Blog List

Wednesday 3 February 2016

GALERI GLULAM

Bangunan ini mempelopori diri-diri keunikan aplikasi inovasi kejuruteraan kayu dengan penggunaan produk glued laminated timber (Glulam) sebagai struktur utama serta jenis-jenis kayu tempatan. Bangunan ini juga menjadi showcase dan referral centre bagi pakar professional seperti arkitek, jurutera, kontraktor serta semua lapisan pengguna dan stakeholders termasuk agensi kerajaandan swasta termasuk JKR, CIDB, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pihak berkuasa tempatan yang lain. 
Projek ini juga melambangkan identiti agensi pengguna, mengimplikasikan kejuruteraan kayu teknologi glulam sebagai struktur binaan bangunan yang pertama berkonsepkan Iconic Timber Building berbentuk separa payung. Struktur utama bangunan menggunakan Kayu Keras Malaysia iaitu jenis kayu Resak dan Keruing serta bumbung dari jenis kayu Belian Shingles (anggaran melebihi 350,000 keping). Selain daripada itu dinding timber wall cladding diperbuat daripada kayu Kekatong dan timber fins menggunakan kayu Balau, Belian dan Resak. Manakala timber purlins menggunakan kayu Kempas dan siling menggunakan kayu Resak. Tangga diperbuat daripada kayu Merbau dan susur tangga menggunakan kayu Nyatoh.

Pembinaan bangunan ini dengan keluasan lantai 3,716.48 (m2) meter persegi terbahagi kepada komponen utama seperti tiga dewan pameran, galeri produk kayu serta pusat pentadbiran (ruang pejabat). Secarakeseluruhan bangunan ini menggunakan lebih daripada 640 meter padu (m3) kayu (80%) sebagai bahan struktur utama bangunan. Markah pencapaian melebihi sasaran 70% iaitu 80% keatas.

KEMUDAHAN BANGUNAN / DEWAN

  • Mempunyai 150 buahtempatmeletakkenderaanmotokar /motosikalberpagar
  • Mempunyai 3 buahdewanpameran / serbaguna bersaiz 2000m�
  • Mempunyai kelengkapan / kemudahan suraulelaki / wanita
  • Tempat / kawasan / lokasi strategik
  • Mempunyai kerusi banquet 500 buah & meja seminar
  • Mempunyai kemudahan peralatan audio sistem
  • Mempunyai system penghawadingin
  • Dilengkapi bilik mesyuarat eksklusif dengan video conference dan LCD monitor screen boleh memuatkan 17 ahli mesyuarat
  • Mempunyai holding room eksklusif untuk VIP/VVIP boleh memuatkan 12 ahli
  • Bersedia berbincang tentang penggunaan dewan dalam pelbagai aplikasi

LATARBELAKANG

Projek Galeri Glulam ini dibina di atas tanah milik Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dengan lokasi yang strategik di pertengahan laluan utama industri antarabangsa dengan keluasan 4.9 ekar di Jalan Tampoi, Johor. Projek ini telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Rercords pada 15 Mac 2012 kerana menggunakan glue-laminated timber (Glulam) sebagai bahan struktur menanggung beban melebihi 80 % penggunaan kayu bagi memenuhi konsep rekabentuk yang bercirikan bangunan ikonik glulam. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 22 Mei 2012.


Pernahkah anda terfikir bahawa suatu hari nanti kebanyakan bangunan dan rumah di negara ini bahan binaannya berasaskan struktur gabungan pelbagai jenis kayu yang dihasilkan menerusi proses perekatan, atau dikenali sebagai 'glulam'.Penubuhan pusat promosi Perkayuan Malaysia Tebrau, yang lebih dikenali sebagai "MTIB's Iconic Timber Building" yang terletak di Tebrau, Johor Baharu mungkin menjadi titik mula perkembangan glulam di Malaysia.


Pembangunan struktur bangunan pusat ini dijangka bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan pembinaan bangunan dan rumah yang bahan binaannya berasaskan glulam di negara ini pada masa akan datang.Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) Dr Jalaluddin Harun ketika ditemui Bernama baru-baru ini berkata sememangnya MTIB berhasrat untuk menggalakkan penggunaan glulam dalam pasaran domestik, terutama dalam sektor pembinaan dan pembuatan perabot, menerusi pusat ini.


Bangunan Pertama Guna Kayu Glulam 

Bangunan pusat perkayuan itu adalah yang pertama di dunia mempelopori penggunaan glulam hasil daripada dua jenis kayu keras di Malaysia iaitu Resak dan Keruing untuk pembinaan strukturnya.


Menurutnya kos untuk membina pusat promosi Perkayuan Malaysia Tebrau ini yang menggunakan lebih 80 peratus kayu keras adalah kira-kira RM24 juta."Ada bangunan yang kita buat menggunakan bahan kayu glulam namun ia tidak sebesar ini. Pembinaan pusat ini berasaskan bahan yang keselamatannya telah diuji," katanya.


Kayu Glulam Sangat Kuat 

"Glulam" adalah produk kayu struktur yang dihasilkan dengan proses perekatan menggunakan bahan rekatan antara satu kepingan dan kepingan lain dengan saiz tertentu.Jalaluddin berkata gabungan rekatan kayu itu, menghasilkan kayu struktur berdimensi besar dan panjang, yang bersaiz tepat serta sangat kuat.


"Kayu struktur atau pun glulam ini boleh direkabentuk sepertimana dikehendaki dan kini sudah terdapat syarikat di Malaysia yang menghasilkan kayu jenis ini," katanya. Beliau berkata ini adalah kali pertama struktur bangunan di Malaysia menggunakan kayu sebagai "load bearing structure" untuk bangunan yang tinggi.

Namun penggunaan glulam dalam pembinaan bukan lagi perkara baru di negara seperti Sweden, German dan Kanada.


Beliau berkata dengan penggunaan glulam ia ternyata lebih selamat berbanding penggunaan bahan biasa untuk mendirikan bangunan.

"Keselamatan tidak ada kompromi, semuanya telah dipastikan selamat dan kalau terjadi kebakaran atau sebagainya kayu ini akan tahan lebih lama lagi jika dibandingkan dengan besi.


"Dengan kata lain bahan yang digunakan akan membuatkannya lebih tahan lama berbanding besi kalau berlaku kebakaran", katanya. Pusat ini turut menggunakan Indeks Bangunan Hijau (GBI) yang mempraktikkan kepentingan alam semula jadi, katanya- www.mstar.com.my


GALERI GLULAM JOHOR BAHRU

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia 

Lot 19851, Jalan Tampoi, Mukim Tebrau           

Johor Bahru, Johor


For more information website: www.galeriglulam.com

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...