Blog List

Wednesday 17 May 2017

Tujuh Produk Penjagaan Peribadi Terbaik Untuk Kegunaan Harian Lelaki

Author
By 

ANDA lelaki yang kurang arif tentang produk penjagaan peribadi? Keliru produk manakah yang terbaik dan sesuai untuk anda? Pepatung boleh membantu anda menyelesaikan kebingungan tersebut. (Baca juga: Lima produk penjagaan peribadi lelaki mesti ada!).
Berikut disenaraikan tujuh produk terbaik untuk kegunaan harian lelaki, yang telah disahkan keberkesanannya berdasarkan penggunaan peribadi pengguna. Kami harap ia dapat membantu anda.
1) Deodoran NIVEA Men Invisible Black and White
Tidak dinafikan, NIVEA memang mempunyai rangkaian produk terbaik dalam pasaran. Sebelum ini, deodoran dalam bentuk bebuli (roll-on) jenama ini menjadi antara produk pilihan pengguna.
DEODORAN UNTUK LELAKI INI MENGELAKKAN PEMBENTUKAN WARNA KEKUNINGAN ATAU KEPUTIHAN DI BAHAGIAN KETIAK YANG BOLEH MEROSAKKAN BAJU.
Bagaimanapun, deodoran Invisible Black and White daripada NIVEA setakat ini adalah yang terbaik untuk lelaki. Deodoran dalam bentuk semburan (spray) itu sangat berkesan dalam memberi perlindungan 48 jam terhadap bau badan yang kurang menyenangkan akibat perpeluhan (antipeluh).
Paling penting, deodoran ini mengelakkan daripada baju berwarna putih menjadi kekuningan di bahagian ketiak. Begitu juga baju berwarna gelap, kesan keputihan tidak akan terbentuk walaupun anda berjalan seharian di luar.
DEODORAN WANITA INI JUGA SESUAI UNTUK LELAKI YANG MAHUKAN BAU YANG LEBIH LEMBUT TERUTAMA PADA WAKTU MALAM.
Lelaki boleh menggunakan deodoran khusus untuk lelaki (NIVEA Men) kerana baunya yang maskulin tetapi menyenangkan, tidak memeningkan kepala seperti kebanyakan deodoran lelaki lain. Begitupun, anda juga boleh menyembur deodoran NIVEA Invisible Black and White untuk perempuan pada waktu malam, kerana baunya yang lebih lembut, sesuai untuk mood malam yang santai.
Harga: RM13.53 (semburan)
Laman web: www.nivea.com.my
Facebook: NIVEA
Instagram: @mynivea
2) Pencuci muka Garnier Men TurboLight Oil Control
Majoriti lelaki di Malaysia mengalami masalah kulit berminyak. Faktor cuaca, pencemaran udara dan pemakanan kita menyebabkan kulit mudah berminyak. Berbanding kebanyakan produk pencuci muka, rangkaian daripada Garnier Men TurboLight Oil Control dirasakan paling sesuai dan menepati ciri-ciri kulit lelaki tempatan, untuk semua peringkat usia.
RANGKAIAN PENCUCI MUKA DARIPADA GARNIER MEN MENAWARKAN FUNGSI KAWALAN MINYAK YANG AMAT DIPERLUKAN LELAKI DI MALAYSIA.
Sama ada anda memilih jenis cooling foamcharcoal black foam atau icy scrub, pastikan asas pembersihan adalah bertujuan untuk mengawal minyak.
PENGGUNAAN DUA KALI SEHARI DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN MASALAH MUKA BERMINYAK.
Penggunaan dua kali sehari (pagi dan malam) dapat membantu kulit wajah anda menjadi lebih bersih sekali gus menyingkirkan minyak dan kotoran yang terkumpul di wajah. Bukan itu sahaja, tekstur dalaman kulit wajah juga dapat dirawat supaya penghasilan minyak menjadi lebih terkawal. Sekurang-kurangnya tidaklah muka anda nampak berkilat melampau.
Harga: RM13.50 – RM14.20 (100ml)
Facebook: Garnier Men Malaysia
Instagram: @garniermenmy
3) Pelembap Battle Repair Bad Lab
Pernah mendengar jenama penjagaan peribadi lelaki tempatan, Bad Lab? Jika anda pernah ke farmasi Watsons, pasti pernah ternampak produk menampilkan gambar haiwan yang berbeza untuk deodoran, syampu, pencuci muka dan lain-lain dalam pek berwarna hitam dan coklat.
Bagi lelaki yang mempunyai masalah kulit kering atau inginkan perlindungan kulit wajah yang berpanjangan (sepanjang hari), anda boleh cuba pelembap (moisturizerBattle Repair daripada Bad Lab.
PELEMBAP ADALAH KEMESTIAN UNTUK SEMUA LELAKI TERUTAMA YANG MENGALAMI MASALAH KULIT KERING.
Selain fungsinya untuk melembapkan kulit, ia juga boleh dijadikan pelega kulit wajah selepas bercukur. Lelaki selalu mengabaikan kepentingan pelembap sedangkan ia penting dalam membantu memperbaharui kulit secara semula jadi. Amalkan penggunaan pelembap dari awal supaya apabila menjelang usia 40, kulit wajah anda masih awet muda.
Pelembap ini perlu dipakai pada waktu pagi, ketika anda bersiap untuk keluar rumah sebelum pergi kerja. Rajinkan diri juga untuk menggunakannya di waktu malam iaitu sebelum tidur sekiranya anda mempunyai masalah kekeringan kulit yang agak serius.
Harga: RM12.07 (50ml)
Laman web: store.badlabco.com
Facebook: Bad Lab
Instagram: @badlabco
4) SK-II Facial Treatment Essence
Tidak semua mampu untuk membeli produk daripada SK-II kerana harganya yang agak mahal. Bagaimanapun apa salahnya anda melabur sedikit untuk penjagaan kulit wajah terutamanya lelaki lewat 20-an dan bakal menjengah usia 30. Kumpulan lelaki usia tersebut akan mula merasai perubahan tekstur kulit yang ketara.
Jika sebelum ini, jerawat yang tumbuh tidak begitu meninggalkan kesan, namun pertambahan usia membuatkan jerawat yang kecil sekalipun akan meninggalkan kesan atau parut pada kulit. Begitu juga bintik gelap yang semakin banyak. Solusinya adalah produk yang dapat merawat kulit dengan efektif.
ESEN YANG SEMEMANGNYA BERKESAN DALAM MEMULIHKAN TEKSTUR KULIT DALAM TEMPOH DUA MINGGU DAN LEBIH EFEKTIF JIKA DIGUNAKAN SECARA BERTERUSAN.
Belanjakan sedikit wang anda dengan membeli SK-II Facial Treatment Essence ini. Kami sarankan agar anda menggunakan esen ini pada waktu malam (sebelum tidur) kerana proses pembaikan kulit adalah lebih produktif ketika kita tidur.
Penggunaannya juga mudah, sapukan beberapa titik esen pada wajah dan leher dengan sekata. Dengan penggunaan yang berterusan, anda akan dapati kulit wajah berubah menjadi lebih lembut, licin, kurang berminyak dan sekata. Anda juga akan berasa lebih nyaman ketika bangun tidur.
Harga: RM229 (75ml)
Laman web: www.sk-ii.com.my
Facebook: SK-II Malaysia
5) Jeli Petroleum Vaseline Intensive Care
Produk yang mesti dimiliki setiap lelaki. Kebanyakan lelaki malu untuk menggunakan salap bibir (lipbalm) kerana bentuknya yang menyerupai lipstik (alat solek wanita). Hal tersebut membuatkan mereka lebih rela membiarkan bibir kering sehingga merekah daripada menggunakan salap bibir di tempat awam.
JELI PETROLEUM VASELINE INI MEMPUNYAI FUNGSI PELBAGAI YANG MENGUNTUNGKAN LELAKI.
Kepada yang malu atau tidak selesa menggunakan salap bibir, anda boleh gantikannya dengan jeli petroleum Vaseline Intensive Care. Jangan terkejut kerana ia memang boleh berfungsi sebagai pelembap bibir.
Jeli petroleum Vaseline sebenarnya lebih memberikan kelembapan yang panjang untuk bibir berbanding salap bibir lain. Malah, ia dapat mengekalkan kelembapan bibir sehingga pagi jika dioles sebelum tidur apabila anda berada di dalam cuaca sejuk yang akan membuatkan bibir merekah.
KEBANYAKAN LELAKI MALU UNTUK MENGGUNAKAN SALAP BIBIR DI TEMPAT AWAM KERANA MAHU MENJAGA AIR MUKA DAN NILAI MASKULIN.
Bukan itu sahaja, bawa jeli petroleum ini ke mana sahaja kerana ia boleh digunakan untuk meredakan luka kecil atau kegatalan pada kulit.
Harga: RM5.16 (50g)
Laman web: www.vaseline.com.my
Facebook: Vaseline
6) Penyembur Rambut Hairkur Volumizing
Sebuah lagi jenama tempatan yang mesti dicuba pengguna. Produk rambut keluaran Hairkur diperbuat menggunakan 100% bahan semula jadi (organik) dan membuatkan rambut anda bebas minyak. Baunya juga menyenangkan sama ada anda mahu rambut wangi seperti bubblegum ataupun rose aromatherapy.
Penggunaan pomadewax dan gel rambut dengan kerap akan membuatkan rambut rosak dan akhirnya mengundang kepada masalah keguguran. Lelaki dan masalah keguguran rambut memang normal terutama mereka yang berusia awal 30-an. Sekiranya tidak dijaga atau diatasi, masalah keguguran akan menjadi lebih serius.
PENYEMBUR RAMBUT INI MENGEKALKAN PENGGAYAAN RAMBUT DAN DALAM MASA YANG SAMA MERAWAT SERTA MELEMBUTKAN RAMBUT.
Apa kata anda gantikan produk penggayaan rambut seperti pomade kepada penyembur rambut Hairkur Volumizing ini. Hanya semburkan pada rambut dan anda boleh gayakan rambut mengikut kebiasaan anda. Menariknya, ia tetap mengekalkan kelembutan rambut dan dalam masa yang sama, mengekalkan gaya rambut walaupun anda memakai topi atau topi keledar.
Ia sangat sesuai untuk penunggang motosikal yang bertopi keledar. Rambut anda tidak akan rosak dan gaya rambut dapat dikekalkan sepanjang hari.
Sesuai untuk semua jenis rambut, tiga bahan utama yang digunakan produk ini membuatkan ia produk yang bagus untuk penggayaan dan perawatan rambut. Cuka epal cider berfungsi untuk menyegar dan mengimbangi kadar pH kulit kepala, sekali gus membuatkan kulit kepala sihat, rambut lebih lembut serta mencegah kelemumur.
WANITA LEBIH MENGGEMARI HARUMAN ROSE AROMATHERAPY TETAPI IA JUGA SESUAI UNTUK LELAKI YANG GEMARKAN BAU FLORA YANG MENENANGKAN.
Aloe vera pula mengurangkan minyak berlebihan pada kulit kepala, menguatkan akar dan membuatkan rambut lebih bersinar. Ia juga popular sebagai bahan yang berkesan dalam menangani masalah keguguran rambut. Penyempurna kandungan utama penyembur rambut ini adalah madu, yang dikenali sebagai makanan untuk kulit dan rambut. Ia membantu pertumbuhan rambut agar lebih sihat dan diperkaya dengan vitamin dan mineral.
Harga: RM39
Instagram@hairkur
Facebook: Lulur dan Spray Pelebat Rambut
WhatsApp: 016-232 4897
7) Losen badan NIVEA In-Shower
Lelaki dan losen (lotion) adalah gabungan yang sangat tidak serasi. Hanya sebilangan kecil kaum Adam yang menggunakan losen secara harian. Selebihnya menganggap ia produk yang tidak penting dan leceh untuk digunakan.
Bagaimanapun, sejak NIVEA muncul dengan rangkaian losen badan In-Shower, segala alasan dari mulut lelaki tidak lagi relevan. Ini adalah produk terbaik untuk lelaki yang sering bergerak pantas dan mengejar masa.
LOSEN BADAN INI MUDAH DAN PANTAS UNTUK DIGUNAKAN.
Selepas menggunakan sabun mandian, anda hanya perlu aplikasikan losen badan In-Shower daripada NIVEA dan bilas seperti biasa. Mungkin anda akan berasa kurang selesa di awal penggunaan kerana ia meninggalkan sedikit rasa melekit, tetapi kesannya akan dapat dirasai ketika anda menyarungkan pakaian.
Kulit kekal lembut bagaikan anda mengoles losen biasa di tubuh. Maka, anda tidak perlu khuatir dengan perlindungan kulit yang terdedah kepada sinar mentari. Tiada alasan lagi untuk lelaki malas menggunakan losen badan. Mereka yang menunggang motosikal amat disarankan menggunakan produk ini.
Harga: RM16.74 – RM24.84* (250ml – 400ml)
Laman web: www.nivea.com.my
Facebook: NIVEA
Instagram: @mynivea
*Harga bergantung kepada farmasi dan pasar raya mengikut promosi dan diskaun masing-masing.
For further information log on website :
http://www.pepatung.com.my/kecantikan/tujuh-produk-penjagaan-peribadi-terbaik-untuk-kegunaan-harian-lelaki.htm

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...