Blog List

Wednesday 17 May 2017

Bersahabat Baik Dengan Buah Lemon

Author
By 

SELAIN rasa masam yang menyegarkan, buah lemon sememangnya sudah sedia terkenal dengan kandungan vitamin c dan khasiat antioksida yang tinggi. Menariknya, walaupun kebanyakan daripada anda menggunakan lemon sebagai salah satu bahan untuk memasak, namun, masih ada kegunaan lain yang boleh dimanfaatkan daripada buah yang berbentuk bujur ini.
Mencerahkan kompleksi wajah
“Buah lemon sangat kaya dengan vitamin dan nutrien dan ia cukup berkesan sebagai agen pembersih wajah,” ujar pakar kulit Ariel Ostad. Jus lemon bukan sahaja mampu untuk membersih, malah ia juga dapat membantu melembab, membuang blackhead dan noda hitam. Apa yang anda perlu lakukan adalah belah dua sebiji buah lemon dan sapukan permukaan rata yang telah dibelah itu pada bahagian wajah selama lima minit. Kemudian, bilas dengan air sejuk.
Menyeragamkan warna kulit
Tiada apa yang lebih menjengkelkan daripada kehadiran parut dan tompok hitam pada wajah. Jangan risau, menurut satu kajian, jumlah asid yang terkandung dalam jus lemon dapat membantu mengurangkan kehadiran parut pada kulit. Perah jus lemon ke atas bebola kapas dan sapukan pada bahagian parut. Bilas dengan air sejuk.
Memutihkan warna kuku
Mahu menyimpan kuku tetapi gusar dengan warnanya yang telah bertukar kuning? Jangan risau! Cuba cara ini: Campurkan tiga sudu teh minyak zaitun dengan satu sudu teh jus lemon bagi menghasilkan campuran yang mampu melembap dan mencerahkan kuku.
Mencerahkan rambut
Ketika zaman kanak-kanak, pernahkan anda cuba menyiram rambut dengan jus lemon dengan harapan rambut anda akan mendapat efek highlights secara semulajadi? Ya, sebenarnya cara itu berkesan! Campurkan jus lemon segar denganair suam dan masukkan campuran tersebut ke dalam botol penyembur. Semburkan jus lemon yang telah dicampurkan dengan air tadi ke arah rambut anda yang kering. Kemudian, berjemur di tengah panas 40 minit hingga satu jam untuk mendapatkan hasil highlights yang memuaskan.
Melembutkan siku yang kering
Jika jus lemon mampu bertindak sebagai pengelupas untuk kulit wajah anda, ia juga mampu melakukan perkara sama pada semua bahagian tubuh. Campurkan jus lemon dengan soda bikarbonat sehingga anda mendapatkan tekstur paste yang kasar. Jadikan campuran itu sebagai scrub dan oleskannya pada siku ketika sedang mandi.
Mengawal kelimumur
Campuran air, halia, jus lemon dan minyak zaitun mampu mengawal kehadiran kelimumur pada kulit kepada. Lumurkan pada kulit kepada sebelum anda mencuci rambut.
For further information log on website :
http://www.pepatung.com.my/kecantikan/bersahabat-baik-dengan-buah-lemon.htm

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...