Blog List

Tuesday 29 August 2017

Panduan Beli Skincare Korea Pada Harga Murah, Mana Nak Cari?

Menurut bukti penemuan sejarah, masyarakat Mesir dan Greece adalah antara orang terawal yang memanfaatkan pelbagai jenis ramuan semula jadi untuk mengekalkan kecantikan dalaman dan fizikal. Mereka banyak mencipta formula dan petua agar senantiasa kelihatan cantik lebih-lebih lagi buat kaum wanita. 
Namun hanya sekitar abad ke-20, barulah produk kecantikan bisa dihasilkan secara pukal menggunakan mesin dan sebagainya kerana sebelum itu, produk kecantikan hanya dihasilkan dalam kuantiti individu yang mungkin diramu sendiri secara tradisional.
Tonton Vlog Blogger Ini Jelajah Kedai Kecantikan Sekitar SEOUL
Kini, kita sebagai individu yang celik IT hanya perlu mengetik butang di papan kekunci bagi mencari atau membeli produk kecantikan idaman.
Melihatkan ramai wanita dan anak gadis Malaysia yang gemar menggunakan produk penjagaan wajah serta kosmetik dari Korea, ini Wanista senaraikan beberapa laman sesawang yang ada menawarkan seleksi jenama produk kecantikan made in Korea, bahkan ada antaranya yang dijual pada harga borong yang berbaloi-baloi buat semua!
#1 Hermo [KLIK]
Ini laman sesawang paling wajib anda kunjungi jika benar anda gilakan produk keccantikan dan rangkaian kosmetik popular Korea. Seperti penulis, penulis gemar betul shopping barang-barang Laneige di sini. Harganya jauh lebih murah dan kualitinya tidak menghampakan!
Cara Pembayaran: Kad Kredit, Pindahan Bank Atas Talian (online bank transfer), PayPal
Caj Penghantaran: RM6.80 untuk Semenanjung manakala RM12 untuk Sabah dan Sarawak. Percuma jika beli dua item dan ke atas (Semenanjung) dan percuma untuk Sabah dan Sarawak jika beli RM150 dan ke atas
Tempoh Penghantaran: Semua penghantaran akan dilakukan pada hari dan waktu bekerja setiap hari Isnin hingga Jumaat, kecuali Cuti Umum
Tawaran Istimewa: Sampel percuma dan 14 hari pemulangan 
#2 Hishop [KLIK]
Bukan sahaja menjual banyak produk kecantikan terkini, laman sesawang ini turut menawarkan aneka produk makanan kesihatan.
Cara Pembayaran: Cash On Delivery (COD), Pindahan Bank Atas Talian, Kad Kredit
Caj Penghantaran: Untuk pembelian bawah RM100, pembeli harus membayar kos penghantaran serendah RM10 manakala pembelian atas RM100 adalah percuma
Tempoh Penghantaran: Tujuh hari bekerja
Tawaran Istimewa: Dapat baucer bernilai RM20 apabila melanggan serta dua sampel percuma
#3 Seoul Next By You [KLIK]
Menawarkan lebih 5,000 produk kecantikan dan kosmetik Korea! Siapa yang tak gila bila shopping di sini?!
Cara Pembayaran: Kad Kredit, Paypal, Pindahan Bank Atas Talian (Online Bank Transfer)
Caj Penghantaran: Bergantung pada berat barang. Sila rujuk [di sini]
Tempoh penghantaran: Sekitar 1-7 hari bekerja
Tawaran Istimewa: Servis drop ship
#4 Althea Korea | Malaysia [KLIK]
Selain Hermo, Althea Korea Malaysia ini juga popular sebagai salah satu pengedar barang kosmetik dan penjagaan muka Korea atas talian terbaik!
Caj Penghantaran: Percuma untuk tempahan bernilai RM99 dan ke atas
Tempoh penghantaran: Sekitar 1-7 hari bekerja, kecuali Cuti Umum dan hari minggu
Tawaran Istimewa: Baucer RM30 untuk ahli baru yang mendaftar | Mata ganjaran yang boleh dikumpul berdasarkan mana-mana pembelian tertentu atau penyertaan pembeli dalam promosi yang dilakukan pihak Althea. Kemudian, ia boleh digunakan untuk pembelian lain di masa hadapan | Servis pemulangan semula dalam masa 30 juga ditawarkan!
#5 Natta Cosme [KLIK]
Bukan sahaja produk Korea, Natta Cosme turut menjual pelbagai jenama hebat lain daripada Taiwan, Jepun serta Amerika Syarikat!
Cara Pembayaran: Pindahan Bank Atas Talian, Kad Kredit
Caj Penghantaran: Rujuk [di sini]
Tempoh Penghantaran: Sekitar 1-5 hari bekerja
Tawaran Istimewa: Setiap pembelian RM150 ke atas untuk jenama Skin&Lab, Klairs C20 dan I’m From, pelanggan berhak membeli mana-mana produk terpilihh dengan harga RM1!
#6 Bellesy [KLIK]
Jika anda pembeli yang bertuah, anda bakal menerima hadiah berupa baucer produk SK-11 bernilai RM20! Hanya waktu-waktu tertentu…
Cara Pembayaran: Pindahan Bank Atas Talian, Kad Kredit
Caj Penghantaran: Untuk pembelian bawah RM99, caj sebanyak RM10 akan dikenakan. Manakala percuma untuk semua pembelian RM99 ke atas
Tempoh Penghantaran: Semua penghantaran akan dibuat sebaik selepas tempahan dilakukan
Tawaran Istimewa: Tempoh pemulangan dalam masa 60 hari serta hadiah dan sampel percuma menanti!
#7 Yeoshin Beauty Malaysia [KLIK]
Banyak kosmetik unik dijual di sini!
Cara Pembayaran: PayPal, Kad Kredit, Pindahan Bank Atas Talian
Caj Penghantaran: Percuma untuk pembelian RM100 ke atas, RM6.50 untuk pembelian bawah RM100 untuk semenanjung manakala RM12.00 untuk Sabah dan Sarawak
Tempoh Penghantaran: 2-3 hari bekerja untuk Semenanjung dan 5-10 hari Sabah dan Sarawak
Tawaran Istimewa: Baucer RM15 untuk ahli baru yang mendaftar!
#8 in2face [KLIK]
Menjual produk kecantikan popular dari Korea seperti Banila co., CLIO, Peripera, Goodal dan banyak lagi! Produk kecantikan Jepun pun ada juga.
Cara Pembayaran: PayPal, Kad Kredit
Caj Penghantaran: Percuma untuk pembelian RM150 ke atas, RM8.60 Semenanjung dan RM10.60 untuk Sabah dan Sarawak bagi yang membeli di bawah RM150
Tempoh Penghantaran: Tujuh hari bekerja
Tawaran Istimewa: Pendaftaran sebagai ahli adalah percuma
BONUS!
Best Buy World Malaysia [KLIK]
Jika anda gemar membeli secara borong atau membeli sampel untuk mencuba sesuatu produk buat kali pertama, Best Buy World Malaysia adalah tempat yang paling tepat untuk anda membeli-belah serta mencari produk kecantikan yang diidam. Harga yang ditawarkan juga jauh lebih murah tau!
Cara Pembayaran: Cash On Delivery (COD), Pindahan Bank Atas Talian, Kad Kredit
Caj Penghantaran: Setara dengan harga Poslaju, percuma untuk pembelian RM150 ke atas
Tempoh Penghantaran: 2-3 hari bekerja
Tawaran Istimewa: Boleh beli barang secara borong dan promosi harga murah dilakukan secara berkala dengan tawaran hebat untuk barangan yang berlainan setiap hari!
Tunggu apa lagi? Jom shopping produk Korea favourite korang!
For further information log on website :
https://www.wanista.com/2017/137811/panduan-beli-skincare-korea-pada-harga-murah-mana-nak-cari/

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...