Monday, 26 September 2016

Diploma Wood Industry & Furniture Technology

Assalamualaikum...

Eh! Rajin pulak update blog kan. HAHA
Entry kali ni pasal course masa saya belajar dulu. Starting dengan Diploma Wood Industry lepas tu Degree Furniture Technology. Selalu kalau keluar jumpa kawan-kawan atau pergi interview untuk kerja, mesti akan ada yang bertanya. "Furniture Technology?Wood Industry? Ada ke kos tu?U mana?" Soalan yang pada saya dah biasa sangat dengar. Tambah lagi soalan "Nanti dah habis belajar nak kerja apa?". Ok. Satu-satu ok!

Kos ni sebenarnya takdela rare sangat pada saya. Tapi mungkin yang jarang explore, mungkin tak tahu lah pasal kos ni. Sejujurnya, saya pun terkejut bila dapat offer sambung belajar bidang ni. Agak curious jugakla at first stage. Tapi lama-lama rasa seronok pulak belajar. Bak kata orang. Tak kenal maka tak cinta. Saya pun cuba lah. Finally dapat jugak first class degree... Wooot Wooot....HAHA

Ok.For explanation in details, korang kena pergi rujuk pada yang pakarlah. Buat pengetahuan semua, saya belajar kos-kos ni dekat UiTM tau. Kos ni ada jugak dekat U lain macam UPM, UNIMAS. Tapi saya tak tahu in details lah pasal kos ni kat U lain tu. Kos ni pada saya takdelah susah sangat since saya ada basic in pure science masa SPM dulu. Tapi untuk yang takde basic masih boleh belajar slow and steady. Don't worry ok. Lecturer yang mengajar semua bagus-bagus tau. Tak percaya cubalah!

Antara subject yang ada masa semester 1(kene struggle sikit untuk yang bukan dari pure science)-Fizik, Kimia, Botany, English, Math. Ada lagi yang lain. Tapi tak ingat dah. Dah lama sangat kot. Sekarang pun rasanya dah guna silibus baru. So, cek sendirilah ya. Untuk semester-semester seterusnya kebanyakannya subjek kayu dan perabot sendiri plus ada subjek bisness sikit-sikit macam accounting, management, etc etc etc. Lupa dah subjek apa.

Wood Industry atau dalam bahasa melayu nya Industri Perkayuan in lebih fokus pada industri kayu yang ada di Malaysia. Kita akan belajar banyak pasal jenis-jenis pokok, kayu, produk-produk dari kayu, proses potong kayu ikut cara yang betul dan ada sesi pengenalan dengan mesin-mesin yang ada dekat kilang perkayuan kat UiTM tu lah. Oh ya, yang best nya kos ni akan selalu berjalan-jalan dalam hutan tau. Ada camping. So, siapa yang suka outdoor activity memang sesuai sangatlah ambik kos ni.

Peluang kerja? Korang tau tak, kat Malaysia ni banyak tau company yang berasaskan kayu. So, tak payah risaulah pasal soal kerja. Allah sendiri dah janji. Setiap manusia yang Dia cipta dah ada takdir dan rezeki masing-masing. Cuma kita kenalah usaha untuk dapatkan rezeki tu. Kalau duduk saja tak usaha cari kerja macam mana nak dapat kerja ye idok.

Ok. Full stop. Ni nak bagi gambaran sikit pasal material kayu yang saya buat as FYP. Bacalah kalau larat.HAHA. boleh jadikan rujukan bila nak buat FYP korang.






Kalau ada apa-apa nak tanya boleh drop comment or email saya. Takpon, kalau nak lebih details, boleh tanya pihak UiTM sendiri. Baibai~

For further information log on website :
http://shuhaifiy.blogspot.my/2015/03/furniture-technology-wood-industry.html

No comments:

Post a Comment