Blog List

Wednesday, 17 May 2017

Iniki Runner adidas Originals Versi Baharu, Sneakers Paling Unggul Musim Ini


“White Is The New Black”, Timberland Perkenal Koleksi Pakaian White Washed
Koleksi Musim Bunga 2017 Timberland kali ini menerapkan dengan trend warna putih. 

Tekstur kanvas lasak, kemasan denim dibasuh dan jahitan yang santai menyampaikan sehelai pakaian “washed white” Timberland unik.
Foto – Arkib Wanista
imberland telah menggabungkan muted tones, rawatan cucian fabrik, dengan fabrik distressed ke dalam koleksi baju kemeja lelaki dan seluar kasual. Didapati dalam pelbagai kesesuaian dan gaya, tekstur kaya dan menarik baju dan seluar koleksi ini akan melengkapkan trend musim bunga ini dengan gaya klasik tanpa usaha.
Foto – Arkib Wanista
Terdapat dalam pelbagai bayangan, termasuk parka, jaket pendek, dungaree dan seluar pendek, Timberland turut menawarkan koleksi pakaian wanita yang light-washed melambangkan trend worn-in white, dengan fabrik ringan, chambray yang bernafas atau denim, supaya peminat wanita Timberland sentiasa bersedia untuk pengembaraan setiap hari. Padankanlah pakaian white-washed ini dengan slip-ons atau sandal kegemaran anda untuk mencipta rupa musim bunga sempurna.
Foto – Arkib Wanista
Foto – Arkib Wanista
Untuk informasi lanjut tentang Timberland, sila layari www.timberland.com.
For further information log on website :
https://www.wanista.com/2017/128279/iniki-runner-adidas-originals-versi-baharu-sneakers-paling-unggul-musim-ini/

5 Jenama Foundation Terbaik, Beli Di Farmasi Je!


5 Jenama Foundation Terbaik, Beli Di Farmasi Je!
Beberapa minggu sudah, penulis pernah mencadangkan beberapa jenama maskara terbaik yang mudah didapati pada harga berpatutan dari farmasi terdekat.
BACA: 5 Jenama Maskara Terbaik, Beli Di Farmasi Je!
Hari ini, apa kata Wanista senaraikan pula lima jenama bedak asas (foundation) terbaik yang pastinya lebih murah daripada jenama-jenama yang ada di Sephora.
Antara jenama bedak asas (foundation) yang mahal menjangkau hingga beratus ringgit sebotol. Sumber: Pinterest
Meskipun boleh dikategorikan sebagai produk mampu milik, jangan tak tahu bahawa ianya masih mampu memberi kesan solekan terbaik untuk menutup segala cela sekaligus memberi litupan sekata tanpa membuatkan kulit bercapuk dari masa ke masa sepanjang hari.
Ini dia lima jenama foundation terbaik menurut penulis!
#1 Revlon Colorstay Makeup Pump: RM66.80 [Beli]
Penulis mempunyai kulit kombinasi. Sering kering di bahagian pipi manakala berminyak di sekitar dahi, hidung dan dagu. Sebelum ini penulis hanya menggunakan bb cream sebagai lapisan bedak di wajah namun ternyata ia bukan jalan penyelesaian terbaik kerana mekap terlalu cepat luntur dan apabila berjemur, muka menjadi tersangat berminyak sehingga penulis sendiri geli melihatnya.
Sumber: Pinterest
Sejak dari itu, penulis beralih kepada bedak asas Revlon Colorstay ini. Ternyata, biarpun bermekap dari pagi hingga ke petang, tiada lagi dahi dan wajah yang berminyak. Pemerah pipi pun masih boleh dilihat warnanya pada pipi menandakan bedak asas ini adalah yang terbaik untuk menutup pori wajah agar tidak berpeluh secara keterlaluan. Formulasi Revlon Colorstay memang dirumus khas buat mereka yang memiliki masalah kulit kombinasi serta berminyak.
Solekan akan tahan berjam-jam lamanya bila guna foundation ini! Serius terbaik! 
#2 Catrice All Matt Plus Shine Control: RM27.88 [Beli]
Hanya boleh dibeli di cawangan Guardian… Percaya atau tidak, Catrice adalah jenama yang memiliki pelbagai pilihan kosmetik terbaik pada harga murah! Dari maskara hinggalah kepada rangkaian bedak asasnya, jenama dari German ini berhasil mencipta formula kosmetik terbaik yang memberi efek solekan profesional buat para penggunanya.
Seperti Catrice All Matt Plus ini, hasil sapuan cecair bedak asasnya adalah halus, melekap pada kulit tanpa sebarang kesan capuk biarpun si pengguna memiliki kulit kering mahupun perlu berjemur di tengah panas buat beberapa ketika. Ia juga dapat memudarkan warna parut!
Sumber: houseofbeauty.co.uk
Kesan sapuan dari bedak asas ini adalah bersifat matte (tanpa kilat) namun, ianya masih memiliki ciri-ciri satin di mana sapuannya kelihatan sedikit lembab seterusnya memperlihatkan wajah yang cukup berseri dan seimbang dari segi kompleksi. ***Wajah kelihatan tak terlalu kering dan tidak juga terlalu lembab
Tonton Review Penggunaan Catrice All Matt Plus Shine Control Make Up Foundation
#3 L’Oreal Matte Magique Liquid Foundation: RM27.25 [Beli]
Ramai Beauty Guru telah mencanangkan bahawa ini adalah antara bedak asas terbaik yang boleh didapati di farmasi. Bisa bertahan melebihi 10 jam lamanya malah sapuan pada kulit juga nampak natural bersahaja.
Sumber: Calyxta
Bagi mereka yang tidak suka bermekap tebal, usah risau kerana tekstur bedak asas ini langsung tidak pekat atau melekit bahkan ringan kala disapu meliputi wajah. Sesuai buat mereka yang berkulit normal hinggalah ke kondisi kulit kombinasi berminyak.
#4 L’Oreal Infallible Liquid Foundation: RM69.95 [Beli]
Ini adalah formulasi baharu dari jenama L’Oreal. Ramai yang kata dengan hanya satu lapisan sapuan bedak asas L’Oreal Infallible Foundation ini, ia sudah bisa menutup cela dengan baik. Amat disyorkan buat individu yang mempunyai pigmentasi serta kemerah-merahan pada sesetengah bahagian muka.
Bagi mereka yang berjerawat, anda mungkin perlukan lebih daripada satu lapisan sapuan.
Sumber: Youtube
Sayangnya, ia tidak begitu sesuai buat mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. ***Berminyak tapi tak buat solekan jadi bercapuk atau cair.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna dinasihatkan guna bloating paper untuk menyerap segala lembapan dan minyak pada wajah dari masa ke masa.
Tonton Review Penggunaan L’Oreal Infallable Foundation
#5 Bourjois Healthy Mix Foundation: RM53.91 [Beli]
Salah satu foundation kegemaran ramai! Dahulu ramai yang perlu mendapatkannya dari luar negara kerana jenama ini belum masuk ke Malaysia. Kini pengguna dengan mudah boleh mendapatkan rangkaian produk kosmetik Bourjois dari mana-mana cawangan Watsons.
Sumber: Amazon.com
Teksturnya tidak berat dan mudah diserap, ternyata ia amat sesuai untuk semua jenis kulit.
Buat yang berkulit kering, foundation ini adalah bonus untuk anda kerana ia turut melembapkan kulit.
Biarpun begitu, litupan cecair bedak asas ini tidak dapat menutup cela atau parut dengan sebaiknya. Bagi mengatasi masalah, pengguna perlu menambah sapuan concealler untuk memudarkan warna parut agar kulit kelihatan flawless dan sihat.
Sumber: Pinterest
Bonus!
Maybelline Fit Me Matte Plus Poreless Foundation
Belum masuk ke pasaran Malaysia… Tetapi kata mereka, Maybelline Fit Me ini setanding bedak asas Born This Way dari jenama TooFaced!
Sumber: Pinterest
Daripada anda membazir membeli bedak asas yang mahal-mahal, ada baiknya bertukar kepada produk-produk yang lebih murah seperti yang dicadangakan penulis di atas tadi kerana kesannya tetap sama seperti foundation mahal ❤️
Selamat mencuba!
For further information log on website :
https://www.wanista.com/2017/130376/5-jenama-foundation-terbaik-beli-di-farmasi-je/

Wajib Guna! Ini Produk Terbaik Untuk Mengecutkan Jerawat



Wajib Guna! Ini Produk Terbaik Untuk Mengecutkan Jerawat
Rawatan untuk masalah kulit berjerawat bukanlah mudah dan mengambil masa yang agak lama untuk kulit kembali pulih. Pengalaman penulis sendiri menghadapi breakout memang mengerikan, baru sahaja jerawat di pipi kering, tumbuh pula dibahagian dahi dan dagu. Iya, kebersihan pada kulit memang penting untuk memastikan tiada lagi bakteria untuk membiak dan mengakibatkan jerawat. 

Pada pendapat penulis pula, paling utama dalam merawat masalah jerawat ini pastikan keadaan jerawat anda dalam keadaan kering tapi bukan seluruh wajah kering ya! Jadi penulis cadangkan beberapa produk yang sesuai yang boleh mengecutkan/mengeringkan sekaligus tidak mengeringkan kulit. Ia boleh dipakai sebelum dan selepas krim pelembab. 

#1 Clinique Anti-Blemish Solutions Clearing Gel 
Gel tanpa warna ini khas untuk mencegah bakteria pada permukaan kulit yang berjerawat. Anda mungkin akan merasa sedikit pedih pada setiap sapuan tapi percayalah, ia pedih yang memuaskan. Anda boleh menggunakan selepas memakai krim pelembab dan sebelum memakai solekan. Nasihat penulis, pastikan ia benar-benar kering sebelum anda memakai bedak asas. Jika tidak ia akan meninggal kesan mengelupas dan bedak asas akan bercapuk. 
Ia memang benar berkesan mengecutkan dan mengeringkan jerawat lama atau baharu!
#2 The Body Shop Tea Tree Night Lotion 
Best seller The Body Shop dalam rangkaian produk Tea Tree! Ia losyen muka untuk dipakai pada sebelah malam atau sebelum tidur. Sesuai untuk masalah kulit berjerawat atau ingin memudarkan parut jerawat yang tertinggal. Bau tea tree amat kuat dan setiap kali sapuan yang terkena kulit yang berjerawat sedikit pedih. Boleh dipakai bersama krim pelembab untuk kulit tidak terlalu kering. Sifat tea tree sendiri ialah menghalang sebarang bakteria, merawat dan melindungi kulit yang bermasalah.
#3 The Face Shop Clean Face Mild Toner
Toner atau penyegar antara satu dari 3 rutin wajib dalam rutin membersih wajah. Toner dari rangakian produk Clean Face The Face Shop antara pilihan penulis. Ia membasmi kuman, membuang sel kulit mati dan sekaligus mengecutkan jerawat. Juga dari ekstra dari tea tree ia diyakini keberkesanan dalam merawat kulit yang bermasalah. Bagi anda kulit berminyak, toner ini antara penulis cadangkan kerana ia mengimbang semula pH kulit.
#4 This Works Stress Check Face Mask
Masker muka mudah pakai ini khas untuk anda yang menghidap ‘jerawat tiba-tiba keluar’. Ianya diperbuat dari campuran minyak Bio-Boost botanical, ekstra pudina, minyak kunyit yang tinggi anti-oksida dan ekstra giant hyssop dan rose root yang melindungi kulit secara dalam dan luar. Masker ringan dari This Works membuat kulit lebih lembut, mengeringkan jerawat dan sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah yang kulit sensitif. Penulis amalkan penggunaan seminggu sekali. 
Kesemua produk diatas penulis telah cuba dan masih menggunakannya sebagai bertindak merawat masalah jerawat berkala. Boleh dikatakann empat produk ini menjadi kesukaan dan pilihan penulis secara peribadi. Kalau ada yang dah anda cuba, kongsikan kepada penulis ya! 

For further information log on website :
https://www.wanista.com/2017/129304/5-produk-penghalang-jerawat-pilihan-wanista/

Kulit Badan Cerah & Anjal Sempurna — Keajaiban Produk Terbaharu NIVEA


Kulit Badan Cerah & Anjal Sempurna — Keajaiban Produk Terbaharu NIVEA
Kulit yang cantik sering dikaitkan dengan kulit yang bermaya. Namun, majoriti wanita Asia mahukan lebih daripada itu. Mereka sentiasa mencari inovasi terbaru dalam menzahirkan kulit cerah sempurna kerana ia adalah faktor utama dalam menentukan erti kecantikan bagi wanita di Asia.
Keinginan untuk memiliki kulit yang cantik tidak berakhir disitu sahaja. Wanita mahukan kulit yang anjal dan tegang supaya mereka kelihatan muda. Namun ia adalah sukar untuk memiliki kulit yang cantik, cerah dan anjal kerana tiada produk penjagaan kulit badan di pasaran yang memberikan manfaat dua dalam satu mencerah dan menganjal secara serentak. Oleh itu, ramai wanita bergantung kepada fesyen untuk mengaburi rasa tidak yakin terhadap bahagian tubuh badan yang bermasalah.
Memahami situasi ini, NIVEA sebagai peneraju jenama produk penjagaan kulit antarabangsa berdedikasi dalam memenuhi kehendak khsusus setiap wanita untuk memiliki kulit yang cantik. NIVEA telah mengambil pendekatan baru dalam kategori produk penjagaan kulit badan dengan inovasi produk yang menggabungkan formulasi 95% keaslian Vitamin C dan Q10. Ini merupakan produk pertama di Malaysia yang menawarkan dwi fungsi; manfaat mencerah dan menganjalkan kulit badan dalam satu aplikasi.
NIVEA whitening & Firming Range
Rangkaian produk terbaharu mencerah dan menganjal NIVEA ini bukan sahaja menawarkan manfaat pencerahan kulit, malah ia juga turut menganjalkan kulit. Dengan pelancaran produk ini, NIVEA merupakan jenama penjagaan kulit pertama yang melancarkan produk penjagaan kulit badan yang menggabungkan Vitamin C & Q10 untuk manfaat kecantikan kulit yang lebih cerah dan anjal.
Rangkaian produk ini menggunakan Vitamin C dengan 95% keaslian untuk merawat kulit kusam dan tidak sekata akibat pendedahan kepada sinaran matahari. Manakala Q10 pula adalah coenzyme yang terdapat di dalam sel manusia yang membekalkan tenaga kepada sel kulit manusia. Walaubagaimanapun, kadar coenzyme menurun apabila usia semakin meningkat. Justeru itu, NIVEA Q10 terkenal dengan manfaat anti kedutan, anti oksidan dan merangsang tenaga sel kulit menjadikan kulit lebih tegang dan anjal. Gabungan kedua-dua bahan utama ini dalam formulasi produk terbaru NIVEA ini, menjadikan kulit lebih anjal dan tegang dengan aplikasi yang berterusan.
Selain itu, NIVEA turut melancarkan kempen “Flaunt it. Fair and Firm”, bersempena dengan kehadiran inovasi produk mencerah dan menganjal yang pertama daripada NIVEA. Objektif kempen ini adalah untuk membantu memberikan kesedaran bahawa kulit yang cerah dan anjal adalah definisi gaya fesyen yang sebenar. Kini mereka tidak perlu menutup kekurangan diri dengan berselindung disebalik gaya pakaian, sebaliknya tampil yakin dengan kulit cerah dan anjal mereka.
Buat pertama kalinya, NIVEA bekerjasama dengan Yasmin Hani, seorang personaliti TV terkenal bersama Emely Poon, personaliti radio yang sedang membina nama untuk kempen ini. Kedua-dua bintang ini amat dikenali oleh wanita Malaysia. Yasmin dan Emely percaya bahawa apabila anda memiliki kulit cerah dan anjal, anda pasti kelihatan menawan dalam apa sahaja gaya pakaian. Kerana kulit anda adalah definisi gaya fesyen yang sebenar.
NIVEA_White & Firm_7
Kemeriahan kempen “Flaunt it. Fair and Firm” ini akan berlangsung sehingga bulan April 2015, dimana NIVEA secara eksklusif akan membawa Adam Saaks dari Amerika Syarikat ke Malaysia untuk sebuah pertunjukan fesyen istimewa di mana beliau akan mempersembahkan demonstrasi bakat beliau mencipta gaya fesyen pakaian dengan sebilah gunting. Seiring dengan trend gaya fesyen “cut-out” yang menjadi ikutan fashionista seluruh dunia, mesej yang ingin disampaikan melalui pertunjukkan fesyen ini adalah,  seandainya anda memiliki kulit yang cerah dan anjal anda mampu menyerlahkan kelebihan kulit anda dengan apa sahaja gaya fesyen.
Adam Saaks terkenal untuk persembahan memotong pakaian secara langsung beliau. Beliau telah menempa nama dipersada fesyen antarabangsa sebagai salah seorang invidu dengan bakat seni yang amat unik di dunia ini.  Digelari sebagai  ‘‘The Master Shredder“ dan ‘‘Adam Scissor Hands“, beliau telah bekerjasama  dengan bintang-bintang ternama Hollywood dan sentiasa memperkenal trend gaya terkini dengan potongan yang terperinci dan tepat serta teknik mencarik pakaian yang dimiliki beliau.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen tersebut, anda boleh melayari Facebook NIVEA di https://www.facebook.com/mynivea atau perjalanan kempen “Flaunt it. Fair & Firm” yang menampilkan Adam Saaks, Yasmin Hani dan Emely Poon di Youtube NIVEA di https://www.youtube.com/user/MalaysiaNIVEA.
Rangkaian produk mencerah dan menganjal NIVEA boleh di dapati di semua farmasi, pasaraya hyper, pasaraya utama, pasaraya mini dan kedai serbaneka yang terpilih di seluruh Malaysia.
Rangkaian NIVEA WHITENING & FIRMING terdapat dalam 3 Kategori:
Losyen NIVEA Whitening & Firming (Harga bermula dari RM10.50)
  • Losyen Badan NIVEA Instant White Firming SP15
  • Losyen Badan NIVEA Extra White Firming
Serum NIVEA Whitening & Firming (Harga bermula dari RM 9.50)
  • Serum Badan NIVEA Anti-Age White Firming dengan SPF 33
  • Serum Badan NIVEA Extra White Firming dengan SPF 33
  • Serum Badan NIVEA Instant White Firming dengan Serum SPF 33
  • Serum badan NIVEA Night White Firming
Krim NIVEA Whitening & Firming Cream (Harga bermula dari RM 12.90)
  • Krim Badan NIVEA White & Repair UV
Product Newsletter150311 FAOP-01Product Newsletter150311 FAOP-02

For further information log on website :
https://www.wanista.com/2015/60491/nivea-whitening-firming/

Saduran Kemewahan Magnum X Farah Khan

Author
By 

MAGNUM jenama yang terkenal dengan ais krim coklat premiumnya dan menjadi perlambangan terhadap gaya hidup mewah baru-baru ini melancarkan kempen Celebrate Chocolate Pleasure. Pelancaran kempen tersebut adalah bertujuan mengukuhkan kedudukan Magnum sebagai pakar coklat yang menggunakan coklat Belgium berkualiti terbaik dan paling enak di dalam ais krimnya.
6-magnum FK
“Sempena meraikan nikmat coklat pada malam ini, Magnum turut mencatatkan satu lagi kejayaan menerusi pengenalan rekaan pembungkusan baharu untuk perisa-perisa signaturnya iaitu Classic, Almond, Chocolate Brownies dan Gold.
“Pelancaran semula Magnum sempena meraikan nikmat coklat ini juga dilaksanakan dengan penuh bergaya. Apakah yang terjadi apabila coklat disatukan dengan fesyen? Maka terciptalah kolaborasi fesyen mengujakan di antara Magnum dan Farah Khan, label antarabangsa yang menampilkan versatiliti dalam setiap rekaannya yang mewah, menyerlah dan glamor.
4-magnum FK
“Kolaborasi unik ini menampilkan rekaan dres dengan perincian yang dijahit menggunakan tangan yang diinspirasikan daripada lima perisa ais krim Magnum,” ujar Pengarah Pemasaran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd., Herry Budiazhari.
“Idea bagi menggabungkan coklat dan seni yang bertujuan untuk diinterpretasikan ke dalam bentuk pakaian sememangnya satu kerjasama mengagumkan. Saya amat berbesar hati kerana diberi kesempatan untuk terlibat dalam kolaborasi ini,” jelas Datuk Farah Khan.
Digelar ikon fesyen dan dikenali sebagai individu yang bijak menghasilkan rekaan penuh inspirasi, Farah Khan turut menonjolkan kehebatannya menerusi Koleksi Pleasure Seekers. Koleksi kapsul istimewa itu diinspirasikan oleh lima perisa ikonik dan unik ais krim Magnum iaitu Magnum Gold, Magnum Classic, Magnum Almond, Magnum Chocolate Brownie dan Magnum Chocolate & Strawberry.
Koleksi yang direka khusus itu memperlihatkan nilai kemewahan ais krim Magnum bersama visi rekaan Farah Khan yang tersendiri. Helaian glamor eksklusif itu dijelmakan oleh jenama antarabangsa itu menerusi hasil kerja signaturnya yang menggunakan jahitan tangan ke atas setiap manik dan perincian bagi memastikan setiap rekaannya dipersembahkan dengan cantik, setara dengan kehalusan kerjanya.
2-magnum FK
Pelancaran koleksi tersebut dimulakan dengan menampilkan rekaan bernama Precious Gold yang diinspirasikan daripada Magnum Gold. Dres ini direka menggunakan manik emas antik bersulam tangan dalam lingkaran cahaya dan bayangan gelap. Kehalusan perincian rekaan ini mewakili sempurna karakter Magnum Gold yang enak dan tinggi nilai kemewahannya.
Helaian seterusnya iaitu Luscious Chocolate & Strawberry diinspirasikan oleh Magnum Chocolate & Strawberry. Ia menampiklan lingkaran hiasan bersulam tangan dalam rona coklat keemasan yang menyempurnakan pesona glamornya. Kilauan mewahnya pula melambangkan kenikmatan Magnum.
Kemewahan rasa dalam Magnum Chocolate Brownie pula memberikan inspirasi kepada pasukan kreatif Farah Khan bagi menghasilkan gaya ketiga, Luxurious Chocolate Brownie yang direka halus dan dihiasi indah manik dan perincian berona coklat mewah pusam dan berkilau.
3-magnum FK
Pertunjukan fesyen diteruskan dengan kemunculan Heavenly Almond, rekaan yang diinspirasikan daripada simfoni tekstur Magnum Almond. Disulam tangan penuh teliti oleh barisan artisan sekitar Asia Tenggara, gabungan manik berona coklat pusam dan berkilau serta perincian gangsa berkabut menjadikan helaian ini begitu mempesona.
Untuk gaya kelima, Farah Khan memukau hadirin menerusi Irresistibly Classic. Diinpirasikan daripada kegemaran sepanjang zaman, Magnum Classic, helaian ini menampilkan bayangan kemewahan rona gangsa bagi menggambarkan salutan coklat Belgium yang licin dan lembut yang menjadi kegemaran ikonik.
Selain daripada rekaan signatur sulaman tangan itu, koleksi Pleasure Seekers itu turut menampilkan lima sweatshirt Magnum inspirasi Farah Khan. Ia berhasil memberikan suntikan memukau kepada sweater klasik jenamanya bersama perincian abjad-abjad pada setiap sweatshirt tersebut.
5-magnum FK
Acara itu turut menyaksikan pengenalan pembungkusan baharu ais krim Magnum. Rekaan pembungkusan terkini itu melambangkan imej jenama Magnum sebagai perintis dalam kepakaran coklat dan ais krim menerusi pengenalan inovasi produk ais krim yang segar dan mengujakan.
Rekaan kontemporari itu memperlihatkan logo ‘M’ yang menonjol dan tersendiri berserta rekahan coklat Belgium yang popular.
Selain itu, acara tersebut turut menandakan permulaan bagi kempen Magnum Celebrates Chocolate Pleasure yang akan diteruskan menerusi penganjuran pelbagai aktiviti di pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama, Damansara, Selangor bermula 20 hingga 24 Mei 2015 berserta peraduan digital hunt menggunakan Google street view bagi menemukan helaian eksklusif rekaan Farah Khan.
8-magnum FK
Para pemenang digital hunt akan membawa pulang dres atau sweatshirt yang diinpirasikan daripada ais krim Magnum rekaan eksklusif Farah Khan. Para pengguna bolehlah melayari www.magnumpleasurehunt.com.my untuk menyertai peraduan ini dan memenangi helaian eksklusif tersebut.
Tiga daripada lima dres sulaman tangan itu akan dipamerkan di Magnum Kuala Lumpur manakala dua helaian lagi akan dipamerkan di Magnum Putrajaya sehingga Jun 2015.
For further information log on website :
http://www.pepatung.com.my/fesyen/saduran-kemewahan-magnum-x-farah-khan.htm

22 Rekaan kreatif UT Star Wars Uniqlo

Author
By 

SEMENTARA menantikan Star Wars VII: The Force Awakens mendominasi pawagam di seluruh dunia mejelang Disember depan, para peminat fanatik francais opera angkasa epik itu bolehlah meningkatkan keterujaan mereka dengan menyarungkan baju-T bertema Star Wars daripada koleksi UT Uniqlo.
1-ut star warsREKAAN pemenang hadiah utama, Takuya Saito dari Jepun yang memaparkan imej Obi-Wan Kenobi di bahagian depan baju-T.
2-ut star warsREKAAN pemenang hadiah utama, Takuya Saito dari Jepun yang memaparkan imej Han Solo dan Chewbacca di bahagian belakang baju-T.
Koleksi istimewa itu bakal membariskan 22 rekaan UT yang merupakan cetusan kreatif para peserta yang menyertai pertandingan UT Grand Prix (UTGP) Star Wars 2015.
Sejak dianjurkan pada 2005, Uniqlo telah menjadikan UTGP sebagai pertandingan tahunan. Tahun ini, ia mencipta rekod baharu dengan penyertaan sebanyak 5,218 peserta bersempena tema Star Wars.
REKAAN pemenang tempat kedua, Ryosuke Sato dari Jepun ini adalah untuk baju-T kanak-kanak.
Tiga pemenang utama dipilih dengan tambahan 12 peserta untuk hadiah saguhati. Daripada keseluruhan 22 rekaan terpilih, empat daripadanya menerima sentuhan istimewa daripada barisan juri.
Baju-T bertema Star Wars boleh didapati di semua butik Uniqlo di 16 buah negara termasuk Malaysia serta butik dalam talian Uniqlo bermula 5 Jun depan. Ia dijual pada harga RM59.90 untuk baju-T lelaki dan RM39.90 bagi kanak-kanak (kedua-dua harga telah termasuk GST).
Baju-T kanak-kanak hanya terdapat di butik Uniqlo yang mempunyai bahagian kanak-kanak. Untuk keterangan lanjut, layari http://www.uniqlo.com/utgp/2015/en.

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...