Blog List

Monday 14 November 2016

Penyediaan dan Pencirian Komposit Upr/Lnr/Gentian Kaca Terawat Menggunakan Resin Poliester Tak Tepu daripada Bahan Buangan PET

Author

Main Author: Hisham, Siti Farhana
Other Authors:Ahmad, IshakDaik, RusliRamli, Anita
Format:Article
Published:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2011 
Subjects:
Institution: Universiti Teknologi Petronas
Online Access: 
Tags:  Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Summary

Komposit UPR/LNR/gentian kaca telah disediakan dengan menggunakan resin poliester tak tepu daripada hasil pengitaran semula bahan buangan PET. Kajian dimulai dengan pengitaran semula botol minuman PET melalui proses glikolisis dan hasilnya ditindakbalaskan dengan maleik anhidrida untuk mendapatkan resin poliester tak tepu. Kajian diteruskan dengan penyediaan adunan resin poliester tak tepu (UPR) dengan cecair getah asli (LNR) iaitu komposisi penambahan LNR ke dalam UPR telah diubah dari 0-7.5% (wt). Komposisi UPR/LNR dengan sifat mekanik terbaik dipilih sebagai matrik untuk penyediaan komposit berpenguat gentian kaca. Rawatan silana ke atas gentian kaca turut dilakukan dengan menggunakan (3-Aminopropil)triethoxysilane. Hasil daripada kajian mendapati adunan UPR/LNR dengan penambahan 2.5% LNR mempunyai sifat mekanik dan morfologi terbaik dengan partikel-partikel getah yang bersaiz kecil dapat tersebar dengan sekata dalam UPR. Kajian juga menunjukkan berlakunya peningkatkan dalam nilai tegasan, modulus regangan dan kekuatan hentaman bagi komposit UPR/LNR/gentian kaca terawat berbanding dengan penggunaan gentian tanpa rawatan.

For further details log on website :
http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/utp.eprints-3335/Description

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...