Blog List

Thursday 4 February 2016

PENGHASILAN KARYA / REKACIPTA







ABDUL LATIFF BIN LONG
Tukang Ulung Ukiran Kayu (2013)
Negeri : Kelantan
Tarikh Lahir : 22 Disember 1946


i. Tahap penghasilan karya / rekacipta

a) Eksklusif
1. Hasil rekaannya pernah dijadikan hiasan pintu serta dinding di bebebrapa bangunan besar, termasuk Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), Pejabat Penerbangan Malaysia (MAS) di London, Tokyo, Hong Kong dan Los Angeles

b) Pasaran Khusus (Niche market)
1. Pada awal penglibatan, Che Latif telah membuka sebuah bengkel secara kecil sahaja di laman rumahnya yang beralamat Batu 1 ¼ , Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
2. Che Latif juga menghasilkan produk-produk yang dijual kepada pihak atau individu tertentu sahaja untuk tempahan khas.

ii. Karya / rekacipta yang menjadi ikutan (trend-setter).
Beliau boleh mengukir pelbagai jenis ukiran seperti Singahsana Istana, mimbar masjid, rumah tradisional melayu,sarong keris, ukiran pintu, siling dan dinding.

iii. Inovasi dalam menghasilkan karya atau reka cipta
Ketika berumur 17 tahun, beliau mula membuat kajian dari segi Sarong Keris dan Ulu Senjata Melayu di merata – rata tempat daerah, kampung – kampung seluruh negeri. Kebolehan beliau dalam bidang ukiran kayu tiada tandingan. Keunikan ukiran beliau ialah corak Bunga Lada Hitam pada mimbar serta teknik ukiran Tebuk Timbul Silat. 

PENGIKTIRAFAN DAN PENCAPAIAN
i. Pengiktirafan ke atas kepakaran
Beliau mendapat pengiktirafan semasa membuat Singahsana Istana Negara, Kuala Lumpur iaitu pingat Pertabalan DYMM (SPB) Yang Di Pertuan Agong ke VII iaitu Sultan Hj. Ahmad Shah Pahang pada 06 Oktober 1980.

ii. Pengiktirafan ke atas karya / reka cipta
Beliau terkenal sebagai pengukir kayu tradisional di Kelantan.Kemahirannya mengukir, termasuk mimbar masjid yang menjadikan nama beliau terkenal bukan sahaja di dalam, malah di luar negara.

iii. Pencapaian kerjaya
Antara ciptaan terbesar beliau adalah ukiran di dinding dan bangunan dalam Dewan Undangan Negeri( DUN ) di Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.  Bagi memperkembangkan lagi industri  ukiran kayu di peringkat global beliau telah mengesyorkan kepada Datok Yaakob Latif iaitu Datok Bandar Kuala Lumpur supaya dibentangkan dalam sidang parlimen untuk memartabatkan lagi industri ukiran kayu tersebut.

iv. Dokumentasi
Menghasilkan beberapa buah buku untuk didokumentasikan sebagai rujukan kepada agensi – agensi kerajaan, swasta khususnya untuk arkitek, penuntut – penuntut IPTA dan IPTS. Contohnya buku Jenis Bunga Melayu.


SUMBANGAN DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI KRAF NEGARA
i. Menurunkan kemahiran
Che Abdul Latif telah menurunkan kemahiran yang dimiliki melalui latihan, mengajar serta mewariskan kemahiran dan kepakarannya kepada masyarakat setempat, antaranya Rosli Bin Mohd Tahir. Pernah menjadi guru pengukir Lembaga Kraftangan Malaysia, Temerloh pada 01.04.1975.

ii. Penglibatan dalam program promosi anjuran agensi atau badan-badan tertentu
Menyertai Promosi Kraf Malaysia sempena HKK 2007

iii. Menjadi pakar rujuk
Sebagai Panel Penasihat menyuarat Lembaga Kraftangan Malaysia pada tahun 1974 dan menjadi penasihat kepada Persatuan Arkitek Malaysia.

KOMITMEN YANG TINGGI DALAM MEMARTABATKAN SENI KRAF WARISAN NEGARA

i. Menambah ilmu dan mempertingkatkan kemahiran
Sentiasa dikunjungi oleh penuntut – penuntut IPTA dan IPTS serta mengadakan bengkel – bengkel di Universiti tempatan.

ii. Nilai falsafah dan identiti dalam memartabatkan kraf warisan
Faktor pendorong kepada beliau supaya meneruskan seni pertukangan kraf tradisional ialah ayah beliau iaitu Che Long bin Yusoff yang dikenali sebagai Dr.Che Long.


TOKOH UKIRAN DIMALAYSIA

Wan Su Othman

PictureBeliau dilahirkan pada tahun 1899 di Pengakalan Kubu, Tumpat, Kelantan merupakan tokoh seni ukir terkenal di Besut, Terengganu. Mewarisi bakat seni datuk saudaranya Nik Wan Ali, tukang ukir di Istana Patani. Sejak kanak-kanak lagi, bakat sebagai pengukir telah menyerlah pada diri beliau. Ketika berusia 12 tahun, beliau telah melukis dan mengukir watak-watak dalam wayang kulit Melayu. 

Hasil ukiran utama Wan Su ialah pintu utama Muzium Negara, pintu utama dan Dewan Santapan Istana Sultan Pahang di Pekan, Dewan Santapan Istana Sultan Selangor, Rumah Sri Tanjung Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, Istana Badariah, Kuala Terengganu, Panca Persada Bersiram Tebal, Istana Maziah, Kuala Terengganu, Logo Hijrah, dan Logo Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. 


Wan Su pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Adiguru Kraf dalam bidang seni ukir kayu pada tahun 1985 oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Tokoh Budaya ASEAN di Brunei Darussalam pada tahun 1993. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan melatih generasi muda dalam bidang seni ukir di galerinya iaitu Galeri Wan Su di Besut, Terengganu. Pada tahun 1997, beliau merupakan penerima Anugerah Seniman Negara yang ketiga.

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...