Blog List

Wednesday 17 May 2017

Saduran Kemewahan Magnum X Farah Khan

Author
By 

MAGNUM jenama yang terkenal dengan ais krim coklat premiumnya dan menjadi perlambangan terhadap gaya hidup mewah baru-baru ini melancarkan kempen Celebrate Chocolate Pleasure. Pelancaran kempen tersebut adalah bertujuan mengukuhkan kedudukan Magnum sebagai pakar coklat yang menggunakan coklat Belgium berkualiti terbaik dan paling enak di dalam ais krimnya.
6-magnum FK
“Sempena meraikan nikmat coklat pada malam ini, Magnum turut mencatatkan satu lagi kejayaan menerusi pengenalan rekaan pembungkusan baharu untuk perisa-perisa signaturnya iaitu Classic, Almond, Chocolate Brownies dan Gold.
“Pelancaran semula Magnum sempena meraikan nikmat coklat ini juga dilaksanakan dengan penuh bergaya. Apakah yang terjadi apabila coklat disatukan dengan fesyen? Maka terciptalah kolaborasi fesyen mengujakan di antara Magnum dan Farah Khan, label antarabangsa yang menampilkan versatiliti dalam setiap rekaannya yang mewah, menyerlah dan glamor.
4-magnum FK
“Kolaborasi unik ini menampilkan rekaan dres dengan perincian yang dijahit menggunakan tangan yang diinspirasikan daripada lima perisa ais krim Magnum,” ujar Pengarah Pemasaran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Herry Budiazhari.
“Idea bagi menggabungkan coklat dan seni yang bertujuan untuk diinterpretasikan ke dalam bentuk pakaian sememangnya satu kerjasama mengagumkan. Saya amat berbesar hati kerana diberi kesempatan untuk terlibat dalam kolaborasi ini,” jelas Datuk Farah Khan.
Digelar ikon fesyen dan dikenali sebagai individu yang bijak menghasilkan rekaan penuh inspirasi, Farah Khan turut menonjolkan kehebatannya menerusi Koleksi Pleasure Seekers. Koleksi kapsul istimewa itu diinspirasikan oleh lima perisa ikonik dan unik ais krim Magnum iaitu Magnum Gold, Magnum Classic, Magnum Almond, Magnum Chocolate Brownie dan Magnum Chocolate & Strawberry.
Koleksi yang direka khusus itu memperlihatkan nilai kemewahan ais krim Magnum bersama visi rekaan Farah Khan yang tersendiri. Helaian glamor eksklusif itu dijelmakan oleh jenama antarabangsa itu menerusi hasil kerja signaturnya yang menggunakan jahitan tangan ke atas setiap manik dan perincian bagi memastikan setiap rekaannya dipersembahkan dengan cantik, setara dengan kehalusan kerjanya.
2-magnum FK
Pelancaran koleksi tersebut dimulakan dengan menampilkan rekaan bernama Precious Gold yang diinspirasikan daripada Magnum Gold. Dres ini direka menggunakan manik emas antik bersulam tangan dalam lingkaran cahaya dan bayangan gelap. Kehalusan perincian rekaan ini mewakili sempurna karakter Magnum Gold yang enak dan tinggi nilai kemewahannya.
Helaian seterusnya iaitu Luscious Chocolate & Strawberry diinspirasikan oleh Magnum Chocolate & Strawberry. Ia menampiklan lingkaran hiasan bersulam tangan dalam rona coklat keemasan yang menyempurnakan pesona glamornya. Kilauan mewahnya pula melambangkan kenikmatan Magnum.
Kemewahan rasa dalam Magnum Chocolate Brownie pula memberikan inspirasi kepada pasukan kreatif Farah Khan bagi menghasilkan gaya ketiga, Luxurious Chocolate Brownie yang direka halus dan dihiasi indah manik dan perincian berona coklat mewah pusam dan berkilau.
3-magnum FK
Pertunjukan fesyen diteruskan dengan kemunculan Heavenly Almond, rekaan yang diinspirasikan daripada simfoni tekstur Magnum Almond. Disulam tangan penuh teliti oleh barisan artisan sekitar Asia Tenggara, gabungan manik berona coklat pusam dan berkilau serta perincian gangsa berkabut menjadikan helaian ini begitu mempesona.
Untuk gaya kelima, Farah Khan memukau hadirin menerusi Irresistibly Classic. Diinpirasikan daripada kegemaran sepanjang zaman, Magnum Classic, helaian ini menampilkan bayangan kemewahan rona gangsa bagi menggambarkan salutan coklat Belgium yang licin dan lembut yang menjadi kegemaran ikonik.
Selain daripada rekaan signatur sulaman tangan itu, koleksi Pleasure Seekers itu turut menampilkan lima sweatshirt Magnum inspirasi Farah Khan. Ia berhasil memberikan suntikan memukau kepada sweater klasik jenamanya bersama perincian abjad-abjad pada setiap sweatshirt tersebut.
5-magnum FK
Acara itu turut menyaksikan pengenalan pembungkusan baharu ais krim Magnum. Rekaan pembungkusan terkini itu melambangkan imej jenama Magnum sebagai perintis dalam kepakaran coklat dan ais krim menerusi pengenalan inovasi produk ais krim yang segar dan mengujakan.
Rekaan kontemporari itu memperlihatkan logo ‘M’ yang menonjol dan tersendiri berserta rekahan coklat Belgium yang popular.
Selain itu, acara tersebut turut menandakan permulaan bagi kempen Magnum Celebrates Chocolate Pleasure yang akan diteruskan menerusi penganjuran pelbagai aktiviti di pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama, Damansara, Selangor bermula 20 hingga 24 Mei 2015 berserta peraduan digital hunt menggunakan Google street view bagi menemukan helaian eksklusif rekaan Farah Khan.
8-magnum FK
Para pemenang digital hunt akan membawa pulang dres atau sweatshirt yang diinpirasikan daripada ais krim Magnum rekaan eksklusif Farah Khan. Para pengguna bolehlah melayari www.magnumpleasurehunt.com.my untuk menyertai peraduan ini dan memenangi helaian eksklusif tersebut.
Tiga daripada lima dres sulaman tangan itu akan dipamerkan di Magnum Kuala Lumpur manakala dua helaian lagi akan dipamerkan di Magnum Putrajaya sehingga Jun 2015.
For further information log on website :
http://www.pepatung.com.my/fesyen/saduran-kemewahan-magnum-x-farah-khan.htm

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...