Blog List

Thursday 4 February 2016

UKIRAN KAYU DALAM MASYARAKAT MELAYU

Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu.



Ukiran Senibina Rumah Tradisional Melayu


Kukur kelapa                                          Hulu keris


Congkak                                   Kepala Perahu


Perabut                                          Kepala Katil


MOTIF UTAMA UKIRAN MELAYU
  1.  Motif flora, sulur dan daun, tampuk manggis, bunga teratai, daun keladi dan bunga sukun.
  2. Motif fauna, contohnya ayam, badak dan itik (ayam berlaga, badak mudik dan itik pulang petang)
  3. Motif angkasa atau kosmos yang menerapkan gambaran awan larat seperti bintang, matahari, bulan dan bukit bukau
  4. Motif Geometri menampilkan bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang disusun berderet. Kadangkala bentuk segitiga ini dicantum dengan sulur-sulur tumbuhan. Biasanya, motif-motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih dan barang-barang tembaga.
  5. Motif seni khat atau kaligrafi, menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan Quran dan tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid dan surau serta pada alat-alat keagamaan seperti rehal.

Motif Kaligrafi Jawi/seni khat
ALAT UKIRAN

Alat-alat yang digunakan untuk seni ukiran adalah seperti gergaji, ketam, tukul besi dan paling penting pahat.

POLA LENGKAP

Bentuk ini menggabungkan ciri-ciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk ini menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah, dahan, daun, putik dan sulurnya

Picture

POLA PEMIDANG
Bentuk ini menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidak berbelit-berbelit. Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang.Ukiran-ukiran yang dibuat dalam bentuk ini diberi nama-nama yang menarik seperti itik pulang petang, badak mudik, setampuk manggis dan lain-lain. Biasanya Bentuk pemidang digunakan untuk jala-jala rumah serta benda-benda yang terdapat di dalam rumah seperti tepak sirih, almari dan dulang kayu.

Picture


POLA UKIRAN


Susunan atau pola ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu
  • pola bujang
  • pola lengkap
  • pola pemidang.
POLA BUJANG

Bentuk ini berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung. Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari, kuntuk bunga ataupun putik buah.

Picture

TEKNIK UKIRAN KAYU

Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah ;
a) Ukiran Larik
b) Tebuk Tembus
c) Tebuk Timbul.


Ukiran Larik


Ukiran tebuk timbul

Ukiran Tebuk Tembus Bersilat


Ukiran tebuk tembus tidak silat

UKIRAN KAYU TRADISIONAL

Ukiran Kayu dalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. 

Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli.



Sejarah Ukiran Kayu

Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. 

Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan, Melaka dan Negeri Sembilan.



Hasil karya yang dihasilkan berasaskan pada tumbuhan amat penting dalam ukiran, walaubagaimanapun, karya hidup yang mana tidak lengkap dan unik (siku keluang dan kuda laut ) karya kosmologi (matahari, bintang, awan dan gunung) juga dihasilkan sebagai satu penghargaan keindahan dan keunikan kehidupan  alam semula jadi. Falsafah asal seni ukiran kayu  iaitu tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan lebih kepada konsep pengeluaran dan penghargaan sahaja. Pengaruh Islam dalam masyarakat Melayu juga turut menyumbang kepada penggunaan motif-motif geometri dalam ukiran kayu Melayu.

Mengikut Syed Zulflida (199), konsep estetika Melayu mempunyai kaitan dengan makna tertentu dalam kesenian seni Melayu itu sendiri. Tambah beliau keindahan yang digambarkan oleh orang Melayu ialah apa yang dialami melalui pengalaman dan pemerhatian pada alam sekeliling seperti buah, ranting, akar, hutan, pokok, bunga, haiwan, kampung, daun, dahan, alam dan istana. Beliau telah mengulas kesenian Melayu berdasarkan ungkapan pantun berikut:
                                                   
" Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berbunga lagi, Sudah dapat gading bertuah,Tanduk tidak berguna lagi " 


" Reka bentuk perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata " .

Ukiran Kayu


Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun agak sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Apa yang dapat disandarkan ialah melalui penemuan-penemuan sumber primer zaman batu Neolitik di Asia Tenggara mengenai ukiran-ukiran yang terdapat pada  belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk yang dapat disimpulkan bahawa adanya pengukir-pengukir handal telah wujud pada zaman itu. Demikian juga catatan karya sastera Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin oleh Tun Sri Lanang yang ditulis pada abad ke 17 mengesahkan keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. 


Satu lagi catatan silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780). Menunjukkan seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan khusus mengenainya.


Pengertian seni menurut Sidi Gazalba ialah sebagai usaha untuk mencipta sesuatu bentuk yang menyenangkan (Sidi Gazalba, 1977). Seni yang menyenangkan boleh menyumbang kepada penghayatan yang mempunyai hubungkait antara karya dan pelihat (Read 1959).Dalam tulisan Collingwood yang berjudul, Theory of Arr As a Psychological Stimulus yang dirujuk dalam Werhane (1984), menyatakan bahawa hasil seni ialah artifak yang dihasilkan “to arouse certain States of mind in his audience” “to arouse of certain kind of emotion', to stimulate certain intelectual activities and to stimulate a certain kind of action”


1 comment:

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...