mengelakkan liang pori tersumbat
* Skrub mikro membersihkan minyak dan kotoran di dalam liang pori dengan berkesan
For further information log on website :
http://www.pepatung.com.my/kecantikan/sensasi-sejuk-pencuci-muka-gatsby-skin-tonic.htm

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...