Blog List

Friday 27 January 2017

Pembangunan Landskap Lestari Hutan Rekreasi Semenanjung Malaysia

Author


  • ISBN 9789674122638
  • (kulit lembut). 174 halaman
  • Mohd Kher Hussein
Hutan rekreasi merupakan kawasan semula jadi yang perlu dipelihara dan diurus dengan baik untuk manfaat manusia dan hidupan yang lain. Tanpa perancangan dan pengurusan yang sistematik ia boleh memusnahkan kawasan ini. Bahkan, boleh mendatangkan kemudaratan seperti banjir kilat, tanah runtuh dan perubahan iklim tempatan. Hutan rekreasi menjadi tumpuan sama ada sebagai kawasan rekreasi, pelancongan, pendidikan, penyelidikan, pertemuan dan sumber rezeki buat masa kini dan pada masa hadapan, memerlukan kebijaksanaan pihak berkaitan untuk membangunkannya. Buku ini membicarakan bagaimana pendekatan pembangunan lestari landskap hutan rekreasi wajar dipraktikkan dengan betul mengikut piawaian tempatan dan antarabangsa.   Fokus kajian termasuk persepsi masyarakat, pembangunan dan pengurusan landskap hutan rekreasi. Buku ini turut memuatkan perbincangan yang menyentuh mengenai hutan rekreasi itu sendiri, landskap hutan rekreasi, kelestarian pembangunan dan pengurusannya, peneraju kelestarian kawasan, keperluan transformasi dan implikasi serta cabaran yang perlu dihadapi. Landskap hutan rekreasi dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu landskap semula jadi (tumbuhan, batuan, sungai, air terjun, topografi) dan landskap yang dibina oleh manusia (struktur, laluan rentas, bangunan).   Buku Pembangunan Landskap Lestari Hutan Rekreasi Semenanjung Malaysia ini diolah dan disusun dengan ringkas tetapi padat berserta rajah dan gambar untuk memudahkan pembaca memahami kandungannya. Tujuan penulisannya untuk dijadikan bahan rujukan dan memberikan pengetahuan mengenai pembangunan landskap hutan rekreasi Semenanjung Malaysia. Kehadiran buku ini di pasaran amat sesuai untuk digunakan oleh mereka yang ingin mengetahui mengenai landskap hutan rekreasi yang dibangunkan secara lestari sebagai rujukan. Penulis berharap buku ini dapat dimanfaatkan sebagai teks rujukan mengenai landskap hutan rekreasi yang lebih utama.
For further details log on website :
http://ukmpress.ukm.my/index.php?route=product/product&product_id=163

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...