Blog List

Wednesday 17 May 2017

Khasiat kiwi dan limau gedang dalam Safi Balqis White Trilogy

Author
By 

ANDA mendambakan wajah cerah sempurna? Kini impian anda mampu terlaksana menerusi Safi Balqis White Trilogy. Produk penjagaan wajah tersebut memanfaatkan khasiat buah kiwi dan limau gedang bagi mencerah, menyeri dan sekali gus mencantikkan kulit wajah anda.
Bagi menjelaskan keistimewaan dua buah-buahan itu dalam dunia kecantikan, baru-baru ini telah diadakan satu majlis berkonsepkan bengkel demonstrasi masakan dan penjagaan wajah di The Cooking House, Bangsar, Kuala Lumpur. Cef jemputan pada majlis tersebut, Nor Zailina atau mesra dengan nama Cef Lin memimpin para peserta yang terdiri daripada media tempatan menyediakan sejenis pencuci mulut berkhasiat.
Sajian yang menggunakan buah kiwi dan limau gedang itu membuktikan betapa hebatnya dua buah-buahan tersebut dalam menjana kulit wajah yang sihat, cantik dan berseri.
2-safi trilogy
“Selain daripada menitikberatkan penjagaan kulit muka, serlahkan kecantikan dari dalam dengan mengutamakan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
“Contohnya adalah dengan amalan memakan buah kiwi segar yang kaya dengan Vitamin C (dua kali lebih tinggi daripada lemon) mampu mencerahkan kulit dengan lembut. Bagi yang mempunyai masalah kulit berminyak, limau gedang pula mempunyai manfaat yang tersendiri dalam mengawal pembentukan minyak,” kongsi Cef Lin.
Pada sesi bengkel penjagaan wajah pula, Pengurus Produk Rangkaian Safi, Mahsuri Sulaiman berkesempatan menerangkan keunikan dan teknologi kecantikan jenama tersebut di dalam rangkaian Safi Balqis White Trilogy. Cara penggunaan produk dengan betul agar matlamat transformasi kulit turut ditonjolkan.
4-safi trilogy
“Bersama kombinasi formulasi teknologi inovasi kecantikan dan sains kecantikan, Safi Balqis White Trilogy direka khas untuk semua jenis keperluan kulit kerana kami percaya bahawa semua wanita berhak mendapat penjaagan wajah yang sempurna seawal usia muda remaja,” jelas Mahsuri.
Tidak ketinggalan, duta Safi Balqis, Hanis Zalikha yang turut berkongsi rahsia kulit cerah miliknya dengan memperkenalkan rutin pengamalan penjagaan kulit muka 5M Safi Balqis White Trilogy. Rutin 5M itu terdiri daripada amalan MembersihMenyegarMemeliharaMelembap dan Menyerikan.
“Penjagaan kecantikan haruslah dititikberatkan dari luar dan dalam agar kulit sentiasa segar, anjal dan kurang kedutan. Lima produk asas yang mesti saya gunakan adalah pembersih muka, penyegar, krim pelembap, serum dan krim BB daripada Safi Balqis White Trilogy. Selain itu, menikmati snek sihat seperti buah-buahan dan meminum air masak yang banyak juga menjadi amalan harian saya,” tutur Hanis bersahaja.
Safi Balqis White Trilogy telah membuka dimensi baharu kecantikan anda dengan memperkenalkan trilogi sistem pemutihan yang diuji secara saintifik bagi mencerah tiga lapisan epidermis kulit untuk wajah cerah sempurna dalam tempoh tiga hari. Hasil itu mampu dicapai dengan penggunaan berterusan rangkaian produk Safi tersebut.
3-safi trilogy
Rangkaian yang diperhebat dengan kombinasi arbutin itu terkenal dengan manfaat pencerahannya di dalam produk penjagaan wajah serta teknologi Nano BioWhite yang mampu melambatkan proses pigmentasi. Ia juga turut mengurangkan kerosakan sel dan mempertingkatkan kelembapan kulit, lantas menjadikan kulit cerah bermaya melalui proses pencerahan tiga lapisan epidermis kulit.
Berbeza daripada rangkaian produk kecantikan lain yang hanya memberi tumpuan kepada lapisan luaran, Safi Balqis White Trilogy memberi fokus kepada kronologi manfaat pencerahan wajah seperti berikut:
• 3 Minit – Bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan secara semula jadi
• 3 Hari – Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan dalam kulit
• 3 minggu – Kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan kulit
Produk Safi Balqis White Trilogy kini boleh didapati di farmasi, pasar raya besar dan pasar raya utama di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai Safi dan Safi Balqis White Trilogy, layari laman Facebook, laman Instagram dan saluran YouTube Safi.
For further information log on website :
http://www.pepatung.com.my/kecantikan/khasiat-kiwi-dan-limau-gedang-dalam-safi-balqis-white-trilogy.htm

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...