Penjagaan wajah yang rapi memang memerlukan masa yang banyak. LECEH.
Agak sukar sebenarnya untuk membahagikan masa sehinggakan ada yang terus melupakannya meskipun wajah harus dibelai dan diberi perhatian yang secukupnya.
Kulit adalah organ terbesar yang membalut tubuh manusia bahkan merupakan yang paling sensitif. Jika tersilap langkah, ianya akan rosak bagaikan merajuk kerana tidak dipelihara dengan teliti oleh tuannya.
Untuk itu, adalah penting untuk seseorang mencari produk yang bersesuaian dengan kulit. Tidak boleh sembarangan, produk yang berasaskan bahan organik adalah lebih baik kerana ramuannya semula jadi dan lebih lembut untuk berinteraksi dengan tekstur kulit yang agak lembut.
BLITHE, rangkaian penjagaan wajah dari Korea yang semakin dikenali kerana menampilkan produk mesra pengguna bahkan berkesan untuk hasilkan kecantikan asli yang abadi seperti diidamkan ramai perempuan.
Antara yang sedang viral diperkatakan ramai blogger kecantikan serta pakar-pakar kulit adalah Blithe Patting Spalsh Mask serta Blithe Pressed Serum. Kedua-duanya sesuai digandingkan bersama sebagai rejim kecantikan harian agar hasil kulit bersih, segar dan mulus boleh dikecapi dalam sekelip mata.
BLITHE Patting Splash Mask: RM159 [BELI]
Mask lazimnya hadir dalam bentuk pes yang harus disapu rata keseluruh wajah mahupun kepingan topeng lembab yang kemudiannya dihamparkan atas wajah untuk proses penyerapan nutrien. Tetapi, lain pula dengan Blithe Patting Splash Mask ini.
Antara tujuan penggunaan mask adalah untuk membuka liang roma agar memudahkan penyerapan nutrien selain menarik keluar semua kotoran tersumbat dalam tekstur kulit. Anda harus tahu bahawa masalah kulit seperti penuaan lazimnya berpunca dari pencemaran keliling di mana habuk dan cahaya matahari akan menggalak kekeringan, kehilangan kolagen serta kemunculan jerawat, kedutan dan tompok hitam pingmentasi.
Solusi mudah yang boleh diamalkan adalah dengan memanfaatkan Blithe Patting Splash Masksemasa mandi!
Tiga Cara Penggunaan:-
Penyegar Wajah Ketika Mandi
- Tuang separuh penutup botol cecair Blithe Patting Splash Mask di atas tangan.
- Tepuk-tepuk produk tersebut dan ratakan ke seluruh wajah.
- Seperti orang Korea, tepuk lembut pipi dan sekitar bahagian wajah untuk penyerapan optimum. (Gerakan menepuk atau menampar lembut wajah sebenarnya akan mengejutkan otot untuk kembali aktif hasilkan kolagen serta menjadikan teksturnya lebih berseri dan nampak segar).
- Teruskan menepuk dengan air dari pancuran sehingga produk terasa sudah menyerap sepenuhnya dalam wajah.
- Gunakan 1 hingga 2 kali seminggu untuk kulit yang cerah tidak kusam.
Vitamin Mandian
Blithe Patting Splash Mask bukan untuk kegunaan wajah semata, selebriti Korea ramai mencampurkan cecair Splash Mask di dalam air takungan tab mandi. Kata mereka cara ini berkesan untuk melembutkan kulit gerutu di bahagian kepala lutut dan siku serta beberapa bahagian kulit tubuh yang kasar.
- Tuang satu penutup penuh Blithe Patting Splash Mask dalam tab mandi.
- Kocak air agar air mandian dan cecair Blithe Patting Splash Mask bergabung penuh untuk pulihkan kulit.
- Berendamlah sambil menggosok-gosok bahagian tubuh yang kasar.
Mini Mask
Tak semestinya menggunakan mask kepingan kerana anda juga boleh manfaatkan cara mini mask seperti selebriti Korea!
- Tuang satu penutup penuh Blithe Patting Splash Mask yang kemudiannya digunakan untuk melembab lima kepingan kapas (cotton pad).
- Letak satu di bahagian dahi, kedua belah pipi, dagu dan hidung.
- Biarkan kulit menyerap selama seminit sebelum menyapu sisa Blithe Patting Splash Mask pada kapas ke sleuruh wajah.
- Tepuk, tepuk dan tepuk untuk penyerapan berganda!
Percaya atau tidak, kehebatan cecair bervitamin gabungan laktik asid serta estrak sitrus & madu ini sebenarnya mampu menandinngi keberkesanan penggunaan toner dan skrub tahu? Dengan adanya Blithe Patting Splash Mask, tak perlu lagi gunakan mask yang merimaskan.
“Sambil mandi, sambil guna mask cecair Blithe… Tak sampai 15 minit, kulit jadi segar dan cantik serta-merta. Barulah Kbeauty namanya”.
BLITHE Pressed Serum: RM175 [BELI]
Bila dah guna mask, jangan lupa serum! Blith Pressed Serum akan bantu mempercepat proses pemulihan serta penyerapan khasiat yang disalurkan Blithe Patting Splash Mask tadi.
Cara Penggunaan:-
- Sebaik selesai mandi, calit sedikit serum dari balang Blithe Patting Splash Mask sebesar kacang pis sebelum disapu rata ke seluruh wajah.
Kini kulit bersih, segar dan berseri adalah hak milik kekal anda! Dengan BLITHE, penjagaan kulit jadi lebih mudah dan menjimatkan masa.
Tonton Tutorial Penggunaan Blithe Patting Splash Mask & Pressed Serum
Untuk keterangan lanjut, layari [www.sephora.my/Blithe]. BLITHE adalah jenama produk kecantikan Korea baharu yang dipasarkan menerusi butik kecantikan Sephora di seluruh Malaysia bersempena musim bunga 2017! #SephoraSpring2017