Pernahkah anda terfikir bahawa kayu yang berada disekeliling anda adalah suatu warisan yang berharga?
Setiap batang kayu yang kita lihat mempunyai nilai yang tersendiri, hatta sebatang kayu buruk yang hanya terpacak ditepi jalan. Mengapa tidak? Setiap tenaga dan usaha yang dikeluarkan untuk sebatang kayu, ceritanya sangat panjang.
Daripada setiap pokok yang ditanam, memerlukan baja, sehingga ia menjadi pokok yang besar, dan juga setelah itu, manusia dengan menggunakan kebijaksanaannya, mengambil kayu itu kemudian dijadikan pelbagai bahan yang memberi manfaat (dan juga mudarat) kepada manusia. Semua itu tidak terjadi dengan percuma, disebalik kewujudan sesuatu serpih kayu itu ada ceritanya.
Setiap batang kayu yang kita lihat mempunyai nilai yang tersendiri, hatta sebatang kayu buruk yang hanya terpacak ditepi jalan. Mengapa tidak? Setiap tenaga dan usaha yang dikeluarkan untuk sebatang kayu, ceritanya sangat panjang.
Daripada setiap pokok yang ditanam, memerlukan baja, sehingga ia menjadi pokok yang besar, dan juga setelah itu, manusia dengan menggunakan kebijaksanaannya, mengambil kayu itu kemudian dijadikan pelbagai bahan yang memberi manfaat (dan juga mudarat) kepada manusia. Semua itu tidak terjadi dengan percuma, disebalik kewujudan sesuatu serpih kayu itu ada ceritanya.
" Sememangnya blog ini akan mengupas dengan lebih terperinci berkenaan dengan kayu-kayan. Jika anda berminat, teruskan membaca. Pastinya anda akan mendapat maklumat yang berharga untuk anda dan masa depan" .
Malaysian Timber Council (MTC) adalah badan yang banyak menguruskan perihal daripada hasil kayu negara . Di pasaran terdapat pelbagai perabot kayu untuk kegunaan dalam dan uar negara .
Malaysian Timber Council (MTC) membahagikan kayu tempayan kepada empat kumpulan, iaitu kayu keras padu ( heavy hardwood ), kayu keras pertengahan ( medium hardwood ), kayu keras ringan ( light hardwood ) dan kayu lembut ( softwood ).
Perbezaan ciri kayu keras dan lembut ditentukan berdasarkan konvesyen
biasa botani manakala pengkelasan tiga kumpulan kayu keras dibuat
berpandukan kepadatan bandingan kayu yang kandungan kelembapannya
mencapai tahap 15 peratus. Begitu pun, syarat ini tidak membabitkan kayu
keras pasu yang lebih mengutamakan cari tahan lama.
Kayu merbau misalnya, dikelaskan sebagai kayu keras padu kerana sifat
teras kayunya yang tahan lama biarpun kepadatan bandingannya hanya 800
kg/ meter padu.
Kayu kempas pula, sungguhpun mempunyai kepadatan bandingan paling
tinggi iaitu 890 kg/ meter padu, ia dianggap kayu keras pertengahan
kerana sifatnya yang tidak tahan lasak. Lembaga Perindustrian Kayu
Malaysia ( MTIB ) dalam majalah Malaysian Timbers – For Furniture
menyatakan daripada sejumlah 3000 spesies kayu-kayan tempatan, Cuma
sebilangan dijadikan perabot. Berikut adalah kayu pilihan utama industri
pembuatan perabot tempatan.
Industri Produk Berasaskan Kayu
Terdapat empat sektor utama :
Kayu gergaji; venir dan produk-produk panel yang termasuk papan lapis
dan produk-produk panel bancuhan lain seperti papan zarah/papan
cip/papan gentian; kumai dan tanggam dan pertukangan kayu pembina (BJC)
seperti pintu/tingkap dan panel-panel komponennya dan bahan lantai
kayu/parket; dan perabot dan komponen-komponen perabot. Industri ini
sebahagian besarnya dimiliki rakyat Malaysia dan dianggarkan 80 – 90
peratus daripada syarikat-syarikat ini adalah syarikat berskala kecil
dan sederhana (SME).
Kebanyakan kilang-kilang papan, venir dan papan lapis yang lebih
besar terletak di Sabah dan Sarawak. Kilang-kilang di Sabah dan Sarawak
menggunakan spesies kayu tropika bagi pengeluaran kayu gergaji, venir,
papan lapis dan produk-produk panel venir lain. Lebih 45 peratus
daripada kilang-kilang papan lapis dan 60 peratus kilang-kilang kumai
terletak di Sabah dan Sarawak.
Kilang-kilang pemprosesan hiliran bagi pengeluaran papan gentian, BJC
serta perabot dan komponen-komponen perabot kebanyakannya terletak di
Semenanjung Malaysia. Kilang-kilang ini sebahagian besarnya menggunakan
kayu getah yang disumber daripada lading-ladang lestari.
Pengilang-pengilang perabot Malaysia mengeluarkan perabot terdiri
daripada perabot pejabat, dapur, bilik tidur, bilik makan, bilik
peristiwa, bilik istirehat, perabot diupholsteri/sofa, perabot luar dan
taman. Perabot-perabot ini diperbuat bukan sahaja daripada kayu, tetapi
juga semua jenis bahan seperti rotan, logam, fabrik, plastik dan kaca,
marmar dan bahan-bahan komposit lain. Sebahagian besar
pengilang-pengilang perabot ini terletak di Johor, Selangor, Sarawak,
Perak dan Melaka.
Prestasi Mengikut Sektor
Kayu Bergergaji
Industri ini adalah sebuah industri yang tertubuh dengan 1,202
kilang-kilang papan beroperasi di Semenanjung Malaysia (667), Sabah
(175) dan Sarawak (180). Eksport kayu balak dan kayu gergaji pada 2010 berjumlah RM5.4 bilion dan eksport adalah terutamanya ke Thailand, Belanda, China, Jepun dan Singapura.
Produk-Produk Panel
Papan Lapis/Venir
Pada 2010, eksport papan lapis berjumlah RM5.2 bilion.
Jenis
papan lapis yang dikeluarkan termasuk papan lapis permukaan venir
biasa, papan lapis lipat tindih seperti kertas bercetak dan papan lapis
poliester, papan lapis untuk acuan konkrit dan papan lapis marin. Papan
lapis Malaysia telah mencapai piawaian antarabangsa seperti Piawaian
Pertanian Jepun (JAS), Piawaian British (BS) dan Piawaian Persatuan
Produk-Produk Kayu Keras (IHPA) bagi pasaran Amerika Syarikat dan
Piawaian Eropah Terharmoni (EN) bagi pasaran Eropah. Pada masa ini,
Malaysia adalah pengeksport papan lapis tropika terbesar dunia dengan
180 kilang beroperasi.
Papan Zarah
Memandangkan perlunya dimaksimumkan penggunaan sumber-sumber kayu, industri ini telah dipelbagaikan kepada pengeluaran produk-produk panel bancuhan nilai tambah tinggi seperti papan zarah dan papan gentian ketumpatan sederhana. Industri papan zarah telah berkembang dan kini terdapat 16 kilang yang beroperasi. Industri ini dalam beberapa tahun yang lalu telah berjaya mengeksport produk-produk mereka, khususnya untuk kegunaan industri perabot.
Memandangkan perlunya dimaksimumkan penggunaan sumber-sumber kayu, industri ini telah dipelbagaikan kepada pengeluaran produk-produk panel bancuhan nilai tambah tinggi seperti papan zarah dan papan gentian ketumpatan sederhana. Industri papan zarah telah berkembang dan kini terdapat 16 kilang yang beroperasi. Industri ini dalam beberapa tahun yang lalu telah berjaya mengeksport produk-produk mereka, khususnya untuk kegunaan industri perabot.
Papan Gentian Ketumpatan Sederhana (MDF)
Industri MDF pada masa ini mempunyai 14 kilang dengan kapasiti terpasang tahunan sebanyak 2.9 juta m3. Pada 2010, eksport MDF adalah sebanyak RM1.2 bilion. Industri ini telah mula menggunakan acacia mangium dan
kayu keras campuran bagi mengeluarkan MDF sebagai alternatif kepada
kayu getah. Pada masa ini, Malaysia adalah pengeksport MDF ketiga
terbesar dunia, selepas Jerman dan Perancis. MDF Malaysia telah mencapai
piawaian antarabangsa seperti BS, Asia Pasifik: Jepun, Australia dan
New Zealand (JANS), dan piawaian EN. Sebilangan syarikat juga telah
meneroka pengeluaran MDF berlamina/bercetak.
Produk-Produk Panel Venir
Selain MDF, industri ini terus membangunkan produk-produk tereka
bentuk daripada venir seperti kayu gergaji venir berlamina (LVL), lapis
bersilang venir berlamina (LVB) dan apit venir berlamina (LVS) bagi
memenuhi permintaan aplikasi-aplikasi struktur dan industri. Industri
ini menggabungkan teknologi moden dengan penggunaan cekap sumber-sumber
asli untuk mengeluarkan produk-produk ini bagi pasaran eksport. Selain
mesra alam, produk-produk ini, dengan kualiti struktur dipertingkat
untuk memenuhi keadaan iklim yang berbeza, semakin bertambah digunakan
dalam industri pembinaan.
Kumai dan Tanggam & Pertukangan Kayu Pembina (BJC)
Produk-produk BJC termasuk kumai seni bina (panelan, kambi, puncak,
dan selusur kerusi), pintu/tingkap dan aksesori-aksesori, bahan lantai
kayu dan selusur kayu. Eksport kumai dan BJC kebanyakannya ke Amerika
Syarikat, United Kingdom, Australia, Singapura dan Denmark. Pada 2010, eksport kumai berjumlah RM715.9 juta manakala eksport BJC bernilai RM955.3 juta. Produk-produk
utama dieksport adalah bahan lantai kayu dan pintu kayu. Setakat ini,
terdapat 344 kilang kumai dan tanggam di Malaysia.
Perabot dan Lekapan
Industri perabot Malaysia amat berorientasi eksport dengan lebih 90%
pengeluaran dieksport. Malaysia merupakan pengeksport perabot
kesembilan terbesar dunia pada 2010 dengan mengeksport kepada lebih 160
negara. Pada 2010 , nilai eksport berjumlah RM6.5 Billion an destinasi-destinasi utama adalah Amerika Syarikat, Jepun dan Australia.
Antara perabot yang dieksport adalah perabot dapur, perabot bilik
tidur, kerangka kayu yang diupholsteri dan perabot pejabat yang mana
lebih 80 peratus diperbuat daripada kayu getah, kayu keras sederhana
berwarna muda yang lebih dikenali sebagai ‘kayu oak Malaysia’. Eksport
perabot taman/luar yang diperbuat daripada kayu keras tropika
kebanyakannya ke pasaran Eropah. Spesies kayu tropika padu yang
digunakan terkenal dengan ketahanannya di bawah keadaan iklim yang
berbeza. Selain pasaran tradisional ini, perabot Malaysia telah
menembusi pasaran-pasaran di New Zealand, Amerika Selatan, Timur Tengah,
Afrika dan Rusia. Malaysia adalah pembekal utama perabot pejabat ke
pasaran Timur Tengah.
Syarikat-syarikat perabot Malaysia sebanyak kira-kira 1,900
kebanyakannya terletak di Semenanjung Malaysia. Penumpuan tinggi
syarikat-syarikat perabot adalah di Johor (Muar dan Kluang), Selangor
(Klang dan Sungai Buloh) dan Melaka (Bukit Rambai).
Pengilang-pengilang perabot Malaysia memberi penekanan lebih kepada
kemasan, rekaan dan pengeluaran produk-produk kualiti lebih tinggi
dengan jenama sendiri kebanyakannya untuk pasaran eksport. Sesetengah
syarikat ini telah beralih daripada membekal perabot siap untuk dipasang
kepada pengilangan perabot rekaan sendiri. Dengan kesedaran bahawa
mereka perlu beralih daripada rekaan secara manual kepada Rekaan
Berbantukan Komputer (CAD), AutoCAD adalah salah satu sistem perisian
popular yang digunakan pengilang-pengilang perabot Malaysia pada masa
ini. Bagi menghasilkan rekaan yang kedua-duanya berfungsian dan
estetik, syarikat-syarikat perabot Malaysia meneroka penggunaan pelbagai
jenis bahan-bahan lain seperti logam, kaca, plastik dan bahan-bahan
komposit lain yang digabungkan dengan kayu getah atau spesies kayu lain
untuk pasaran yang semakin canggih.
Biokomposit dan Biojisim
Malaysia mempunyai banyak sumber bahan-bahan gentian asli yang masih
belum diteroka yang diperoleh daripada sektor pertanian. Bahan-bahan
gentian dan biojisim ini termasuk sekam padi, gentian batang pokok
kelapa, kenaf dan biojisim kelapa sawit dalam bentuk batang pokok kelapa
sawit (OPT), pelepah kelapa sawit (OPF) dan jambak buah kosong (EFB).
Bahan-bahan mentah alternatif ini membuka potensi yang luas untuk
dimajukan. Kerajaan menggalakkan pengiat-pengiat industri supaya
menjalankan lebih banyak R&D untuk menentukan kebolehpercayaan
bahan-bahan alternatif ini.
Peluang-Peluang Pelaburan dalam Industri Berasaskan Kayu
Malaysia akan memfokus kepada produk-produk hiliran nilai tinggi
dalam pembangunan industri berasaskan kayunya. Ia akan diperkuatkan lagi
melalui pembangunan bersepadu industri ini, dengan menggabungkan
kedua-dua aktiviti-aktiviti pengilangan dan penyelidikan dan pembangunan
termasuk rekaan produk dan promosi pasaran. Ini amat penting dalam
pembangunan industri berasaskan kayu memandangkan persaingan semakin
meningkat daripada negara-negara kos rendah dan kaya sumber akan
akhirnya memaksa Malaysia berundur daripada pasaran-pasaran bawahan.
Industri ini telah beralih kepada pengeluaran produk-produk kayu
tereka bentuk yang diperbuat daripada bahan-bahan lain seperti buluh,
rotan dan gentian-gentian seperti biojisim kelapa sawit (batang pokok
kelapa sawit, jambak buah kosong, isirong) kenaf dan bahan-bahan
pertanian lain (serbuk gergaji, sekam padi dan gentian batang pokok
kelapa) bagi pengeluaran papan zarah, until-until papan gentian, briket
dan produk-produk komposit lain. Industri produk-produk panel bancuhan
ini juga telah dipelbagaikan kepada pengilangan produk-produk komposit
bancuhan nilai tambah tinggi seperti komposit polimer bertetulang
gentian (FRPC). Produk-produk ini dihasilkan dalam bentuk papan/profil,
dan sesuai untuk kegunaan dalam industri, pembinaan, industri automotif
dan perabot.
Produk-produk kayu tereka bentuk boleh dibahagikan kepada dua
kategori, iaitu produk-produk kayu struktur dan bukan struktur.
Produk-produk struktur termasuk papan lapis struktur, papan urai terhala
(OSB), bahan komposit struktur, kayu balak berlamina glu (Glulam), kayu
gergaji venir berlamina (LVL), kayu gergaji urai (selari atau
terhala). Produk-produk kayu tereka bentuk bukan struktur adalah papan
zarah dan papan ketumpatan sederhana (MDF). Pada masa ini,
pengilang-pengilang kayu Malaysia mengeluarkan papan lapis struktur,
LVL, papan zarah dan MDF.
Pada masa ini, produk-produk berikut digalakkan :
- Papan atau produk panel berasaskan kayu bancuhan
- Pintu kayu padu atau pintu fungsi khas lain atau tingkap kayu padu
- Parket berbilang lapis
- Rekaan, pembangunan dan pengeluaran perabot kayu
- Penebatan bagi vesel kriogeni
- Semua produk kayu kecuali kayu gergaji, venir dan papan lapis biasa.
Dasar Industri Kayu-Kayan Negara (NATIP)
NATIP yang dilancarkan pada 2009 adalah satu dasar baru yang dibentuk
untuk industri kayu-kayan Malaysia sehingga tahun 2020. Dasar ini
melengkapkan sasaran IMP3 di mana ia dijangka akan menyediakan halatuju
baru bagi industri kayu-kayan Malaysia agar kekal lestari, kompetitif
dalam persekitaran global yang mencabar dan untuk mencapai sasaran RM53
bilion pendapatan eksport menjelang 2020. NATIP menggariskan
program-program dan aktiviti-aktiviti untuk menggalak dan memberi
sokongan berterusan kepada industri ini dalam bidang-bidang inovasi dan
teknologi; pemasaran dan promosi; modal insan; pembiayaan dan
insentif-insentif serta membangun usahawan-usahawan bumiputera di semua
peringkat bagi menambahbaik keupayaan mereka dalam pengurusan, kemahiran
pengeluaran dan strategi pemasaran.
" Wood industry representatives from various industry associations were
queried on the climate of their wood products market, including
expectations for 2013 sales ". Below are some additional comments by Phil
Bibeau, executive director of the Wood Products Manufacturers Association.
Wood & Wood Products:
Overall, what are your members’ sales expectations for 2013 and how do they compare to 2012 figures?
Overall, what are your members’ sales expectations for 2013 and how do they compare to 2012 figures?
Phil Bibeau: Based
on conversations with members they feel that if Congress can “get their
act together” and project some stability going into 2013, then sales
should increase 2-5% over 2012 levels. Much of the optimism is based on
consumers having a stable job and a steady revenue stream to support
spending. The previous two years have started with business being
strong in the first half followed by a slowing for the remainder of the
year. The overall consensus is a hope that business will be steady in
the new year, not the roller coaster that has we have been experiencing.
W&WP: What will be the biggest challenges to your members and your industry in 2013? What are the biggest opportunities?
Phil Bibeau: The
biggest challenges for members will be those related to cash flow.
The management of receivables has turned into an almost full time job.
As more and more companies must operate on available cash, the challenge
will be to balance raw materials, inventory, and receivables to allow
the company to continue serving existing companies and to be able to
accept orders from new customers.
The biggest opportunities will come to those companies that have
implemented a strong Lean management system within their manufacturing
process. Those companies that have managed their cash and are able to
respond quickly with rapid turnaround times will benefit from increased
product demand.
As more and more products that were once produced in Asia are
re-shored, those companies that can act as partners with their customers
will see an increase in business.
W&WP:
Which market segments offer the most growth opportunities for component
manufacturers and why? (i.e., cabinet industry or building products?)
Phil Bibeau: We
are starting to see more new business being generated by the building
industry. The backlog of unsold homes is shrinking and new home
construction has stared on a limited basis in many parts of the country.
Members are seeing more small volume orders being placed more often.
With the price spread between Asian component parts and those produced
in North America down to a 12-15% difference, many
manufacturers/distributors of items such as stair component distributors
are opting to buy more American products.
Adakah industri kayu di Malaysia semakin mendapat tempat?
ReplyDelete