Inovasi terbaharu Whitening Cooling Sherbet dari Hada Labo ini adalah berkesan bagi mencerahkan kulit di samping mengisi kembali kadar kelembapan yang dibutuhkan kulit. Teknologi Jepun digunakan bagi menghasilkan krim bertekstur seperti ais krim sherbet yang dirumus khusus dengan Tranexamic Acid yang merupakan sejenis bahan pencerahan hebat.
Bukan itu sahaja, sebaik disapu ke wajah, kulit boleh merasakan sensasi kesejukan berganda umpama salji dilumur ke wajah. Pastikan kulit muka akan berasa segar seterusnya lembap sepanjang hari!
Antara ramuan lain yang terkandung dalam Hada Labo Whitening Cooling Sherbet ini adalah Menthol, ekstrak bunga Witch Hazel, Edelweiss dan daun herba yang digelar Strawberry Saxifrage.
Hada Labo Whitening Cooling Sherbet boleh dibeli dari mana-mana cawangan Watsons pada harga RM65 seunit. Untuk keterangan lanjut, sila lawat laman Facebook rasmi Hada Labo Malaysia di [www.facebook.com/MyHadaLabo/].
https://www.wanista.com/2017/134263/kulit-makin-cerah-dengan-sensasi-kesejukan-hada-labo-whitening-cooling-sherbet/
No comments:
Post a Comment