Blog List

Tuesday 27 September 2016

A committed counselor in the helping profession to help anyone to live a meaningful life.

Apakah SPM yg dikategorikan berpencapaian rendah? Jika pelajar mendapat keputusan SPM dibawah 5 kredit iaitu maksimum 4 mata pelajaran sahaja yg mendapat keputusan C ke atas maka dikategorikan pencapaian rendah kerana tidak layak mengisi borang matrikulasi dan UPU untuk universiti dan sepenuh masa di politeknik premier dan mendapat tempat untuk pengajian diploma kerana syarat am ialah 5 kredit. Begitu juga dengan universiti swasta juga memerlukan minimum 5 kredit dan majoriti pengajian diploma peringkat kolej juga memerlukan 5 kredit. Hanya beberapa kolej swasta sahaja menawarkan kelulusan 3 kredit peringkat diploma bergantung kepada kursus yg ditawarkan. Oleh itu adakah peluang untuk pelajar tersebut menyambung pengajian telah tertutup? 

Antara tempat tempat yg masih lagi mengambil pelajar kelulusan rendah untuk menyambung pengajian ialah:
1) Institut Teknikal Jepun-Malaysia
klik di sini Laman Web Rasmi JMTI 
klik di sini Portal 1Malaysia Training Centre
Tempat ini menawarkan kursus di peringkat diploma dengan 4 kredit sahaja iaitu BM, Matematik, subjek berteraskan Sains dan satu mata pelajaran lagi. Bahasa Inggeris juga perlu lulus. Kursus diploma dalam bidang teknologi kejuruteraan mekatronik, komputer, elektrik, pembuatan,pemesinan jitu

2)Institut Latihan Perindustrian
klik di siniLaman Rasmi Institut Latihan Perindustrian
klik di sini Permohonan Ke ILP

Menawarkan kursus peringkat sijil teknologi. Berkelulusan SPM dengan lulus dalam Bahasa Melayu sahaja untuk kursus sijil teknologi binaan berasaskan kayu / paip dan sanitari/ pemasangan paip minyak dan gas/automotif. Manakala sijil teknologi CADD Mekanikal dan sijil teknologi Elektronik Industri memerlukan kelulusan SPM dengan subjek Bahasa Melayu, Matematik/Matematik tambahan dan Subjek Sains/ Teknikal.

3) Pusat Latihan Teknologi Tinggi ADTEC
klik di sini Kursus di ADTEC
Tempat ini menawarkan diploma yang memerlukan kredit dalam 3 mata pelajaran sahaja terutamanya bahasa melayu, matematik dan satu subjek sains atau teknikal. Dan perlu lulus Bahasa Inggeris.
Kursus diploma dalam bidang teknologi kejuruteraan kimpalan, pembuatan, jaminan kualiti, polimer, seramik,rekabentuk produk industri, automotif, minyak dan gas, pengeluaran automotif, elektrik, elektronik, telekomunikasi, penyejukbekuan dan penyaman udara, mikroelektronik, mekatronik, komputer, penyelenggaraan bangunan dan fasiliti, penyelenggaraan kapal terbang.
## Ketiga - tiga program 1 - 3 di atas merupakan program di bawah Jabatan Tenaga Manusia yang menawarkan yuran percuma dan makanan percuma sepanjang pengajian. Malah elaun diberikan secara bulanan. 

4) Institut Kemahiran Belia Negara
klik di sini senarai IKBN
Pusat ini juga menawarkan kursus 3 kredit untuk kursus diploma, ada kursus peringkat sijil  juga untuk yang hanya lulus SPM dan ada juga yg menawarkan kursus sijil setakat tamat ting 5 yg bermakna jika anda tidak lulus SPM pun anda boleh memohon kursus tersebut. Institut ini memerlukan 3 kredit bagi diploma tetapi BM jika mendapat lulus sahaja pun boleh dan 3 kredit mesti dari Matematik, subjek Sains/ teknikal/vokasional dan satu dari mata pelajaran lain.
### Program dibawah Kementerian Belia dan Sukan ini juga menawarkan yuran pengajian percuma dan elaun makanan percuma. Elaun bulanan juga diberikan.

5) Politeknik Metro
klik di sini laman rasmi politeknik
Tempat ini menawarkan diploma dengan 3 kredit pada Matematik, Satu subjek elektif sains atau vokasional atau teknikal, satu mata pelajaran lain, lulus BM, BI dan Sejarah bergantung kepada kursus yg ditawarkan. 

6) Kolej Kemahiran Tinggi MARA
7) Kolej Profesional MARA
klik di sini permohonan online 

Dibawah MARA dan kelulusan SPM dengan tiga kredit iaitu BM, Matematik, subjek Sains/ teknikal/ vokasional dan lulus BI untuk Kolej Kemahiran Tinggi MARA dengan kursus kemahiran perindustrian dan kejuruteraan dan lain-lain peringkat diploma.

Kolej Profesional MARA dengan kelulusan SPM dengan tiga kredit BM, BI dengan 1 subjek lain dengan lulus Matematik dengan kursus pengurusan perniagaan, kewangan dan landskap hortikultur. Ia menawarkan kursus Higher National Diploma (HND) program yang diiktiraf diperingkat antarabangsa, diploma dan persediaan.

8) Kolej Polytech MARA (KPTM)
klik di sini Website Kolej Poly-Tech MARA

Lulus SPM dan mendapat kepujian dalam mana-mana subjek. Bagi kursus tertentu kepujian dalam subjek Matematik. Ada juga kursus yang syaratnya 3 kepujian mana-mana subjek dan lulus Matematik. Ada juga kursus syarat lulus SPM dengan tiga kepujian mana-mana subjek sahaja.

9) Kolej Komuniti

Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan sijil kemahiran malaysia sepenuh masa dengan kelulusan SPM. Manakala kursus untuk jangka pendek juga ditawarkan. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa lulusan akademik.
Pembiayaan pendidikan peringkat sijil melalui tabung kemahiran dan bantuan kementerian.

10) Latihan Separa Perubatan-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
klik di sini borang online latihan separa perubatan KKM
Kelayakan dua kredit dan empat subjek lulus termasuk Bahasa Melayu mengikut subjek tertentu untuk kursus tertentu. Mendapat kredit dalam Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains/Sains Tulen diberi keutamaan. Elaun semasa berkursus akan dibayar.
11)Giat MARA
klik di sini Laman Web Giat MARA
klik di sini Senarai Kursus Di Giat MARA
klik di sini Lokasi Giat MARA
klik di sini permohonan online ke Giat MARA
Ditawarkan kepada Bumiputera, elaun diberikan dan pengajian peringkat sijil kemahiran menggunakan konsep modular. Kelayakan tau membaca dan menulis. Ini bermakna pelajar yg gagal SPM juga boleh memohon. Pembelajaran hands on, employer skills. Latihan percuma dan elaun bulanan diberikan.
12) Institut Kemahiran MARA
Kelulusan kursus yang ditawarkan serendah bumiputera yg lulus Bahasa Melayu sahaja dan mempunyai sijil SPM.sehinggalah ke kursus peringkat kejuruteraan yang menawarkan lulus SPM dengan kelulusan pada Bahasa Melayu, kepujian dalam mana-mana mata pelajaran dan lulus Matematik.
klik di sini permohonan online

13) Institut Kemahiran Baitulmal
klik di sini institut kemahiran baitulmal
Bagi pelajar Islam yg mempunyai pendapatan keluarga kategori asnaf dan miskin serta setakat lulus atau tidak lulus SPM. Kursus yg ditawarkan memerlukan pelajar ini berumur 18 tahun ke atas dan akan memperolehi elaun bulanan yg agak banyak berbanding institut kemahiran lain. Kursus dalam bidang kejuruteraan elektrik, kursus penyajian makanan, kursus rekaan fesyen, kursus seni lukis dan seni reka, kursus teknologi binaan bangunan
14)Institut Latihan Pertanian
klik di sini Laman Web Latihan Kemahiran Pertanian

Bidang tanaman, ternakan, akuakultur, teknologi perikanan, pemprosesan makanan, pengedaran makanan,
Yang penting lulus SPM dan mempunyai satu kredit sahaja pada mata pelajaran elektif yang berkenaan seperti di bawah untuk permohonan kemasukan.

Kursus Sijil Pertanian
  1. 17-25 tahun (hingga 30 tahun bagi pegawai kerajaan) pada masa kursus bermula.
  2. Berkelulusan SPM atau SPM(V) atau yang setaraf dengannya dan mempunyai kelayakan yang diperolehi dalam peperiksaan yang sama seperti yang berikut :
  3. Lulus dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)  dan
  4. Lulus dalam mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan dan
  5. Kepujian dalam salah satu mata pelajaran iaitu Sains Pertanian, Sains, Pengeluaran Tanaman, Pengeluaran Ternakan, Hortikultur Hiasan dan Landskap, Kejenteraan Ladang, Pengurusan Ladang, Pengajian Agroteknologi, Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan, Geografi, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumah Tangga, Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Teknologi Bengkel Mesin, Kerja Menggegas dan Memesin, Teknologi Binaan Bangunan, Kerja Kayu dan Bata, Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam, Kerja Kimpalan, Teknologi Automotif, Menservis dan Membaiki Kenderaan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Pengajian Keusahawanan, Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Asas Pemprosesan Maklumat, Teknologi Katering, Katering dan Penyajian, Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan, Teknologi Bakeri dan Konfeksioneri, Membuat Roti dan Patisserie.
  6. Berjaya dalam temuduga yang dijalankan dan
  7. Belum berkahwin (kecuali bagi kakitangan kerajaan).

Kos pengajian, penginapan, makan dan minum adalah dibiayai sepenuhnya olehkerajaan. Pelatih hanya perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM330.
Pelatih turut diberikan elaun sara hidup sebanyak RM200/bulan untuk Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan RM250/bulan untuk Diploma Kemahiran Malaysia (DKM). Manakala elaun bagi Latihan Industri adalah RM300/bulan.



SIJIL KEMAHIRAN PERTANIAN

Sila klik di sini Jabatan Pertanian Malaysia
Mengikut tahap iaitu tahap 1, tahap 2, tahap 3, tahap 4
Permohonan tahap 1 serendah kelulusan UPSR.
Bidang tanaman, ternakan, akuakultur, teknologi perikanan, pemprosesan makanan, pengedaran makanan,

Di Institut Pertanian Kuala Lipis, Pahang dan
Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah

15) Malaysia Automotive Institute
klik disini http;//mai.org.my/v3
Agensi di bawah MITI yang bukan berasaskan keuntungan. Berumur 18 tahun hingga 35 tahun tanpa kelulusan peringkat SPM. Ia menawarkan kelulusan serendah UPSR bagi program IPC.

Technician/ Operator 
IPC : Industry Led Professional Certificate (IPC) adalah satu upskill program untuk mentransformasikan penuntut sebagai pekerja mahir/ separa mahir dalam bidang automotif yang khusus dalam bidang automasi, autonomous maintenence dan kawalan kualiti. Para pelatih yang berminat tiada bayaran dikenakan kerana IPC bukan kursus berasaskan keuntungan. Ia ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Makan minum disediakan secara percuma, penempatan disediakan .Kelas diadakan dari hari Isnin hingga Sabtu. 


Latihan industri selama 4 bulan. Bulan pertama dengan elaun RM200 manakala pada bulan kedua terus mendapat gaji dan EPF.Gaji minimum sebanyak RM900 dengan bayaran percuma asrama. Makan minum percuma bergantung kepada tempat latihan. Selepas disahkan jawatan dalam sebulan, gaji akan naik.  Lulusan MAI mempunyai sijil yang diiktiraf oleh CIDB. Pelatih akan menerima sijil yang diiktiraf dari MAI dan JPK.

16) Politeknik klik disini Permohonan Politeknik 
Menawarkan kursus pra diploma politeknik sama ada pra sains atau pra perdagangan. Terbahagi kepada 3 iaitu
Mutiara - Program Menggilap Impian Anak Muda (MUTIARA) yang terbuka kepada semua.
MDWF - Mengubah Destini Warga Felda dengan hanya pemohon warga Felda seperti anak atau cucu peneroka, anak pentadbir felda atau anak kakitangan felda induk/ kerajaan sahaja
MDAIM - Mengubah Destini Anak India Malaysia yang terbuka kepada anak-anak kaum India.
Asrama disediakan beserta yuran pengajian, yuran asrama dan yuran pelbagai. Bagi pemohon dibawah MDWF dan MDAIM tambahan kemudahan iaitu diberi wang saku RM 250 sebulan.

Syarat 3 kepujian serta memenuhi syarat minimum berikut:
Lulus Bahasa Malaysia, Lulus Bahasa Inggeris, Lulus Matematik/ Matematik Tambahan untuk mengikuti pra diploma sains selama 2 semester atau pra diploma perdagangan selama 1 semester
Pra diploma sains akan mengikuti diploma kejuruteraan elektronik atau mekanikal manakala pra diploma perdagangan akan mengikuti diploma akauntasi, pemasaran, perniagaan, setiausaha

17) INSPEN (Institut Penilaian Negara)
Peringkat sijil bagi lepasan SPM iaitu Sijil Penilaian Harta Tanah dan Sijil Pengurusan Harta Tanah. Tempoh 5 semester termasuk 1 semester untuk latihan industri. Berumur 17 - 21 tahun dan lulus SPM dengan kepujian BM, Matematik/Matematik Tambahan, satu mata pelajaran lain perlu kredit, lulus B1 dan lulus satu lagi mata pelajaran lain. Iaitu 3 kredit dan 2 lulus.  Yuran pengajian RM 200 setiap semester, yuran kemudahan RM80 setiap semester dan lain -lain yuran RM85 satu semester. Yuran yang murah setiap semester. Permohonan melalui laman web www.inspen.gov.my/inspen/v2/?p=16806. . Graduan sijil INSPEN boleh memohon melanjutkan pelajaran di universiti awam dalam diploma.


18) UiTM - program MDAB ( Mengubah Destinasi Anak Bangsa)
Kursus pra diploma perdagangan: 6 bulan sebelum ke diploma
Lulus SPM dan mendapat 3 pujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Matematik , BI, SEjarah

Kursus pra diploma sains: 6 - 12 bulan sebelum layak ke diploma
Lulus SPM dengan 3 kredit termasuk Bahasa Melayu, lulus Sejarah, kepujian Matematik/Add Math, lulus Bahasa Inggeris dan lulus salah satu mata pelajaran Fizik/ Kimia/Biologi/ Sains Tambahan

Klik link http://online.uitm.edu.my/permohonan.cfm?id=PD

Kemudahan: Pengecualian yuran pengajian, kemudahan asrama dan elaun bulanan

19)Kolej swasta yg menawarkan dioloma 3 kredit SPM dan memasuki diploma melalui bantuan PTPTN. Senarai kolej swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia boleh dirujuk di
klik di sini senarai kolej swasta yang ada akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia
Berhati -hati apabila merujuk ke kolej swasta pastikan kelulusan kursus yang mempunyai akreditasi. Pelajar perlu memohon PTPTN dan ada pembiayaan PTPTN yang 100 peratus dan ada yang tidak 100 peratus. Ini bermakna pelajar perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk menampung kos yuran pengajian.

Berikut merupakan panduan sahaja. Namun saya percaya di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Biarlah bermula dengan sijil dulu, dengan sijil itu pengalaman dan bakat diketengahkan untuk mengorak langkah yg lebih besar...iaitu  Menjadi pekerja industri yg mahir dalam bidang pengkhususan masing masing.
Kursus kursus ditawarkan sijil kemahiran dan diploma kemahiran untuk perindustrian  terutama di ILP, ADTEC , IKBN boleh menempatkan pelajar ke industri sebaik sahaja tamat pengajian kerana kemahiran yg diperolehi oleh pelajar lulusan institusi kemahiran tersebut khusus dibidang perindustrian.  kerana itu walaupun tiga kredit kelulusan SPM untuk syarat umum tetapi tiga kredit itu kebanyakannya untuk kursus teknikal dan sains yg inginkan keputusan Matematik dan Sains/ teknikal/ ialah kredit. Kursus-kursus yang ditawarkan lebih berfokus mengenai kemahiran tertentu dan ada yang tidak terdapat dalam senarai kursus di Universiti Awam mahupun IPTS bagi kemahiran -kemahiran khusus. Oleh kerana itu lulusan pusat latihan ini mempunyai permintaan dalam industri.

Begitu juga konsep Unit Pengambilan Institusi MARA,  seperti Kolej profesional MARA dan Kolej Politek MARA kursus -kursus diploma bertaraf universiti cuma kelayakan syarat am untuk masuk diterima dengan minimum lebih rendah iaitu 3 kredit bergantung kepada kursus yang diambil. Jika anda teliti kursus -kursus tersebut adalah kursus -kursus pengurusan, perniagaan, kejuruteraan dan lain-lain yang ditawarkan juga di IPTA dan IPTS cuma bezanya ia dikendalikan oleh Unit Pengambilan MARA. Tajaan MARA diberikan kepada yang layak. Elaun yang diberikan juga dibawah MARA. Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Institut Kemahiran MARA menawarkan kursus kemahiran dalam perindustrian, kejurteraan dan lain-lain.

Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi pula  membantu menawarkan kursus untuk pelajar 3 kredit sahaja dalam SPM. Dengan ini membantu pelajar tersebut berpeluang menyambung pengajian.
Bagi pelajar yg gagal SPM atau lebih rendah dari 3 kredit dalam SPM, kemahiran yg diajar dalam bentuk modular iaitu satu modul by satu modul secara hands on lebih memudahkan mereka untuk menerima pembelajaran dan menyiapkan modul by modul dan menerima sijil juga sijil by sijil setiap kali dpt menyiapkan satu modul. Mereka boleh menyambung pengajian ke tahap sijil kemahiran 2/ 3 dan 4 setelah dapat menyiapkan semua modul.

Bagi pusat latihan yang menawarkan SKM tahap 1/2/3 yang penting jika anda berjaya ke SKM tahap 4 ia dah menyamai taraf diploma kerana tahap 4 merupakan diploma kemahiran. yang penting anda mengetahui potensi diri anda sendiri..kemanakah hala tuju anda dengan keputusan SPM anda. 

For further information log on website :
http://nurhaizachemat.blogspot.my/2015/03/15-institusi-halatuju-spm-bagi-result.html

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...