Blog List

Thursday 15 September 2016

Strategi Tradisional Komuniti Jakun Tasik Chini, Pahang Mengurus Sumber Semulajadi Secara Lestari

Author
Mustaffa Omar,Zanisah Man,Ishak Yussof

Abstract:

Mekanisma tradisional yang diamalkan komuniti asli Jakun dalam mengurus sumber semulajadi di sekitar Lembangan Tasik Chini merupakan asas kepada usaha-usaha konservasi yang penting. Sehubungan itu, suatu kajian telah dijalankan bagi mendokumentasi nilai penghargaan (values), ancaman dan cabaran (threats & challenges) serta strategi tradisional yang digunakan komuniti ini bagi mengurus sumber semulajadi secara lestari. Data dikumpulkan melalui beberapa siri lawatan ke lapangan pada tahun 2007-2008 dengan menggunakan soal selidik, kaedah temubual dan pemerhatian langsung. Seramai 80 orang individu dewasa dengan sebahagian besar merupakan ketua isirumah dari enam buah perkampungan di sekitar Tasik Chini telah ditemubual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kawasan lembangan Tasik Chini (termasuk badan air dan sekitarnya) telah menawarkan pelbagai fungsi dan sumbangan berharga kepada penduduk setempat daripada segi ekonomi dan sosial. Antara sumbangan bernilai kawasan lembangan tersebut termasuklah sebagai tapak pertanian dan kawasan perikanan, sumber pencarian hasil hutan, mod pengangkutan, dan perlindungan demi kelangsungan hidup penduduk setempat. Penghargaan tinggi penduduk setempat terhadap kawasan ini telah mendorong mereka mengambil pelbagai strategi bersifat tradisional untuk mengurus dan melindungi sumber-sumber sekeliling agar kekal lestari bagi memenuhi keperluan hidup mereka untuk suatu jangka masa panjang. Kajian ini merumuskan bahawa sebarang usaha konservasi yang ingin dilaksanakan di kawasan ini memerlukan penglibatan dan penyertaan aktif penduduk setempat. Untuk sekian lama, strategi pengurusan tradisional yang diamalkan penduduk setempat telah berjaya melindungi dan memulihara sumber-sumber alam sekeliling tasik tersebut secara lestari. Namun, kegagalan pihak berkuasa mengambil kira sumbangan strategi traditional penduduk setempat dalam program pemuliharaan tasik ini menyebabkan usaha-usaha pemuliharaan yang dilaksanakan setakat ini kurang berkesan dalam mencapai matlamatnya.


For further details log on website :
http://www.jourlib.org/paper/2783232

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...