Sektor perhutanan merupakan komponen penting ekonomi
Malaysia. Pada 2005, ia menyumbang hasil sebanyak RM21.5 bilion
berbanding RM19.8 bilion pada 2004.
Memandangkan kira-kira 60 peratus muka bumi negara ini masih diliputi
dengan hutan asli dan kira-kira 10.6 juta hektar daripadanya ditetapkan
sebagai hutan pengeluaran.
Sektor perhutanan dijangka terus memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara.
Menurut Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), di
Semenanjung Malaysia sahaja terdapat sekitar 8,000 spesies pokok
berbunga.
Daripada jumlah tersebut, 2,650 spesies merupakan spesies pokok
dengan 890 mencapai saiz yang boleh diusahasilan melebihi 45 sm dhb
(garis pusat pada paras dada).
Daripada 890 spesies itu, hanya kirakira 50 kumpulan kayukayan yang
dikenali ramai dan diniagakan secara individu, sementara yang lainnya
cuma diniagakan sebagai kayu keras campuran atau "chapchar".
Kayu-kayan kurang dikenali
Pengusahasilan perhutanan masih dijalankan di hutan dara yang kaya dengan spesies dipterokap yang bersaiz besar.Bagaimanapun, adalah dijangkakan seawal 2010, sebahagian besar hutan
pengeluaran di Semenanjung Malaysia akan habis dieksploitasi sepenuhnya.
"Pada hakikatnya, sebahagian besar negeri telah berpaling kepada
hutanhutan yang tumbuh untuk pusingan kedua atau hutan penggiliran kedua
(SRF) untuk dibalak semula. Negeri-negeri lain mungkin terpaksa
melakukan perkara yang sama tidak lama lagi," kata Lim Seng Choon, Ketua
Cawangan Prestasi Kayu, Program Pemprosesan dan Teknologi Kayu di bawah
Bahagian Produk Perhutanan FRIM dalam wawancara dengan Bernama barubaru
ini.
Hutan penggiliran kedua ini berkemungkinan mengandungi apa yang
disebut sebagai Kayu Kayan Kurang Dikenali atau 'Lesser Known Timber'
(LKT).
Menurut Lim, nama-nama seperti merangsi, mempening, kasah, medang,
kellat, kedondong, mahang, kelempayan, mempisang, mempening dan surian
mungkin tidak dikenali kebanyakan orang tetapi pada tahuntahun akan
datang, permintaan untuk kayu-kayan oleh industri perkayuan negara akan
meningkat.
"Industri perkayuan tempatan telah pun menggunakan KayuKayan Kurang
Dikenali ini tetapi mereka tidak biasa dengan namanama tersebut jadi
mereka panggil sahaja kayukayan itu sebagai chapchar," jelas Lim.
Menurut beliau, memandangkan perniagaan kayukayan didominasi kaum
Cina, "chapchar" yang merupakan istilah Hokkien digunakan secara meluas
dan telah diterima pakai oleh mereka yang terbabit dalam industri
berkenaan.
Tidak peduli
FRIM telah mula menggalakkan penggunaan LKT kira-kira 20 tahun lalu
tetapi seperti yang dinyatakan oleh Lim, tidak ramai yang mempedulikan
saranan tersebut secara serius. Ini, katanya memandangkan ketika itu
bekalan kayu-kayan masih banyak.
"Kami sudah sekian lama memberitahu orang tentang LKT ini tetapi
malangnya tak ramai yang nak mendengar kerana masa itu kita mempunyai
banyak meranti, merbau, balau, keruing dan lain-lain lagi.
"Mereka hanya mula mengambil serius tentang perkara ini mungkin sejak
lima tahun yang lalu. Tahun lepas kita boleh melihat banyak
perkembangan khususnya di kalangan industri kayu-kayan kerana mereka
semakin risau," jelas Lim lagi.
Beliau memberitahu Bernama bekalan kayukayan tempatan semakin
berkurangan dan ia boleh dilihat daripada arah aliran semasa di mana
lebih banyak kayu-kayan tropika dibawa masuk dari Sabah dan Sarawak
selain negara-negara jiran seperti Laos dan Cambodia.
"Kita juga ada syarikat-syarikat Malaysia yang menjalankan kerjakerja
pembalakan di Papua New Guinea, Guyana dan Cameroon bagi mendapatkan
bekalan kayu-kayan," tambahnya.
Banyak potensi
Sejak bertahun-tahun lamanya, FRIM telah meningkatkan usaha untuk
mempelajari lebih lanjut mengenai potensi LKT serta mengumpul sebanyak
data teknikal yang mungkin untuk membantu dan mendidik industri
kayu-kayan tempatan.
"Usaha kami adalah untuk memaklumkan kepada orang bahawa ada kayu
bernama mempening dan kita mempunyai data teknikal bagi menyokong
kenyataan bahawa ciri-cirinya adalah setanding dengan sesetengah kayu
yang terkenal seperti keruing," jelas Lim.Menurut beliau, mempening mempunyai persamaan dengan kayu oak Eropah
dan mempunyai potensi yang bagus untuk tujuan hiasan termasuk pembuatan
perabot serta lantai.LKT lain yang dikatakan Lim sebagai bagus untuk tujuan hiasan ialah merangsi, kasah dan surian.
"Kasah sebagai contoh adalah kayu berwarna cerah dan orang Jepun amat
gemar dengan kayu seperti ini. Ada juga pengeksport Malaysia yang telah
mengeksport kayu ini ke Jepun. Kita semakin kekurangan kayu yang
dipanggil ramin (kayu berwarna putih) sehinggakan ia kini
diklasifikasikan sebagai spesies yang terancam," katanya.
Satu lagi LKT yang menunjukkan potensi yang baik ialah surian yang
popular di Australia di mana ia mempunyai persamaan dengan kayu cedar
negara tersebut.
Kayu-kayan berwarna cerah yang lain seperti ara dan cempaka mungkin
boleh digunakan untuk pengeluaran venir bagi pengeluaran serta kegunaan
papan lapis yang tidak memerlukan kekuatan yang banyak.
Cabaran besar
Di sebalik potensi LKT yang banyak, satu cabaran besar bagi
penggunaan kayu-kayan ini ialah hakikat spesies ini tumbuh bertaburan di
dalam hutan dan jumlah satu-satu spesies di satu-satu tempat pula
kecil.Bekalan kayu-kayan ini yang terhad mungkin juga menyebabkan pihak
industri yang terbabit masih khuatir untuk mengeksploit sepenuhnya
potensi LKT ini.
"Untuk mengutip spesies kayu-kayan ini, seseorang itu perlu
menghabiskan banyak masa," kata pegawai penyelidik kanan FRIM, Samsudin
Musa.
Mengenai kemungkinan menanam LKT secara besar-besaran, beliau berpendapat bahawa ia merupakan seperti soalan "ayam dan telur".
"Pihak industri akan menanam apa sahaja yang tinggi permintaannya dan
apa jua kayu-kayan yang boleh tumbuh dengan baik. Namun saya pasti jika
terdapat permintaan tinggi untuk satu-satu spesies seperti sentang,
semua akan mula menanam sentang. Tengok sahaja gaharu sebagai contoh,"
tambahnya.
Tiada pilihan
Kayu-kayan LKT, menurut Samsudin semakin menjadi dominan dan FRIM
merancang untuk menjalankan kajian lebih terperinci, antaranya untuk
melihat sama ada arah aliran tersebut boleh dikaitkan dengan semua hutan
yang sudah dibalak.Beliau menjelaskan terdapat pelbagai sebab mengapa sesebuah hutan itu didominasi oleh LKT.
Salah satu puncanya ialah bagaimana pembalakan dijalankan di hutan
tersebut serta jumlah kayu balak yang dikeluarkan. Satu perkara lagi
yang dipersoalkan ialah sama ada keseluruhan kawasan hutan ditebang
terdapat baki pokok komersil yang secukupnya ditinggalkan.
"Jadi apa yang ditebang sebelumnya menghasilkan keadaan dan kandungan
hutan yang ada pada hari ini. Sesetengah kawasan hutan berada dalam
keadaan yang baik kerana mereka mematuhi peraturan penebangan pokok yang
betul, sesetengahnya tidak.
"Pihak industri tidak mempunyai pilihan selain daripada menyesuaikan
operasi mereka mengikut perubahan ini sementara menunggu pokok yang
mempunyai nilai komersil tumbuh semula," kata Samsudin.
Menurut beliau, di kawasan pembalakan di mana pembukaan silara yang
keterlaluan dihasil, spesies LKT seperti mahang akan tumbuh secara
berleluasa.
Spesies tersebut adalah seumpama pokok musuh yang jika keadaan yang
dihasilkan selepas pembalakan adalah bersesuaian ia akan tumbuh dengan
pantas dan menguasai keseluruhan hutan serta menghalang spesies komersil
daripada tumbuh.
Langkah seterusnya
Memandangkan industri kayu-kayan negara kini maklum dengan kewujudan
LKT ini di mana setengahnya mempunyai potensi, isu-isu yang mungkin
perlu ditangani segera ialah usaha untuk menggalakkan penggunaannya di
samping mencari kegunaan yang lebih baik untuk kayu-kayu tersebut.
FRIM di satu pihak yang lain juga ingin tahu langkah seterusnya yang
perlu diambil selepas bertahun-tahun menjalankan penyelidikan ke atas
LKT."Kami ingin tahu sama ada pihak berkuasa mahu menguruskan hutan-hutan
ini dengan keadaannya sekarang atau mereka mahu hutanhutan tersebut
kembali kepada keadaan asalnya sebelum ini. Jika itu yang menjadi
pilihan, kita mungkin perlu menjalankan rawatan silvikultur yang lebih
intensif.
"Rawatan ini bermaksud menjalankan manipulasi terhadap dirian hutan
tinggal untuk mencapai objektif tertentu umpamanya campuran spesies yang
dikehendaki.
Adalah wajar kita menjamin supaya untuk pemotongan masa depan kita akan mempunyai lebih banyak kandungan spesies yang bernilai khasnya dari kumpulan dipterokap," jelas Samsudin.
Adalah wajar kita menjamin supaya untuk pemotongan masa depan kita akan mempunyai lebih banyak kandungan spesies yang bernilai khasnya dari kumpulan dipterokap," jelas Samsudin.
Jawapan kepada persoalan-persoalan ini mungkin terjawab melalui
seminar pengurusan hutan penggiliran kedua yang menurut Samsudin akan
dianjurkan oleh FRIM kemungkinannya pada Disember tahun ini.