Blog List

Sunday 7 May 2017

Ujian beban

Author


Ujian Beban
Ujian beban dilakukan terhadap pembinaan projek pembinaan yang menggunakan cerucuk dalam pembentukan asas bangunan.  Asas cerucuk digunakan apabila beban bangunan terlalu besar atau lapisan tanah atas di tapak binaan berkeupayaan galas rendah. Oleh itu beban bangunan terpaksa dipindahkan kepada lapisan tanah kukuh yang terletak jauh di dalam tanah.  Bagi projek pembinaan yang tidak menggunakan cerucuk ujian beban tidak diperlukan.


Objektif Ujian Beban
Mengkaji beberapa perkara seperti berikut:-
  • Memeriksa keupayaan tanggung muktamad (ultimate bearing capacity) Memeriksa keutuhan struktur cerucuk setelah ditanam
  • Mengkaji hubungan di antara bebanan dan penurunan cerucuk



Jenis-jenis ujian

Ujian beban dikekal (maintain load test)  –  mengambil masa yang panjang dengan menggunakan Kentledge.

Ujian kadar penusukan malar (CRP) – jangkamasa yang pendek, kebiasaannya tidak digunakan bagi cerucuk galas. 

Ujian Pile Dynamic Analyzer (PDA) -  Ujian ini digunakan bagi mengetahui kekuatan pile (pile capacity), keadaan cerucuk (pile integrity) dan panjang cerucuk yang tidak boleh menggantikan ujian beban sebenar kerana ujian PDA tidak memberi maklumast mengenai keupayaan cerucuk sebenar


Pemilihan Cerucuk bagi Tujuan Ujian

Bilangan cerucuk yang dikehendaki bergantung kepada : 
  •            keadaan sub-tanah 
  •            rekod pembinaan 
  •            kos projek dan masa 
  •            jenis struktur 

kebiasaannya 1 : 50 ke 1 : 100 dan 1 ujian dengan beban rekabentuk, bagi tanah yang dijangkakan akan menimbulkan masalah, bilangan ujian boleh ditambah. 

Pemilihan cerucuk bergantung kepada keadaan yang terdekat sekali dengan  ‘bore hole’ yang menunjukkan keadaan sub  tanah yang paling teruk atau cerucuk yang mempunyai perlakuan pembenaman yang tidak normal (eg ; paling panjang, paling pendek, condong dsb) 

Ujian beban ke atas cerucuk kelompok dilakukan apabila cerucuk dengan penusukan dan set yang menunjukkan perbezaan yang sangat berlebihan 

Keadah Ujian Beban Statik
Keadah Penyediaan Tolok Dail
  1. Taman cerucuk pertam sehinggan mencapai nilai 'set' yang ditentukan atau mengikut kedalaman yang direkabentuk.
  2. Sekiranya ujian tersebut telah lulus, maka cecucuk yang seterusnya adalah ditaman berdasarkan kepada nilai set ataupun kedalaman cerucuk yang pertama tadi.  Ujian ini memudahkan pihak terlibat unutk membuat penyediaan anggaran ke atas jumlah panjang cerucuk yang seterusnya.
  3. Keudukan cerucuk yang diuji hendaklah ditanam berhampiran dengan 'bore hole' yang telah diketahui jenis dan keadaan tanah sekitaranya.
  4. Bagi menatuhi kehendak-kehendak teknikal, perhatian yang khusus hendaklah diberikan ke atas perkara-perkara seperti berikut:-

  • Kawasan bertanah liat - ujian cerucuk hendaklah dijalankan setelah 4  minggu ditanam
  • Kawasan berpasir  - ujian boleh dilakukan setelah beberapa hari sahaja  selepas ditanam   


Susunan Peralatan dan Prosedur Ujian

Keadah Penyediaan Ujian Beban


Beberapa perkara penting yangharus diambil perhatian:-
  1. Permukaan kepala cerucuk yang diuji hendaklah diratakan.
  2. Penyokong (support) kapada beban lawan (kentledge) hendaklah berada sekurang kurangnya 1.3m dari cerucuk yang diuji.
  3. Beban lawan hendaklah disusun sedemikian rupa,supaya pusat gravitinya selari dengan paksicerucuk. Berat beban lawan hendaklah lebih tinggi iaitu kira-kira 20% dari beban ujian maksima.
  4.  Tolok tekanan, tolok dail dan jek hidraulik hendaklah diklabirasikan terlebih dahulu sebelum digunakan. Keupayaan jek hidraulik mestilah melebihi diantara 1.2 hingga 2.0 kali ganda beban ujian maksima.
  5.  Sekurang-kurangnya tiga dan sebaiki-baiknya empat tolok dail hendaklah digunakan untuk menyukat penurunan cerucuk. Ianya hendaklah dipasangkan kepada rasuk yang disokong dengan kukuh.
  6.  Berdasarkan penentuan Binaan Jambatan JKR ujian beban masima seberat 2 kali beban rekabentuk hendaklah dikenakan selama 48 jam. Penurunan cerucuk yang dibenarkan hasil dari beban ujian maksima adalah 30mm. penurunan sebenar (permanent settlement) yang dibenarkan setelah pengembalian semula (recovery) sebaik sahaja beban ditanggalkan adalah 5mm.

 
 Keadah Mengambil Bacaan

Kriteria Penerimaan Ujian Beban Cerucuk
  1. Pada beban rekabentuk : enapan < 12 mm (0.5”)
  2. Enapan pada 2 x beban rekabentuk < 10 % saiz cerucuk atau 38 mm (yang mana terendah)
  3. Enapan baki (residual/permanent settlement < 6 mm)



Keadah Pengiraan 
 Asas: Ujian Beban
1. Maintaned Load Test
i. Contoh Pengiraan
○          Beban kerja = 50 tan
○          Beban ujian = 2 x beban kerja
= 2 x 50
= 100 ton
○ Increament untuk menaikkan beban       = 100/8           = 12.5 ton
○ Increament untuk menurunkan beban     = 100/4           = 425 ton
            ○ Berat pemberat (kentledge)                    = 100 + 20%  = 120 ton

Ulasan

Ujian beban statik merupakan salah satu ujian yang biasa dijalankan untuk projek JKR bagi menentukan keupayaan sebenar cerucuk di tapak. Ianya merupakan antara ujian yang paling sesuai berbanding ujian-ujian lain bagi menentukan keupayaan sebenar cerucuk di tapak. Walau bagaimanapun, ujian ini perlu dilakukan dengan betul supaya data yang diperolehi memberikan gambaran sebenar keupayaan cerucuk yang diuji. Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk memastikan ujian dijalankan dan dilaksanakan dengan penuh teliti dan mengikut spesifikasi serta piawaian yang telah ditetapkan bermula dari pemasangan peralatan sehinggalah kepada analisis data yang diperolehi.

Keadah Pemasangan Peralatan Ujian Beban Statik
For further information log on website :
http://zuraidahabakar07.blogspot.my/2014/08/ujian-beban_1.html

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...