Blog List

Tuesday, 6 June 2017

Amalan keselamatan bengkel dalam kalangan pelajar Kolej Vokasional Temerloh

Amalan keselamatan merupakan perkara penting yang perlu ditekankan semasa melakukan kerja amali di bengkel. Oleh itu, penekanan terhadapnya perlu dipupuk kepada setiap pelajar supaya menjadi budaya ketika berada di bengkel. Sehubungan itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, tah...
Main Author:Yusof, Mohd Khairul Azhar
Format:Thesis
Published:2014 
Subjects:
Institution:Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Online Access:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary:Amalan keselamatan merupakan perkara penting yang perlu ditekankan semasa melakukan kerja amali di bengkel. Oleh itu, penekanan terhadapnya perlu dipupuk kepada setiap pelajar supaya menjadi budaya ketika berada di bengkel. Sehubungan itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, tahap kesedaran dan tahap penerimaan amalan keselamatan dalam kalangan pelajar. Kajian ini juga mengenalpasti perhubungan di antara tahap kesedaran dan tahap penerimaan pelajar terhadap amalan keselamatan yang dikaji. Lokasi kajian ini ialah Kolej Vokasional Temerloh (KVT), Pahang. Responden seramai 296 orang merupakan pelajar daripada enam program utama di KVT yang menggunakan bengkel iaitu Teknologi Automotif, Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Teknologi Kimpalan, Teknologi Binaan, Teknologi Elektrik dan Teknologi Elektronik. Instrumen kajian kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Sebanyak 45 item soalan telah dibina untuk menjawab setiap persoalan kajian. Data dianalisis secara kaedah Purata Indeks dan Analisis Ujian Spearman’s rho yang menggunakan perisian “Statistical Package for the Social Science (SPSS)” Versi 18. Dapatan kajian menunjukkan nilai purata min bagi tahap pengetahuan (4.66), tahap kesedaran (4.54) dan tahap penerimaan (4.51) pelajar terhadap perlaksanaan amalan keselamatan bengkel adalah tinggi. Kajian ini juga mendapati wujudnya perhubungan secara statistik di antara tahap kesedaran dan tahap penerimaan amalan keselamatan bengkel. Pengkaji juga mencadangkan supaya kajian ini dapat dilakukan di institusi kemahiran yang lain agar dapat digeneralisasikan dapatannya. Kesimpulan yang diperolehi daripada kajian ini didapati tahap amalan keselamatan dalam kalangan pelajar KVT adalah pada tahap yang tinggi.

For further details log o n website :
http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/uthm7093/Description#tabnav

Kajian persepsi pelajar terhadap amalan keselamatan bengkel kejuruteraan awam (perkayuan)

Author
Mior Ismail , Mior Mohd. Suhairin (2003) Kajian persepsi pelajar terhadap amalan keselamatan bengkel kejuruteraan awam (perkayuan). Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
[img]PDF
875Kb

Abstract

Amalan keselamatan memainkan peranan utama dalam mengekalkan keselamatan di bengkel dan makmal. Setiap individu dan organisasi perlu sentiasa berwaspada dan mengamalkan keselamatan dengan bijaksana. Kajian ini meninjau sejauh manakah keselamatan bengkel diamalkan oleh pihak yang terlibat dalam melaksanakan peraturan-peraturan keselamatan dalam kerja-kerja amali di bengkel dan juga makmal di mana keselamatan adalah berkait rapat dengan matlamat pendidikan itu sendiri. Kaedah soal selidik digunakan untuk menjalankan kajian ini dan responden yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar dan pensyarah yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bengkel dan makmal di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak. Responden kajian ini terdiri daripada 45 orang pelajar Semester 1 dan 2, Jabatan Kejuruteraan Awam di Politeknik Ipoh, Perak. Kesemua data dianalisis dalam bentuk skor min dan sisihan piawai dengan menggunakan perisian 'Statistical Package for Social Science Series' (SPSS v11.0). Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek keselamatan diberi perhatian yang wajar sama ada di makmal atau di bengkel.
Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
ID Code:761
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:04 Apr 2011 15:20
Last Modified:29 Apr 2011 14:41
Repository Staff Only: item control page

For further details log on website:
http://eprints.uthm.edu.my/761/

Penghasilan prosedur arahan keselamatan bengkel kayu bagi pelajar kejuruteraan KUiTTHO

Author
Abu , Talib (2003) Penghasilan prosedur arahan keselamatan bengkel kayu bagi pelajar kejuruteraan KUiTTHO. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
[img]PDF
1162Kb

Abstract

Keselamatan adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh pelajar semasa menjalankan amali dalam bengkel Kayu. Ini disebabkan pelajar perlu menggunakan mesin dan peralatan tangan semasa melaksanakan keija amali tersebut. Penggunaan mesin dan peralatan ini menimbulkan risiko yang tinggi terhadap berlakunya kemalangan atau kecelakaan kepada pelajar. Salah satu cara dalam mempertingkatkan kesedaran dan keselamatan di kalangan pelajar adalah dengan mewujudkan satu prosedur arahan bercetak. Tujuan utama kajian ini ialah menghasilkan satu prosedur arahan keselamatan yang menjadi bahan rujukan dan panduan bagi pelajar. Prosedur arahan ini mengandungi langkah keselamatan dan pencegahan serta panduan pertolongan cemas bersesuaian dengan keperluan keselamatan bengkel kayu. Justifikasi pembangunan produk (Prosedur Arahan Keselamatan Bengkel Kayu) adalah berasaskan tinjauan terhadap amalan, persepsi dan pengetahuan pelajar. Penilaian terhadap produk telah dilakukan dengan melihat persepsi pelajar terhadap kebolehgunaan produk dan pengetahuan pelajar tentang keselamatan di dalam bengkel kayu. Sampel kajian bagi tinjauan awalan dan penilaian produk terdiri daripada 60 orang pelajar Kejuruteraan Awam (Perkayuan), KUiTTHO yang terdiri daripada pelajar Ijazah dan Diploma dari tahun satu hingga tahun lima. Dapatan kajian awalan menunjukkan responden berpendapat bahawa amalan keselamatan di bengkel kayu adalah pada tahap yang baik. Responden juga berpendapat bahawa prosedur arahan perlu diwujudkan dan pengetahuan mereka tentang keselamatan adalah memuaskan. Penilaian terhadap produk menunjukkan bahawa produk mempunyai ciri-ciri yang memuaskan. Kesimpulannya, terdapat keperluan bagi produk yang dibangunkan bagi memantapkan amalan keselamatan sedia ada, didapati produk boleh diterima pakai sebagai panduan pelajar di bengkel kayu dan dicadangkan untuk dihasilkan dalam bentuk interaktif.
Item Type:Thesis (Masters)
Subjects:T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
ID Code:857
Deposited By:Norfauzan Md Sarwin
Deposited On:08 Apr 2011 09:47
Last Modified:29 Apr 2011 14:42
Repository Staff Only: item control page
For further details log on website :
http://eprints.uthm.edu.my/857/

Tahap kesediaan pelajar kejuruteraan Politeknik terhadap keselamatan di dalam bengkel

Keselamatan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan seharian. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan pelajar kejuruteraan Politeknik terhadap keselamatan di dalam bengkel. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan pelajar kursus kejurutera...
Main Author:Che Juhan Negara, Roslena
Format:Thesis
Published:2012 
Subjects:
Institution:Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Online Access:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary:Keselamatan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam kehidupan seharian. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan pelajar kejuruteraan Politeknik terhadap keselamatan di dalam bengkel. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Politeknik Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak berlapis. Sampel kajian terdiri daripada 243 responden yang terdiri daripada pelajar Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi 40 item soalan. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang responden ke atas pelajar Kejuruteraan Politeknik Shah Alam untuk melihat kebolehpercayaan item-item soal selidik. Nilai kepercayaan hasil kajian rintis ialah 0.899. Perisian SPSS(Statistical Package For Social Science Ver 16) telah digunakan untuk menjalankan analisis statistik. Data analisis menggunakan statistik deskriptif yang meliputi min, peratusan, dan ujian ANOVA. Hasil dapatan kajian mendapati tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Politeknik Ungku Omar dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan adalah pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan. Manakala hasil dapatan kajian bagi peraturan keselamatan bengkel yang di amalkan oleh pelajar kejuruteraan Politeknik Ungku Omar adalah pada tahap yang tinggi. Oleh itu, pihak terlibat perlulah membuat penambahbaikan bagi meminimakan risiko berlakunya kemalangan di dalam bengkel.

For further details log on website :
http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/uthm4168/Description#tabnav

Keperihatinan pensyarah terhadap amalan keselamatan bengkel di ADTEC Batu Pahat

Amalan keselamatan merupakan perkara penting yang perlu ditekankan semasa melakukan kerja amali di bengkel. Oleh itu, penekanan terhadapnya perlu dipupuk kepada setiap pelajar supaya menjadi budaya ketika berada di bengkel. Sehubungan itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, tah...
Main Author:Talib, Mohd Fairuz
Format:Thesis
Published:2014 
Subjects:
Institution:Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Online Access:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary:Amalan keselamatan merupakan perkara penting yang perlu ditekankan semasa melakukan kerja amali di bengkel. Oleh itu, penekanan terhadapnya perlu dipupuk kepada setiap pelajar supaya menjadi budaya ketika berada di bengkel. Sehubungan itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap pengetahuan, tahap kesedaran dan tahap penerimaan amalan keselamatan dalam kalangan pelajar. Kajian ini juga mengenalpasti perhubungan di antara tahap kesedaran dan tahap penerimaan pelajar terhadap amalan keselamatan yang dikaji. Lokasi kajian ini ialah Kolej Vokasional Temerloh (KVT), Pahang. Responden seramai 296 orang merupakan pelajar daripada enam program utama di KVT yang menggunakan bengkel iaitu Teknologi Automotif, Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Teknologi Kimpalan, Teknologi Binaan, Teknologi Elektrik dan Teknologi Elektronik. Instrumen kajian kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Sebanyak 45 item soalan telah dibina untuk menjawab setiap persoalan kajian. Data dianalisis secara kaedah Purata Indeks dan Analisis Ujian Spearman’s rho yang menggunakan perisian “Statistical Package for the Social Science (SPSS)” Versi 18. Dapatan kajian menunjukkan nilai purata min bagi tahap pengetahuan (4.66), tahap kesedaran (4.54) dan tahap penerimaan (4.51) pelajar terhadap perlaksanaan amalan keselamatan bengkel adalah tinggi. Kajian ini juga mendapati wujudnya perhubungan secara statistik di antara tahap kesedaran dan tahap penerimaan amalan keselamatan bengkel. Pengkaji juga mencadangkan supaya kajian ini dapat dilakukan di institusi kemahiran yang lain agar dapat digeneralisasikan dapatannya. Kesimpulan yang diperolehi daripada kajian ini didapati tahap amalan keselamatan dalam kalangan pelajar KVT adalah pada tahap yang tinggi.

For further detail slog on website :
http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/uthm7092/Description#tabnav

Kajian terhadap amalan keselamatan dan kesihatan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau sejauh mana tahap amalan dan peraturan keselamatan sedia ada di 3 bengkel terpilih di Pusat Latihan Teknologi Tinggi CADTEC) Batu Pahat iaitu Bengkel Kimpalan, Bengkel Pemesinan Konvensional dan Bengkel Computer Numerical Control sama ada ia memenuhi ke...
Main Author:Po'a , Ayu Wirdawati
Format:Thesis
Published:2002 
Subjects:
Institution:Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Online Access:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau sejauh mana tahap amalan dan peraturan keselamatan sedia ada di 3 bengkel terpilih di Pusat Latihan Teknologi Tinggi CADTEC) Batu Pahat iaitu Bengkel Kimpalan, Bengkel Pemesinan Konvensional dan Bengkel Computer Numerical Control sama ada ia memenuhi kehendak lceselamatan seperti yang ditetapkal1. Kajian ini juga melihat sejauh mana kepekaan pihakpentadbiran ADTEC terhadap amalan pengurusan dan kesihatan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah senarai semakan, pemerhatian dan temubual dengan kakitangan Pegawai Latihan Vokasional dan pelatih-pelatih ADTEC Batu Pahat. Hasil kajian mendapati secara amnya pihak pentadbiran ADTEC mempunyai keprihatinan yang agak tinggi terhadap amalan pengurusan keselamatan dan kesihatan. Meskipun begitu, tinjauan yang dilakukan di ketiga-tiga bengkel menunjukkan elemen sistem pencegahan kebakaran dan kemudahan bantuan kecemasan yang kurang baik di ketiga-tiga bengkel. Di bahagian akhir kajian ini beberapa cadangan yang difikirkan sesuai telah dikemukakan untuk memperbaiki kelemahan yang dikesan dan seterusnya membantu mempertingkatkan amalan keselamatan dan kesihatan di bengkel ADTEC yang terlibat.

For further details log on website :
http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/uthm750/Description#tabnav

Kajian persepsi pelajar terhadap amalan keselamatan bengkel kejuruteraan awam (perkayuan)

Amalan keselamatan memainkan peranan utama dalam mengekalkan keselamatan di bengkel dan makmal. Setiap individu dan organisasi perlu sentiasa berwaspada dan mengamalkan keselamatan dengan bijaksana. Kajian ini meninjau sejauh manakah keselamatan bengkel diamalkan oleh pihak yang terlibat dalam melak...


Full description
Main Author:Mior Ismail , Mior Mohd. Suhairin
Format:Thesis
Published:2003 
Subjects:
Institution:Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Online Access:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Summary:Amalan keselamatan memainkan peranan utama dalam mengekalkan keselamatan di bengkel dan makmal. Setiap individu dan organisasi perlu sentiasa berwaspada dan mengamalkan keselamatan dengan bijaksana. Kajian ini meninjau sejauh manakah keselamatan bengkel diamalkan oleh pihak yang terlibat dalam melaksanakan peraturan-peraturan keselamatan dalam kerja-kerja amali di bengkel dan juga makmal di mana keselamatan adalah berkait rapat dengan matlamat pendidikan itu sendiri. Kaedah soal selidik digunakan untuk menjalankan kajian ini dan responden yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar dan pensyarah yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bengkel dan makmal di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak. Responden kajian ini terdiri daripada 45 orang pelajar Semester 1 dan 2, Jabatan Kejuruteraan Awam di Politeknik Ipoh, Perak. Kesemua data dianalisis dalam bentuk skor min dan sisihan piawai dengan menggunakan perisian 'Statistical Package for Social Science Series' (SPSS v11.0). Dapatan kajian menunjukkan bahawa aspek keselamatan diberi perhatian yang wajar sama ada di makmal atau di bengkel.

For further details log on website :

http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/uthm761/Description#tabnav

Hubungkait antara sikap dan pengetahuan pelajar kejuruteraan awam terhadap amalan keselamatan di Bengkel Perkayuan, KUiTTHO

Laporan kcmalangan yang dilaporkan olch Jabatan Buruh dan Pcrtubuhan Kcbajikan Sosial (SOCSO) mcnyatakan bahawa kadar kcmalangan dalam bidang pcrindustrian semakin mcningkat dari tahun ke tahun. Kcmalanganjuga terjadi di bengkel dan makmal di institut pengajian tinggi. Tcrdapat banyak faktor yang me...
Main Author:Wan Mansor , Wan Hilmi
Format:Thesis
Published:2002 
Subjects:
Institution:Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Online Access:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary:Laporan kcmalangan yang dilaporkan olch Jabatan Buruh dan Pcrtubuhan Kcbajikan Sosial (SOCSO) mcnyatakan bahawa kadar kcmalangan dalam bidang pcrindustrian semakin mcningkat dari tahun ke tahun. Kcmalanganjuga terjadi di bengkel dan makmal di institut pengajian tinggi. Tcrdapat banyak faktor yang menyebabkan teljadinya kcmalangan seperti sikap pelajar dan kecetekan pengctahuan keselamatan. Objektif kajian ini, adalah untuk mcnentukan hubungan Korelasi antara sikap pelajar dan pcngetahuan keselamatan terhadap amalan keselamatan. J-Iasil kajian ini menunjukkan bahawa hubungan Korclasi antara sikap dan pengetahuan keselamatan terhadap amalan keselamatan adalah tinggi. Manakala hubungan Korelasi antara pengetahuan pengendalian mesin terhadap amalan kcselamatan adalah sederhana tinggi. Kajian ini mencadangkan penghasilan satu garis panduan penambahbaikan keselamatan di Bengkel Perkayuan.

For further details log on website :
http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/uthm788/Description#tabnav

Penghasilan prosedur arahan keselamatan bengkel kayu bagi pelajar kejuruteraan KUiTTHO

Keselamatan adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh pelajar semasa menjalankan amali dalam bengkel Kayu. Ini disebabkan pelajar perlu menggunakan mesin dan peralatan tangan semasa melaksanakan keija amali tersebut. Penggunaan mesin dan peralatan ini menimbulkan risiko yang tinggi terhadap ber...
Main Author:Abu , Talib
Format:Thesis
Published:2003 
Subjects:
Institution:Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Online Access:
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary:Keselamatan adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh pelajar semasa menjalankan amali dalam bengkel Kayu. Ini disebabkan pelajar perlu menggunakan mesin dan peralatan tangan semasa melaksanakan keija amali tersebut. Penggunaan mesin dan peralatan ini menimbulkan risiko yang tinggi terhadap berlakunya kemalangan atau kecelakaan kepada pelajar. Salah satu cara dalam mempertingkatkan kesedaran dan keselamatan di kalangan pelajar adalah dengan mewujudkan satu prosedur arahan bercetak. Tujuan utama kajian ini ialah menghasilkan satu prosedur arahan keselamatan yang menjadi bahan rujukan dan panduan bagi pelajar. Prosedur arahan ini mengandungi langkah keselamatan dan pencegahan serta panduan pertolongan cemas bersesuaian dengan keperluan keselamatan bengkel kayu. Justifikasi pembangunan produk (Prosedur Arahan Keselamatan Bengkel Kayu) adalah berasaskan tinjauan terhadap amalan, persepsi dan pengetahuan pelajar. Penilaian terhadap produk telah dilakukan dengan melihat persepsi pelajar terhadap kebolehgunaan produk dan pengetahuan pelajar tentang keselamatan di dalam bengkel kayu. Sampel kajian bagi tinjauan awalan dan penilaian produk terdiri daripada 60 orang pelajar Kejuruteraan Awam (Perkayuan), KUiTTHO yang terdiri daripada pelajar Ijazah dan Diploma dari tahun satu hingga tahun lima. Dapatan kajian awalan menunjukkan responden berpendapat bahawa amalan keselamatan di bengkel kayu adalah pada tahap yang baik. Responden juga berpendapat bahawa prosedur arahan perlu diwujudkan dan pengetahuan mereka tentang keselamatan adalah memuaskan. Penilaian terhadap produk menunjukkan bahawa produk mempunyai ciri-ciri yang memuaskan. Kesimpulannya, terdapat keperluan bagi produk yang dibangunkan bagi memantapkan amalan keselamatan sedia ada, didapati produk boleh diterima pakai sebagai panduan pelajar di bengkel kayu dan dicadangkan untuk dihasilkan dalam bentuk interaktif. 

For further details log on website :
http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/uthm857/Description#tabnav

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...