Percayakah anda jika penulis beritahu usia wanita cantik jelita ini sudah lewat 50-an? Tidak bukan? Kecantikan dan kejelitaan wanita berusia 59 tahun apatah lagi sudah memiliki dua orang cucu ini ternyata dikagumi netizens. Lihat sahaja pictorial cukup luar biasa dan kelihatan lebih muda daripada usianya.
Empunya diri, Yasmina Rossi seorang model terkenal dalam industri fesyen antarabangsa dan masih giat dalam pasaran kerana keunikan selain kecantikan yang dimilikinya.
Memulakan karier sebagai peragawati seawal usia 20-an, Yasmina yang lahir di Perancis pada tahun 1955 ini sememangnya mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam industri berkenaan.
Malahan dia pernah bekerjasama dengan jenama fesyen terkemuka antarabangsa seperti Marks and Spencer, Hermes, Macy’s, Yves Saint Laurent dan banyak lagi.
Menariknya, rambut yang berwarna silver sejak berusia 12 tahun itu dikatakan telah menjadi kelebihan kepada dirinya selama berkecimpung dalam bidang ini.
Model yang boleh dikategorikan dalam golongan warga emas itu menyatakan bahawa dia tidak ada rahsia dalam memiliki rupa paras serta tubuh badan yang cantik selama ini.
Hanya mengamalkan pemakanan organik setiap hari, meletakkan minyak tertentu pada tubuh dan mengamalkan senaman untuk kecergasan diri, wanita itu percaya sedikit sebanyak ia memberi pengaruh kepada kecantikan dirinya.
https://www.wanista.com/2015/83908/serius-cantik-anda-pasti-tidak-percaya-usia-sebenar-wanita-ini/
No comments:
Post a Comment