Blog List

Wednesday, 17 May 2017

5 Jenama Foundation Terbaik, Beli Di Farmasi Je!


5 Jenama Foundation Terbaik, Beli Di Farmasi Je!
Beberapa minggu sudah, penulis pernah mencadangkan beberapa jenama maskara terbaik yang mudah didapati pada harga berpatutan dari farmasi terdekat.
BACA: 5 Jenama Maskara Terbaik, Beli Di Farmasi Je!
Hari ini, apa kata Wanista senaraikan pula lima jenama bedak asas (foundation) terbaik yang pastinya lebih murah daripada jenama-jenama yang ada di Sephora.
Antara jenama bedak asas (foundation) yang mahal menjangkau hingga beratus ringgit sebotol. Sumber: Pinterest
Meskipun boleh dikategorikan sebagai produk mampu milik, jangan tak tahu bahawa ianya masih mampu memberi kesan solekan terbaik untuk menutup segala cela sekaligus memberi litupan sekata tanpa membuatkan kulit bercapuk dari masa ke masa sepanjang hari.
Ini dia lima jenama foundation terbaik menurut penulis!
#1 Revlon Colorstay Makeup Pump: RM66.80 [Beli]
Penulis mempunyai kulit kombinasi. Sering kering di bahagian pipi manakala berminyak di sekitar dahi, hidung dan dagu. Sebelum ini penulis hanya menggunakan bb cream sebagai lapisan bedak di wajah namun ternyata ia bukan jalan penyelesaian terbaik kerana mekap terlalu cepat luntur dan apabila berjemur, muka menjadi tersangat berminyak sehingga penulis sendiri geli melihatnya.
Sumber: Pinterest
Sejak dari itu, penulis beralih kepada bedak asas Revlon Colorstay ini. Ternyata, biarpun bermekap dari pagi hingga ke petang, tiada lagi dahi dan wajah yang berminyak. Pemerah pipi pun masih boleh dilihat warnanya pada pipi menandakan bedak asas ini adalah yang terbaik untuk menutup pori wajah agar tidak berpeluh secara keterlaluan. Formulasi Revlon Colorstay memang dirumus khas buat mereka yang memiliki masalah kulit kombinasi serta berminyak.
Solekan akan tahan berjam-jam lamanya bila guna foundation ini! Serius terbaik! 
#2 Catrice All Matt Plus Shine Control: RM27.88 [Beli]
Hanya boleh dibeli di cawangan Guardian… Percaya atau tidak, Catrice adalah jenama yang memiliki pelbagai pilihan kosmetik terbaik pada harga murah! Dari maskara hinggalah kepada rangkaian bedak asasnya, jenama dari German ini berhasil mencipta formula kosmetik terbaik yang memberi efek solekan profesional buat para penggunanya.
Seperti Catrice All Matt Plus ini, hasil sapuan cecair bedak asasnya adalah halus, melekap pada kulit tanpa sebarang kesan capuk biarpun si pengguna memiliki kulit kering mahupun perlu berjemur di tengah panas buat beberapa ketika. Ia juga dapat memudarkan warna parut!
Sumber: houseofbeauty.co.uk
Kesan sapuan dari bedak asas ini adalah bersifat matte (tanpa kilat) namun, ianya masih memiliki ciri-ciri satin di mana sapuannya kelihatan sedikit lembab seterusnya memperlihatkan wajah yang cukup berseri dan seimbang dari segi kompleksi. ***Wajah kelihatan tak terlalu kering dan tidak juga terlalu lembab
Tonton Review Penggunaan Catrice All Matt Plus Shine Control Make Up Foundation
#3 L’Oreal Matte Magique Liquid Foundation: RM27.25 [Beli]
Ramai Beauty Guru telah mencanangkan bahawa ini adalah antara bedak asas terbaik yang boleh didapati di farmasi. Bisa bertahan melebihi 10 jam lamanya malah sapuan pada kulit juga nampak natural bersahaja.
Sumber: Calyxta
Bagi mereka yang tidak suka bermekap tebal, usah risau kerana tekstur bedak asas ini langsung tidak pekat atau melekit bahkan ringan kala disapu meliputi wajah. Sesuai buat mereka yang berkulit normal hinggalah ke kondisi kulit kombinasi berminyak.
#4 L’Oreal Infallible Liquid Foundation: RM69.95 [Beli]
Ini adalah formulasi baharu dari jenama L’Oreal. Ramai yang kata dengan hanya satu lapisan sapuan bedak asas L’Oreal Infallible Foundation ini, ia sudah bisa menutup cela dengan baik. Amat disyorkan buat individu yang mempunyai pigmentasi serta kemerah-merahan pada sesetengah bahagian muka.
Bagi mereka yang berjerawat, anda mungkin perlukan lebih daripada satu lapisan sapuan.
Sumber: Youtube
Sayangnya, ia tidak begitu sesuai buat mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. ***Berminyak tapi tak buat solekan jadi bercapuk atau cair.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna dinasihatkan guna bloating paper untuk menyerap segala lembapan dan minyak pada wajah dari masa ke masa.
Tonton Review Penggunaan L’Oreal Infallable Foundation
#5 Bourjois Healthy Mix Foundation: RM53.91 [Beli]
Salah satu foundation kegemaran ramai! Dahulu ramai yang perlu mendapatkannya dari luar negara kerana jenama ini belum masuk ke Malaysia. Kini pengguna dengan mudah boleh mendapatkan rangkaian produk kosmetik Bourjois dari mana-mana cawangan Watsons.
Sumber: Amazon.com
Teksturnya tidak berat dan mudah diserap, ternyata ia amat sesuai untuk semua jenis kulit.
Buat yang berkulit kering, foundation ini adalah bonus untuk anda kerana ia turut melembapkan kulit.
Biarpun begitu, litupan cecair bedak asas ini tidak dapat menutup cela atau parut dengan sebaiknya. Bagi mengatasi masalah, pengguna perlu menambah sapuan concealler untuk memudarkan warna parut agar kulit kelihatan flawless dan sihat.
Sumber: Pinterest
Bonus!
Maybelline Fit Me Matte Plus Poreless Foundation
Belum masuk ke pasaran Malaysia… Tetapi kata mereka, Maybelline Fit Me ini setanding bedak asas Born This Way dari jenama TooFaced!
Sumber: Pinterest
Daripada anda membazir membeli bedak asas yang mahal-mahal, ada baiknya bertukar kepada produk-produk yang lebih murah seperti yang dicadangakan penulis di atas tadi kerana kesannya tetap sama seperti foundation mahal ❤️
Selamat mencuba!
For further information log on website :
https://www.wanista.com/2017/130376/5-jenama-foundation-terbaik-beli-di-farmasi-je/

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...