Para penyelidik di makmal TEOXANE Switzerland telah mengeluarkan teknologi Resilient Hyaluronic Acid (RHA) selepas 10 tahun menggunakan injection dermal fillers. Penyelidik juga melebarkan manfaat estetik RHA dalam produk rutin penjagaan wajah TEOXANE.
TEOSYAL Hyaluronic Acid Dermal Fillers kini terdapat dalam enam inovasi topikal diformulasi khas untuk hydrasi, menguatkan dan menganjalkan kulit. Rangkaian ini juga sesuai untuk meredakan dan menenangkan untuk kulit yang sensitif selepas prosedur suntikan botoks, rawatan laser dan pengelupasan alpha hydroxy acid (AHA).
TEOXANE RHA Micellar Prep Cleansing Solution, RM200
Penanggal solekan yang juga secara efektif menangal kotoran solekan dan minyak. Ianya bebas alkohol, parabens dan phenoxyethanol.
TEOXANE RHA Serum Regenerative Skin Concentrate, RM500
Krim pelembab dari bahan aktif yang lembut dan mencerahkan kulit dalam 14 hari. Juga mengurangkan garis halu dan kedutan dengan bahan tiga antioksida amino asid, dua mineral dan vitamin B6.
TEOXANE Deep Repair Balm, RM200
Pelembab bibir ini khas untuk merawat dan memperbaiki masalah bibir kering dan sensitif akibat faktor sekeliling seperti penghawa dingin.
TEOXANE Advanced Filler, RM450
Melembutkan kulit tanpa kesan berminyak dan sesuai untuk digunakan pada setiap hari.
TEOXANE Perfect Skin Refiner, RM480
Masalah kulit kusam dan masalah breakout? Produk ini mampu memberi rawatan pengelupasan yang lembut tanpa menyakitkan. Ia juga kaya dengan Vitamin E untuk melindungi kulit.
TEOXANE R(II) Eyes, RM450
Direka untuk mata sembab, lingkaran gelap bawah mata dan garis halus. Ia juga diformulasi tanpa pewangi dimana ia lebih memberi rawatan yang terbaik khas untuk kulit sensitif.
Rangkaian penjagaan kulit TEOXANE boleh didapati di farmasi dan klinik seluruh negara. Layari www.parvuslife.com.
https://www.wanista.com/2017/129579/redakan-masalah-kulit-sensitif-dengan-rangkaian-penjagaan-wajah-teoxane/
No comments:
Post a Comment