Blog List

Monday 21 August 2017

Redakan Masalah Kulit Sensitif Dengan Rangkaian Penjagaan Wajah Teoxane

Redakan Masalah Kulit Sensitif Dengan Rangkaian Penjagaan Wajah Teoxane
Para penyelidik di makmal TEOXANE Switzerland telah mengeluarkan teknologi Resilient Hyaluronic Acid (RHA) selepas 10 tahun menggunakan injection dermal fillers. Penyelidik juga melebarkan manfaat estetik RHA dalam produk rutin penjagaan wajah TEOXANE. 
TEOSYAL Hyaluronic Acid Dermal Fillers kini terdapat dalam enam inovasi topikal diformulasi khas untuk hydrasi, menguatkan dan menganjalkan kulit. Rangkaian ini juga sesuai untuk meredakan dan menenangkan untuk kulit yang sensitif selepas prosedur suntikan botoks, rawatan laser dan pengelupasan alpha hydroxy acid (AHA). 
TEOXANE RHA Micellar Prep Cleansing Solution, RM200
Penanggal solekan yang juga secara efektif menangal kotoran solekan dan minyak. Ianya bebas alkohol, parabens dan phenoxyethanol. 
Foto – arkib Wanista.com
TEOXANE RHA Serum Regenerative Skin Concentrate, RM500
Krim pelembab dari bahan aktif yang lembut dan mencerahkan kulit dalam 14 hari. Juga mengurangkan garis halu dan kedutan dengan bahan tiga antioksida amino asid, dua mineral dan vitamin B6. 
Foto – arkib Wanista.com
TEOXANE Deep Repair Balm, RM200
Pelembab bibir ini khas untuk merawat dan memperbaiki masalah bibir kering dan sensitif akibat faktor sekeliling seperti penghawa dingin. 
Foto – arkib Wanista.com
TEOXANE Advanced Filler, RM450
Melembutkan kulit tanpa kesan berminyak dan sesuai untuk digunakan pada setiap hari. 
Foto – arkib Wanista.com
TEOXANE Perfect Skin Refiner, RM480
Masalah kulit kusam dan masalah breakout? Produk ini mampu memberi rawatan pengelupasan yang lembut tanpa menyakitkan. Ia juga kaya dengan Vitamin E untuk melindungi kulit. 
Foto – arkib Wanista.com
TEOXANE R(II) Eyes, RM450
Direka untuk mata sembab, lingkaran gelap bawah mata dan garis halus. Ia juga diformulasi tanpa pewangi dimana ia lebih memberi rawatan yang terbaik khas untuk kulit sensitif. 
Foto – arkib Wanista.com
Rangkaian penjagaan kulit TEOXANE boleh didapati di farmasi dan klinik seluruh negara. Layari www.parvuslife.com
For further information log on website :
https://www.wanista.com/2017/129579/redakan-masalah-kulit-sensitif-dengan-rangkaian-penjagaan-wajah-teoxane/

Kulit Berminyak Dan Jerawat Paling Sesuai Pakai Pencuci Muka Ini!

Muka berminyak dan jerawat memang tidak dapat dipisahkan. Ia memang sudah dijodohkan bersama.
Tipulah kalau yang klik artikel ini tidak mempunyai masalah kulit berminyak samada dibahagian T-Zone, pipi, dahi, dagu mahupun celah hidung. Pada anda yang ingin membuang minyak muka memang tidak dapat penulis hendak tolong, apa yang boleh penulis tolong ialah mencadangkan beberapa jenama pencuci muka yang boleh mengurangkan kesan minyak. 
Kesemua jenama pencuci muka ini penulis telah cuba sendiri dan ada diantara yang masih penulis guna sehingga sekarang. Jom lihat yang mana paling sesuai dengan anda. 

#1 The Face Shop Clean Face Acne Solution Foam Cleanser


Foto – THEFACESHOP – Natural Story

Nombor satu di hati penulis! Rangkaian pencuci muka Clean Face dari The Face Shop ini memang penulis pakai sejak zaman muka penulis acne-breakout lagi. Diperkaya dengan ekstra teh hijau yang amat bagus mengecut jerawat, membasmi kuman dalam sebum dan yang paling best mengurangkan kesan kulit berminyak.
Pada yang pertama kali ingin mencuba, anda mungkin akan rasa sedikit pedih pada kawasan yang berjerawat. Itu ialah tanda reaksi produk pada kulit, jangan risau.

#2 The Body Shop Tea Tree 3-in-1 Wash Scrub Mask


Foto – The Body Shop

Yup, ada masa penulis ingin produk yang ada segalanya. Jadi pilihan kedua ialah dari The Body Shop, Tea Tree 3-in-1 Wash Scrub Mask yang anda boleh guna sebagai pencuci muka, masker dan skrub muka. Biasanya rutin skrub setiap hari boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mengelupas tapi dengan produk ini, penulis nak beri satu trick. Jangan terus tepek produk pada muka, seeloknya campurkan dengan sedikit air untuk butiran skrub lebih lembut. Seminggu sekali penulis buat rawatan wajah dengan memakai masker dari produk yang sama. Mudah kan semua boleh guna dengan Tea Tree 3-in-1 Wash Scrub Mask? Jimat pun jimat.. 
Selain ekstra daun teh yang bagus untuk masalah jerawat, produk ini juga boleh mengurangkan tanda-tanda cela parut jerawat lama. 

#3 Clinique Anti-Blemish Solutions Cleansing Foam 


Foto – Sephora

Pencuci muka dari Clinique ini dari tekstur berbuih yang tidak memerlukan air. Walaupun ia dari adunan bahan medikal, kesan mencuci dari Acne Solutions tidak mengeringkan dan memedihkan. Malah kulit lebih lembut dan mata jerawat lebih kering. Penulis mula-mula takut jika terjadi iritasi akibat bahan medikal tapi Acne Solutions Cleaning Foam memang tidak langsung merengsangkan kulit, langsung tiada! 
Pada anda yang mempunyai bajet yang lebih, mungkin boleh consume produk ini. 

#4 Mary Kay Clear Proof Clarifying Cleanser Gel


Foto – Mary Kay

Pencuci muka ini terdapat dalam rangkaian terbaharu Mary Kay Clear Proof, khas untuk mereka yang mengalami masalah jerawat. Tekstur gel dan senang berbuih, mencuci semua sel kulit mati dan tidak mengeringkan kulit. 

Foto – Tenor

Cuci muka dah! Kalau nak tahu produk lain yang penulis buat untuk kecutkan jerawat, baca disini: Wajib Guna! Ini Produk Terbaik Untuk Mengecutkan Jerawat.
For further information log on website :
https://www.wanista.com/2017/137496/kulit-berminyak-dan-jerawat-paling-sesuai-pakai-pencuci-muka-ini/

Petua Dapatkan Kulit Mulus Ketika Mandi: Ini Ilham Kecantikan Korea Oleh BLITHE

Petua Dapatkan Kulit Mulus Ketika Mandi: Ini Ilham Kecantikan Korea Oleh BLITHE
Penjagaan wajah yang rapi memang memerlukan masa yang banyak. LECEH.
Agak sukar sebenarnya untuk membahagikan masa sehinggakan ada yang terus melupakannya meskipun wajah harus dibelai dan diberi perhatian yang secukupnya.
Kulit adalah organ terbesar yang membalut tubuh manusia bahkan merupakan yang paling sensitif. Jika tersilap langkah, ianya akan rosak bagaikan merajuk kerana tidak dipelihara dengan teliti oleh tuannya.
Untuk itu, adalah penting untuk seseorang mencari produk yang bersesuaian dengan kulit. Tidak boleh sembarangan, produk yang berasaskan bahan organik adalah lebih baik kerana ramuannya semula jadi dan lebih lembut untuk berinteraksi dengan tekstur kulit yang agak lembut.
BLITHE, rangkaian penjagaan wajah dari Korea yang semakin dikenali kerana menampilkan produk mesra pengguna bahkan berkesan untuk hasilkan kecantikan asli yang abadi seperti diidamkan ramai perempuan.
Antara yang sedang viral diperkatakan ramai blogger kecantikan serta pakar-pakar kulit adalah Blithe Patting Spalsh Mask serta Blithe Pressed Serum. Kedua-duanya sesuai digandingkan bersama sebagai rejim kecantikan harian agar hasil kulit bersih, segar dan mulus boleh dikecapi dalam sekelip mata.
BLITHE Patting Splash Mask: RM159 [BELI]
Mask lazimnya hadir dalam bentuk pes yang harus disapu rata keseluruh wajah mahupun kepingan topeng lembab yang kemudiannya dihamparkan atas wajah untuk proses penyerapan nutrien. Tetapi, lain pula dengan Blithe Patting Splash Mask ini.
Antara tujuan penggunaan mask adalah untuk membuka liang roma agar memudahkan penyerapan nutrien selain menarik keluar semua kotoran tersumbat dalam tekstur kulit. Anda harus tahu bahawa masalah kulit seperti penuaan lazimnya berpunca dari pencemaran keliling di mana habuk dan cahaya matahari akan menggalak kekeringan, kehilangan kolagen serta kemunculan jerawat, kedutan dan tompok hitam pingmentasi.
Solusi mudah yang boleh diamalkan adalah dengan memanfaatkan Blithe Patting Splash Masksemasa mandi!
Tiga Cara Penggunaan:-
Penyegar Wajah Ketika Mandi
  1. Tuang separuh penutup botol cecair Blithe Patting Splash Mask di atas tangan.
  2. Tepuk-tepuk produk tersebut dan ratakan ke seluruh wajah.
  3. Seperti orang Korea, tepuk lembut pipi dan sekitar bahagian wajah untuk penyerapan optimum. (Gerakan menepuk atau menampar lembut wajah sebenarnya akan mengejutkan otot untuk kembali aktif hasilkan kolagen serta menjadikan teksturnya lebih berseri dan nampak segar).
  4. Teruskan menepuk dengan air dari pancuran sehingga produk terasa sudah menyerap sepenuhnya dalam wajah.
  5. Gunakan 1 hingga 2 kali seminggu untuk kulit yang cerah tidak kusam.
Vitamin Mandian
Blithe Patting Splash Mask bukan untuk kegunaan wajah semata, selebriti Korea ramai mencampurkan cecair Splash Mask di dalam air takungan tab mandi. Kata mereka cara ini berkesan untuk melembutkan kulit gerutu di bahagian kepala lutut dan siku serta beberapa bahagian kulit tubuh yang kasar.
  1. Tuang satu penutup penuh Blithe Patting Splash Mask dalam tab mandi.
  2. Kocak air agar air mandian dan cecair Blithe Patting Splash Mask bergabung penuh untuk pulihkan kulit.
  3. Berendamlah sambil menggosok-gosok bahagian tubuh yang kasar.
Mini Mask
Tak semestinya menggunakan mask kepingan kerana anda juga boleh manfaatkan cara mini mask seperti selebriti Korea!
  1. Tuang satu penutup penuh Blithe Patting Splash Mask yang kemudiannya digunakan untuk melembab lima kepingan kapas (cotton pad).
  2. Letak satu di bahagian dahi, kedua belah pipi, dagu dan hidung.
  3. Biarkan kulit menyerap selama seminit sebelum menyapu sisa Blithe Patting Splash Mask pada kapas ke sleuruh wajah.
  4. Tepuk, tepuk dan tepuk untuk penyerapan berganda!
Percaya atau tidak, kehebatan cecair bervitamin gabungan laktik asid serta estrak sitrus & madu ini sebenarnya mampu menandinngi keberkesanan penggunaan toner dan skrub tahu? Dengan adanya Blithe Patting Splash Mask, tak perlu lagi gunakan mask yang merimaskan.

“Sambil mandi, sambil guna mask cecair Blithe… Tak sampai 15 minit, kulit jadi segar dan cantik serta-merta. Barulah Kbeauty namanya”.


BLITHE Pressed Serum: RM175 [BELI]
Bila dah guna mask, jangan lupa serum! Blith Pressed Serum akan bantu mempercepat proses pemulihan serta penyerapan khasiat yang disalurkan Blithe Patting Splash Mask tadi.
Cara Penggunaan:-
  1. Sebaik selesai mandi, calit sedikit serum dari balang Blithe Patting Splash Mask sebesar kacang pis sebelum disapu rata ke seluruh wajah.
Kini kulit bersih, segar dan berseri adalah hak milik kekal anda! Dengan BLITHE, penjagaan kulit jadi lebih mudah dan menjimatkan masa.
Tonton Tutorial Penggunaan Blithe Patting Splash Mask & Pressed Serum
Untuk keterangan lanjut, layari [www.sephora.my/Blithe]. BLITHE adalah jenama produk kecantikan Korea baharu yang dipasarkan menerusi butik kecantikan Sephora di seluruh Malaysia bersempena musim bunga 2017! #SephoraSpring2017
For further information log on website :
https://www.wanista.com/2017/129903/petua-dapatkan-kulit-mulus-ketika-mandi-ini-ilham-kecantikan-korea-oleh-blithe/

Sunplay Skin Aqua Super Moisture Essence, Pelindung UV Dengan Formula Kelembapan Terunggul


Sunplay Skin Aqua Super Moisture Essence, Pelindung UV Dengan Formula Kelembapan Terunggul
Sunplay Skin Aqua Super Moisture Essence, pelindung UV dari Jepun dirumuskan dengan formulasi terkini yang bukan sahaja memberikan anda perlindungan UV SPF50 PA++++ yang berpanjangan tetapi juga dirumuskan dengan 4 ramuan kelembapan yang hebat (iaitu Super Hialuronik Asid, Nano Hialuronik Asid, Asid Amino dan Kolagen) untuk membekalkan kulit dengan kelembapan yang terunggul dengan serta-merta dan berpanjangan.
Foto – Arkib Wanista
Teksturnya amat ringan, tidak melekit, amat mudah disapu dan diserap kedalam kulit agar kulit terasa segar, selesa dan boleh bernafas secara bebas. Dengan teksturnya yang ringan seperti air, pelindung UV Skin Aqua sesuai sekali untuk kegunaan harian, malah ia juga berfungsi sebagai asas solekan yang baik.
Sunplay Skin Aqua Super Moisture Essence sesuai digunakan pada bahagian muka dan badan dan ia didatangi dengan perlindungan UV SPF50+ PA++++ yang tinggi untuk mencegah kerosakan pada kulit disebabkan oleh sinar UV. Ia telah diuji kesan alergi, bebas daripada pewarna, pewangi dan minyak mineral dan oleh itu sesuai untuk kulit sensitif.
Sunplay Skin Aqua Super Moisture Essence (RM55.90) kini berada secara eksklusif di Watsons seluruh negara.
For further information log on website :
https://www.wanista.com/2017/130244/sunplay-skin-aqua-super-moisture-essence-pelindung-uv-dengan-formula-kelembapan-terunggul/

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...