Pembinaan bangunan-bangunan tinggi serta tempat-tempat kediaman di
negara ini semakin memberi tumpuan terhadap
kecantikan reka bentuk
dalaman selain reka bentuk luaran. Reka bentuk dalaman yang kemas,
cantik dan menanik tentunya menyerikan suasana serta menambahkan
keceriaan sesebuah bangunan.
Pembinaan bangunan-bangunan tinggi serta tempat-tempat kediaman di
negara ini semakin memberi tumpuan terhadap kecantikan reka bentuk
dalaman selain reka bentuk luaran. Reka bentuk dalaman yang kemas, cantik dan menanik tentunya menyerikan suasana serta menambahkan
keceriaan sesebuah bangunan.
Biasanya sebagai ahli reka bentuk dalaman, anda terlibat dalam menyusun atur ruangan dalam sesebuah rumah, pejabat, hotel, restoran, pusat
membeli-belah, sekolah dan rumah kediaman.
Selain itu, setiap reka
bentuk yang dihasilkan perlu mengikut kos yang ditetapkan. Tuan punya tempat kediaman, pejabat dan hotel yang tidak mempunyai
kepakaran tetapi inginkan suasana dalaman yang menarik dan kemas akan menggunakan khidmat profesional pereka bentuk dalaman. Mereka terpaksa membelanjakan wang
yang banyak semata-mata untuk mendapatkan hasil reka bentuk dalaman
bangunan yang diperlukan.
Ini menunjukkan bidang ini penting dan merupakan antara kerjaya yang
berpotensi besar dan mempunyai prospek yang cukup baik. Bidang reka
bentuk dalaman adalah satu bidang yang menarik untuk pelajar ikuti.
Sijil Teknologi Perabot ILPKB
Pelatih akan mempelajari cara membuat tanggam dan memasang kerja
kayu, membuat perabot seperti meja, kerusi, almari dan rak, perabot
mewah bercirikan kesenian seperti bentuk lengkung luaran dan berpintal.
Lulusan kursus ini akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 &
2.
KELAYAKAN MASUK
Tamat Tingkatan Tiga
Tempoh latihan : 1 tahun
KANDUNGAN LATIHAN :
Tahap Satu
Apply safety practices, develop leadership skills,
identify, select and estimate material, apply construction techniques,
operate and maintain equipment, prepare assembling and packing, perform
finishing, perform quality assurance and control, perform other
related skills.
Tahap Dua
Apply safety practices, develop leadership skills,
identify, select and estimate material, apply construction techniques,
operate and maintain equipment, prepare assembling and packing, perform
finishing, perform quality assurance and control, perform other
related skills.
KERJAYA
Pembuat perabot boleh mendapatkan
pekerjaan di firma-firma membuat perabot rumah, pejabat, sekolah atau
dengan syarikat yang mengeluarkan perabot mewah. Mereka yang mempunyai
modal boleh mengusahakan perniagaan sendiri. Selain itu, boleh
menyambung latihan ke tahap 3 atau mengambil diploma di Institusi
Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).