Blog List

Tuesday 6 June 2017

Tahap kesediaan pelajar kejuruteraan Politeknik terhadap keselamatan di dalam bengkel

Keselamatan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan seharian. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan pelajar kejuruteraan Politeknik terhadap keselamatan di dalam bengkel. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan pelajar kursus kejurutera...
Main Author:Che Juhan Negara, Roslena
Format:Thesis
Published:2012 
Subjects:
Institution:Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Online Access:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary:Keselamatan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan seharian. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan pelajar kejuruteraan Politeknik terhadap keselamatan di dalam bengkel. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Politeknik Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak berlapis. Sampel kajian terdiri daripada 243 responden yang terdiri daripada pelajar Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi 40 item soalan. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang responden ke atas pelajar Kejuruteraan Politeknik Shah Alam untuk melihat kebolehpercayaan item-item soal selidik. Nilai kepercayaan hasil kajian rintis ialah 0.899. Perisian SPSS(Statistical Package For Social Science Ver 16) telah digunakan untuk menjalankan analisis statistik. Data analisis menggunakan statistik deskriptif yang meliputi min, peratusan, dan ujian ANOVA. Hasil dapatan kajian mendapati tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Politeknik Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan adalah pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan. Manakala hasil dapatan kajian bagi peraturan keselamatan bengkel yang di amalkan oleh pelajar kejuruteraan Politeknik Ungku Omar adalah pada tahap yang tinggi. Oleh itu, pihak terlibat perlulah membuat penambahbaikan bagi meminimakan risiko berlakunya kemalangan di dalam bengkel.

For further details log on website :
http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/uthm4168/Description#tabnav

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...