Blog List

Wednesday 17 May 2017

10 Jenama Seluar Dalam Lelaki Termahal

Author
By 

KITA sering beranggapan bahawa item pakaian wanita antara keperluan yang memerlukan pelaburan yang tinggi untuk dimiliki. Untuk membeli sepasang pakaian dalam wanita, anda seharusnya memiliki sejumlah bajet tertentu!
Namun, realitinya pakaian dalam lelaki juga tidak kurang hebat bersaing daripada segi harga semasa.
Bagi sang arjuna yang ingin memanjakan bahagian sulit mereka, terdapat beberapa pilihan dalam pasaran seluar dalam di pasaran. Bukan hanya faktor kesihatan malah fesyen juga menjadi salah satu faktor penentu keunggulan harga sehelai seluar dalam itu.
Berikut disenaraikan 10 jenama seluar dalam lelaki termahal di dunia:

1 – Hermes Woven Boxer ($500/RM2190)
Mahal bukan? Boxer yang dikeluarkan oleh jenama rumah fesyen terkemuka dunia itu dikatakan mempunyai sistem sokongan dan keselesaan maksimum kepada pemakai. Dicipta dalam beberapa rekaan klasik yang eksklusif serta dijahit untuk kesempurnaan kelas sosial yang paling tinggi, ia merupakan satu pelaburan yang terbaik bagi yang ingin memanjakan alat sulit mereka.
Hermes-Woven-Boxer
2 – Waffle Briefs ($170/RM744)
Jenama ini dikatakan sangat sempurna bagi jejaka yang sangat prihatin terhadap stail dan penampilan (biarpun di bawah lapisan pakaian lain). Seluar dalam ini menggabungkan beberapa faktor unik antaranya stail dan kemewahan yang menjadikan ia sangat selesa dipakai. Lebih menarik, butangnya dihasilkan daripada emas 18 karat!
Waffle-Briefs
3 – Derek Rose Otis Pure Silk Boxer ($157/ RM687)
Ini merupakan boxer yang dihasilkan daripada sutera asli yang sudah semestinya memberikan keselesaan yang maksimum. Oleh kerana ia penciptaannya daripada fabrik yang bermutu tinggi, sudah pasti harganya juga selari dengan pembuatannya. Memiliki tekstur yang lembut, ia juga dihasilkan menggunakan teknik kraf yang tinggi.
derek
4 – Frigo no.1 Athletic Underwear ($100/ Rm437)
Rekaannya mesra pengguna memandangkan ia mempunyai fabrik lembut untuk menyokong kerandut zakar, jadi si pemakai tidak akan merasai sebarang tekanan daripada seluar dalam tersebut. Model ini juga menghalang perpeluhan luar biasa pada bahagian alat sulit lelaki.
Seluar dalam ini ideal bagi golongan jejaka yang aktif bersukan dan sering terbabit dalam aktiviti fizikal yang ekstrem setiap hari. Ia mempunyai kesan penyejukan pada bahagian tengah dan sistem pengudaraan yang baik.
Jenama ini boleh jahit mengikut saiz badan seseorang individu.
Fakta yang perlu anda tahu, penyanyi 50 Cent pernah mempromosi jenama Frigo pada tahun lalu dan telah dibayar sebanyak $78 juta (RM341 juta) untuk menandatangani kontrak bersama syarikat pakaian tersebut.
Frigo_product (1)maxresdefault

5 – Oakley Carbon X Underwear ($100/ Rm437)
Seluar dalam ini dicipta menggunakan sebatian fiber dan fabrik yang kalis api. Ia juga mampu menyerap tekanan tinggi dan memberikan sokongan yang baik bagi lelaki. Jenama ini satu-satunya jenama seluar dalam yang sesuai buat jejaka yang sering terbabit aktiviti berisiko dengan api dan lagak ngeri.
oakely
6 – Etiquette Clothiers Black Label Luxury Boxer Shorts ($60/ RM262)
Boxer ini dicipta daripada kain kapas dan direka khas untuk menyokong alat sulit lelaki. Ia juga mempunyai butang mutiara bagi memberikan kesan mewah dan bergaya. Pengeluar pakaian dalam ini juga mendapat tempias daripada kualiti dan standard tinggi yang dihasilkan saban tahun.
Signatur jenama yang dihasilkan di Itali ini adalah butang mutiara dan kerandut dalam yang bermutu tinggi.
boxer
7 – Oasis Boxer: Icebreaker Underwear ($50/ RM219)
Seluar dalam ini direka untuk menyokong alat sulit lelaki ketika sedang melakukan aktiviti lasak mahu pun bersukan. Ia akan mengekalkan suhu, mencegah bau dan aliran udara yang sempurna.
Ia dihasilkan menggunakan fabrik merino dan meregang mengikut bentuk badan.
icebreaker
8 – Naked Underwear ($45/ RM197)
Dihasilkan daripada material yang lebih berkualiti daripada kain kapas dan sutera, ia juga sangat ringan dan masih memberikan sistem sokongan yang stabil kepada alat sulit lelaki.
Bukan boxer biasa kerana ia dicipta untuk keselesaan dan dihasilkan daripada kulit dari negara Itali. Jadi tiada pertikaian mengenai kualiti produk tersebut. Ia juga mempunyai getah pinggang yang tidak kelihatan dan dihasilkan secara mesra alam.
NAKED-underwear-01
9 – Bon Bon Body Wear Underwear ($39/ RM170)
Seluar dalam ini merupakan satu kombinasi antara fungsionaliti dan fesyen. Sangat selesa dipakai dan berbaloi sebagai satu pelaburan. Dihasilkan daripada fabrik berkualiti dengan sentuhan sutera lembut, ia dijalinkan dengan rangkaian cetakan berwarna-warni dan padanan gaya retro yang menarik.
bon-bon (1)
10 – 2(x)ist Gold Range Underwear ($35/ RM153)
Jenama seluar dalam yang bukan seperti kebanyakan rekaan yang berpaut pada tubuh. Serendah RM153 sehelai, ia didatangkan dalam beberapa pilihan saiz. Sebagai jenama seluar dalam yang sudah terkenal sejak 1991, rekaan ini mempunyai penghujung getah pinggang berwarna emas untuk menyerlahkan jenamanya.
gold1
For further information log on website :
http://www.pepatung.com.my/fesyen/10-jenama-seluar-dalam-lelaki-termahal.htm

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...