Blog List

Friday 27 January 2017

Masalah Pembangunan Tanah Tinggi dan Pengurusannya di Malaysia

Conference Paper (PDF Available) · April 2013with9,271 Reads

Conference: Seminar Serantau Ke-2 Pengurusan Persekitaran di Alam Melayu, At Pekanbaru, Volume: 1
Abstract

Di negara tropika, kawasan tanah tinggi merupakan kawasan utama pelancongan, pertanian dan petempatan. Di Malaysia, banyak kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Genting Highlands, Fraser’s Hill, Bukit Larut dan Bukit Bendera merupakan destinasi pelancongan utama. Selain itu, tanah tinggi juga merupakan kawasan pertanian utama, khasnya untuk buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Namun, kawasan tanah tinggi di Malaysia juga merupakan kawasan sensitif dari segi alam sekitar dan ekologi. Tanah tinggi mempunyai cerun curam, punck bukit, flora dan fauna endemik yang terancam, dan komuniti tempatan yang kaya dalam budaya. Antara tarikan utama tanah tinggi ialah iklim yang lebih sejuk berbanding dengan tanah dataran rendah. Akibat pembangunan pesat dan perancangan serta pengurusan yang kurang efektif, kawasan-kawasan tanah tinggi telah mengalami perubahan persekitaran yang negatif. Antara perubahan besar ialah perubahan guna tanah dari hutan ke bandar dan ladang, perubahan unsur iklim, pembandaran dan peningkatan bencana alam.Walaupun banyak perubahan fizikal ini menggambarkan kemajuan dan membawa faedah ekonomi, ianya juga telah membawa impak negatif seperti bahaya dan bencana persekitaran. Antaranya ialah hakisan tanah, tanah runtuh, penyahhutanan, pemusnahan tadahan air, pencemaran alam sekitar, pengenapan sungai dan empangan, dan banjir di kawasan hilir sungai. Pengurusan persekitaran di kawasan tanah tinggi adalah mustahak untuk mengawal kemerosotan persekitaran demi menjaminkan kelestarian. Kertas kerja ini mengkaji isu dan cabaran alam sekitar utama di kawasan tanah tinggi di Malaysia dan cara-cara efektif pengurusannya mengikut model pembangunan lestari.

For further details log on website :
https://www.researchgate.net/publication/260691925_Masalah_Pembangunan_Tanah_Tinggi_dan_Pengurusannya_di_Malaysia

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...