Blog List

Thursday 15 September 2016

Pembangunan Pendidikan Dan Kelestarian Sumber Manusia Di Felda

Author
Noraziah Ali,Noorzah Zakaria,Mohd Azlan Abdullah

Abstract:

Faktor pendidikan adalah elemen paling penting dalam pembangunan sumber manusia. Program pembangunan pendidikan di FELDA bertujuan untuk melahirkan sumber manusia berpotensi di kalangan generasi kedua yang berilmu, bertanggungjawab dan mampu bersaing. Kajian ini dijalankan untuk meneliti pembangunan pendidikan dan implikasinya, di FELDA secara amnya dan di Felda Bersia, Grik, Perak secara khusus. Pengumpulan data di lapangan telah dilakukan antara bulan Jun hingga Ogos 2007. Pelbagai program dilaksanakan untuk menambahbaik pencapaian pendidikan anak-anak peneroka. Keberkesanan program dapat diukur berdasarkan keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Secara umumnya, prestasi akademik pelajar di FELDA telah berjaya diperbaiki, termasuk segelintir yang cemerlang. Walau bagaimanapun, FELDA tidak menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dan peluang pekerjaan yang banyak, menyebabkan sebahagian besar generasi kedua berhijrah keluar ke bandar sama ada untuk melanjutkan pelajaran atau bekerja. Implikasinya, usaha pembangunan pendidikan di FELDA telah melahirkan ramai individu yang berjaya, tetapi di luar FELDA. Sehubungan itu, pembangunan FELDA sendiri bergantung kepada peneroka yang sudah lanjut usia dan sumber manusia generasi kedua yang kurang cemerlang.

For further details log on website :
http://www.jourlib.org/paper/2781824

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...