Blog List

Tuesday, 11 July 2017

Kuah Lodeh Dan Nasi Impit





Tiba tiba teringat untuk memasak Kuah Lodeh apabila terima sms dari Izzad yang memberitahu ingin datang ke rumah malam nanti. Walaupun dipesan supaya saya tidak memasak apa apa, tetapi apa salahnya dimasak sesuatu kerana boleh juga kami makan semasa berbuka puasa nanti. Saya tercari cari resepi kuah lodeh yang biasa saya buat tetapi tak menemuinya. Rasanya resepi tu, ada di dalam buku resepi saya yang terletak dalam bilik study. Resepi yang biasa digunakan itu, hanya dimasak begitu sahaja tanpa ditumis, Tapi kali ini saya cuba membuat yang versi tumis pula di SINI.




Lontong dan kuah lodeh adalah masakan yang sangat versatile, boleh dimakan ketika sarapan, jamuan hari raya dan rumah terbuka, malahan boleh dimakan bila bila masa sahaja. Kalau dulu, saya menyediakan kuah kacang tetapi hari ini saya hanya menyediakan Sambal Tumis Ikan Bilis dan telur rebus sahaja. Teringat lagi makan kuah lodeh yang sedap di rumah jiran kami di USJ di mana diletakkan sekali petai di dalamnya. Sebenarnya kita boleh letak apa apa jer sayuran yang disukai. Macam saya, biasanya akan memilih sayur yang terdiri dari pelbagai warna bagi memberi variasi warna pada kuah lodeh. Ada warna hijau, oren, merah, purple dan sebagainya.

Seperti biasa lah, kita hanya guna nasi impit NONA jer, tak ada lontong di sini. Nasi impit ni sedap dan cantik jika disediakan semalaman sebelum digunakan. Selepas direbus disimpan di dalam peti sejuk, jadi potongannya kelak menjadi lebih kemas dan cantik. Telur pula direbus bersama dengan nasi impit, jadi bila tak dikacau kacau selalu, maka telur kuning tu tidak lah cantik terletak di tengah tengah telur putih. Kebanyakan masa, saya fail dalam hal merebus rebus telur ni.

Jom tengok resepi yang saya gunakan pada hari ini....
 

Kuah Lodeh dan Nasi Impit
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan (10 orang)
Bahan Kisar:
10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 jari kunyit hidup
1 hiris halia
2 sudu udang kering
2 sudu ikan bilis (guna kiub ikan bilis)
Sedikit belacan - jika suka
2 sk jintan kasar - sangar

Bahan Lain:
2 batang serai - dititik
4 helai daun salam
1/2 jari lengkuas - diketuk
200 gram udang hidup - kupas kulit

Bahan Sayur di potong kecil:
1/2 biji kobis
8 batang kacang panjang
1 batang lobak merah
1 biji sengkuang kecil
1 biji terung panjang
1 keping tahu kering - rendam
4 biji kentang
4 keping tauhu - potong kecil dan goreng
4 keping tempe - potong dan digoreng
2 ikat su'un - rendam
Cili merah dan hijau - potong serong
2 liter santan pekat dan cair 
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1/4 cawan minyak utk menumis

Cara-cara:
Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan bahan kisar dan serai hingga wangi. Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan, daun salam, lengkuas dan masak hingga mendidih.

Masukkan sayur sayuran bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.


Hidang sayur lodeh dgn nasi impit atau ketupat dengan sambal tumis atau sambal kacang dan serunding. Masukkan juga telur yang direbus.


Selamat menjamu selera....




For further information log on website :
http://aziejaya.blogspot.my/2012/08/kuah-lodeh-dan-nasi-impit.html

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...