Cengal merupakan salah satu jenis kayu terkeras di dunia yang dihasilkan dari pokok Cengal dan dikategorikan sebagai kayu balak ,keras,padat,tahan lama,mahal dan berkualiti paling tinggi. Kayu Cengal biasanya tumbuh di dalam hutan hujan tropika dan hutan hujan khatulistiwa.Kayu Cengal adalah antara kayu termahal dalam pasaran kayu kayan dunia.Untuk pengetahuan,Pokok kayu Cengal yang terbesar di dunia terletak di Taman Negara Malaysia.Tidak dipastikan secara tepat panjang saiz lilitan pangkal pokoknya.Namun secara purata ia bersaiz 11 pemeluk orang dewasa.
Malaysia, Indonesia dan Thailand adalah antara pengeluar kayu Cengal utama dunia.
Cengal dikategorikan sebagai kayu terkeras yang tahan lama, dan memiliki ketumpatan antara 915 hingga 980 kilogram per meter padu. Ketahanan kayu itu disebabkan terdapat sejenis bahan awet semula jadi yang melindungi kayu teras.Oleh kerana kualitinya yang baik dan berharga tinggi*,ia menjadi buruan para pembalak. Kini,Cengal merupakan kayu yang jarang ditemui dan ia merupakan kayu yang dilindungi oleh Jabatan Hutan Negara. Ia biasa digunakan bagi kerja pembinaan berat seperti membuat rumah, perahu dan jambatan kerana ia juga tahan serangan anai-anai. Atas sebab yang sama,ia kini turut digunakan untuk membuat perabot dan ukiran tangga,gazebo(sejenis pondok),tembok pusara kubur.
- Pada tahun 2012 harga kayu Cengal terpakai bersaiz 4"x4"=RM 18.00/sekaki.
- Kayu Keras-Cengal,Meranti
Wikipedia
No comments:
Post a Comment