Blog List

Monday, 15 May 2017

Perkembangan Sains

Author
Cikgu Iman dan Cikgu Linna

Perkembangan Sains Sekolah Rendah


           Zaman penjajahan, ada banyak perubahan. Sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk menggubal tujuan pendidikan Sains. Hanya sebuah sekolah menengah sahaja yang menawarkan Kursus 4 tahun Sains Am yang hanya mempunyai bilik dan kemudahan dan guru sains yang berkelayakan.

            Perang dunia ke-2 berlaku, perlaksanaan kurikulum sains terhenti seketika. Selepas perang, kursus Sains Am telah dijadikan kurikulum di semua sekolah menengah di bawah Sukatan Pelajaran Britain.

            -Selepas merdeka, wujudnya kesedaran mengenai pendidikan Sains, maka dasar ini telah diperkemaskan. Rancangan Malaysia kedua (RMK-2), kerajaan memberi penekanan terhadap Pendidikan Sains dan Teknologi dan terlalu mementingkan fakta. Murid- murid lepasan kursus tradisi tidak mempunyai kefahaman dalam bidang Sains tetapi mempunyai pengetahuan fakta yang luas. Kelemahan besar adalah tidak menggambarkan ilmu Sains seperti amalan ahli-ahli sains dari sudut kandungan mahupun kaedah. Matlamat pengajaran dan pembelajaran tidak dinyatakan dengan jelas.

            Kementerian Pendidikan mengambil langkah untuk tingkatkan kualiti pendidikan sains. Antara langkah yang diambil adalah melalui Projek Khas Sains Sekolah Rendah, Kurikulum Sains Tulen Moden, KBSR dan KBSM. Kementerian Pendidikan memperbaiki sistem pengajaran subjek Sains di sekolah menengah. Diadaptasi mengikut kurikulum Barat untuk mempercepatkan proses pembinaan sistem tersebut.

            Projek Khas Sains Rendah dikemukakan untuk mengatasi kelemahan dalam subjek Sains melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Antara objektif perlaksanaan projek tersebut adalah:
            a.         Isi pelajaran yang sesuai disampaikan
            b.         Cara penyampaian yang berkesan

         Kemudian, matapelajaran Biologi, Fizik dan Kimia diperkenalkan kepada sepuluh buah sekolah dan diikuti dengan Rampaian Sains Moden. Antara sebab mengapa perubahan dibuat terhadap kurikulum Sains adalah:
          a.           Untuk mengikuti perkembangan semasa dan mudah disesuaikan                        dengan keadaan tempatan
            b.         Mempunyai penasihat dari Britain sebagai pakar rujuk yang                                    bersedia memberi sokongan dari sudut latihan dan persediaan.
            c.         Kementerian Pendidikan berpendapat adalah lebih baik                                        mengubahsuai sesuatu yang telah wujud daripada membina yang                                    baru.

      Penubuhan Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan dasar kerajaanCadangan yang menjadi asas pembaharuan dalam kurikulum peringkat sekolah iaitu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) KBSR memberi penekanan kepada 3M (membaca , menulis,dan mengira) dan perkembangan individu secara menyeluruh. Penggabungan mata pelajaran Sains, Sejarah,Geografi, Kesihatan dan Sivik menjadi satu matapelajaran iaitu Alam dan Manusia dan melaksanakan matapelajaran Alam dan Manusia dengan sepenuhnya.

            Kemudian, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM ) diperkenalkan. Matapelajaran Sains diperkenalkan bagi menggantikan matapelajaran Alam dan Manusia. Pelaksanaan tersebut disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya :
            a.         Kurangnya persediaan dan latihan daripada guru untuk                                         mengajar.
            b.         Sekolah tidak mempunyai kemudahan dan masa yang cukup untuk                     mengajar
            c.         Tahap matapelajaran yang tinggi dan hanya sesuai untuk pelajar                           yang cerdas dan pintar

2.1       Kurikulum Baru Sains Sekolah Rendah Tahun 2003 – Bahagian 1

            Kurikulum Baru Sekolah Rendah untuk mata pelajaran Sains telah disemak semula setelah dilaksanakan mulai tahun 1995. Pengubahsuaian ini dibuat untuk memastikan kandungan kurikulum mata pelajaran tersebut adalah relevan dengan perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi di samping untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang membolehkan mereka menangani segala cabaran dunia masa akan datang. Pengubahsuaian yang telah dijalankan termasuklah menggugurkan kandungan ke tahun yang lain dan memasukkan unsur yang terkini dalam bidang-bidang berkaitan.Selain daripada pengubahsuaian isi kandungan, penulisan kurikulum juga telah diubah suai iaitu hasil pembelajaran untuk setiap tajuk dieksplisitkan untuk memudahkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran. Di samping pelaksanaan kurikulum sains dan matematik yang diubah suai, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan mata pelajaran Sains di tahap satu mulai tahun 2003.
            2.1.1   Kurikulum Sains Tahap Dua yang Disemak Semula
                  Kurikulum sains sekolah rendah bagi tahap dua yang diguna pakai                       sekarang, telah dilaksanakan pada tahun 1995. Matlamat kurikulum baru ini adalah untuk mengembangkan minat murid terhadap sains dan teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Walaupun kemahiran sains telah diterapkan semasa tahap satu, kemahiran tersebut dikukuhkan lagi di tahap dua di samping kemahiran-kemahiran lain yang lebih tinggi dan belum                                          diperkenalkan di tahap satu.
Justeru, murid-murid diharapkan mempunyai landasan untuk                                  mengaplikasikan sains dan teknologi dalam kehidupan harian dan                                    bagi membolehkan murid mengamalkan budaya sains dan                                               teknologi ke arah pembentukan masyarakat ikram, dinamik,                                  progresif, bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan                                               mengagumi penciptaan alam.
                        Semua objektif dalam kurikulum lama dikekalkan dan ditambah                              beberapa objektif lagi bagi disesuaikan dengan keadaan semasa.
                        Salah satu objektif yang ditambah adalah memperoleh                                              pengetahuan asas sains dan teknologi dan dapat                                                       menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam                               semula jadi dan pengalaman harian.


            2.1.2   Organisasi Kandungan
                        Kurikulum sains tahap dua ini disusun atur mengikut lima tema                              iaitu:
1.  Menyiasat Alam Kehidupan
2.  Menyiasat Alam Fizikal
3.   Menyiasat Alam Bahan
               4.   Menyiasat Bumi dan Alam Semesta
               5.   Menyiasat Dunia Teknologi
                        Setiap tema mengandungi beberapa bidang pembelajaran. Setiap                          bidang pembelajaran mempunyai beberapa hasil pembelajaran.
                        Hasil pembelajaran pula terdiri daripada hasil pembelajaran umum                         dan hasil pembelajaran khusus. Hasil pembelajaran umum ditulis                                mengikut peringkat dalam domain kognitif dan afektif. peringkat                              dalam domain kognitif adalah mengetahui, memahani,                                        mengaplikasikan, menganalisis, mensintesiskan dan menilai.                                 Peringkat dalam domain afektif adalah menyedari, menghargai,                              menghayati, mengagumi, menyayangi, mensyukuri dan                                            mengamalkan. Hasil pembelajaran dalam domain psikomotor                          adalah tersirat dalam aktiviti pembelajaran yang dicadangkan.                          Setiap hasil pembelajaran seterusnya diperincikan kepada hasil                             pembelajaran khusus yang ditulis dalam tiga aras, iaitu:
1.                 Aras 1 (A1)
2.           Aras 2 (A2)
3.            Aras 3 (A3)
                        Hasil pembelajaran khusus dalam A1, A2 dan A3 ditulis dalam                                 bentuk objektif perlakuan yang diukur. Objektif perlakuan ini                          mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran saintifik, kemahiran                             berfikir, sikap saintifik dan nilai-nilai murni yang sesuai dengan
                        objektif pembelajaran umum yang dinyatakan dalam hasil                                         pembelajaran A1, A2 dan A3 merujuk kepada ke dalaman dan skop                        hasil pembelajaran yang berkenaan A1 aras yang asas dan harus                                    dikuasai oleh murid sebelum meneruskan ke A2 dan seterusnya ke                        A3.
                        Secara am, hasil pembelajaran dalam sesuatu bidang                                                pembelajaran disusun berurutan daripada mudah ke kompleks.                              Maka hasil pembelajaran sebaik-baiknya dipelajari mengikut                                urutannya dalam setiap bidang pembelajaran. Bagaimanapun,                             dalam pengajaran dan pembelajaran, urutan hasil pembelajaran                                    dan bidang pembelajaran boleh diubah suai mengikut keperluan                           atau konteks. cadangan aktiviti pembelajaran memberi cadangan                           pengalaman pembelajaran yang akan dilalui oleh murid. Ia juga                              memberi maklumat tentang skop dan kedalaman sesuatu hasil                                    pembelajaran cadangan aktiviti pembelajaran diberi untuk                                                 membantu guru merancang aktiviti yang perlu dijalankan bagi                                  mencapai hasil pembelajaran yang berkaitan. Satu aktiviti mungkin                    dicadangkan untuk mencapai satu atau lebih hasil pembelajaran.                          Pada masa yang sama, lebih daripada satu aktiviti mungkin                                     dicadangkan untuk satu hasil pembelajaran. Guru boleh mengubah                      suai cadangan aktiviti ini sesuai dengan jenis kecerdesan, tahap                          kebolehan murid dan juga keadaan sekeliling mereka. Guru                           digalakkan mereka bentuk aktiviti tambahan yang inovatif dan                                 berkesan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran                        sains.
            2.1.3   Penekanan P&P
                        Pengajaran dan pembelajaran bagi Sains Tahap Dua menekankan                        pembelajaran berfikrah, pembelajaran berfikrah merupakan satu                             proses pembelajaran dalam memperolehi pengetahuan dan                          penguasaan kemahiran yang dapat mengembangkan minda murid                 ke tahap optimum. Dalam pembelajaran berfikrah, aktiviti yang                                     dirancang harus bukan berbentuk rutin, tetapi dapat mencetuskan                                     pemikiran kritis dan kreatif murid.
                        Pembelajaran berfikrah boleh dijalankan melalui pelbagai                                        pendekatan seperti inkuri penemuan, konstruktivisme,                                               pembelajaran kontekstual dan pembelajaran masteri. Murid harus                            sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang                           digunakan dalam pembelajaran. Murid didedahkan dengan soalan                     atau masalah yang beraras tinggi dan mereka harus menggunakan                       daya kreativiti mereka untuk menyelesaikannya. Pembelajaran                                yang disarankan adalah pembelajaran berpusatkan murid dengan                                murid dilibatkan secara aktif. Pendekatan pengajaran dan                                             pembelajaran yang dicadangkan di atas boleh dilaksanakan                                    melalui pelbagai kaedah seperti eksperimen, perbincangan,                                     simulasi, projek, penggunaan sumber luar bilik darjah dan kajian                            masa depan. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran, cadangan kaedah                      pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai sesuatu hasil                              pembelajaran dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk cadangan                              pengalaman pembelajaran yang ditulis dalam Huraian Sukatan                              Pelajaran jika perlu, bagi disesuaikan dengan kebolehan murid dan                      keadaan sekeliling.
            2.1.4   Perubahan Kandungan
                        Kandungan dalam kurikulum baru ini masih dikekalkan kepada lima                     bidang, iaitu:
                                    1. Menyiasat Alam Kehidupan.
                                    2. Menyiasat Alam Fizikal.
                                    3. Menyiasat Alam Bahan
                                    4. Menyiasat Bumi dan Alam Semesta
                                    5. Menyiasat Dunia Teknologi.
                        Bidang-bidang ini dinamakan sebagai tema.
            Secara keseluruhannya, 95 peratus isi kandungan kurikulum ini                            adalah sama dengan kurikulum yang sedia ada. Terdapat sedikit                             penambahan dalam tajuk tenaga, iaitu diperkenalkan sumber,                                  bentuk, konsep tenaga dan penjimatan tenaga. Tajuk ini                                                 dimasukkan selaras dengan projek Kecekapan Tenaga dan tenaga                        yang Boleh Diperbaharui. Selain daripada itu, bagi tajuk Gerak                                Balas Kehidupan Terhadap Rangsangan, jenis-jenis rangsangan                          pada tumbuhan diperkenalkan.

2.2       Kurikulum Baru Sains Sekolah Rendah Tahun 2003 – Bahagian 2

            2.2.1   Pelaksanaan Mata Pelajaran Sains Tahap Satu KBSR
                        Kementerian Pendidikan telah mengambil keputusan untuk            memperkenalkan mata pelajaran sains di peringkat persekolahan yang           lebih awal iaitu di tahap satu. Mata pelajaran tersebut akan dilaksanakan          di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 2003. Matlamat        utama pelaksanaan mata pelajaran sains tahap satu adalah untuk             mengembangkan minat murid terhadap sains di samping      mengembangkan daya kreativiti mereka sesuai dengan sifat semula jadi             kanak-kanak pada peringkat ini yang sentiasa ingin tahu kejadian di     sekeliling mereka.
            2.2.2   Rasional
            Keputusan untuk memperkenalkan mata pelajaran Sains di tahap satu     dibuat berasaskan kepada beberapa pertimbangan, antara asas    pertimbangan tersebut ialah:
1.  Mewujudkan kesinambungan antara kurikulum pra-sekolah dan kurikulum sekolah rendah.
2.  Mengoptimumkan peringkat perkembangan kognisi kanak-kanak.
3.  Memberi kemahiran proses sains yang asas kepada murid-murid di peringkat yang lebih awal.
4.  Meningkatkan minat murid dalam sains di peringkat persekolahan yang lebih tinggi.
5.  Perbandingan pencapaian sains dengan negara lain.

            2.2.3   Strategi Pelaksanaan
                        (a) Pelaksanaan Percubaan
                        Sebelum mata pelajaran sains tahap satu sekolah rendah                                        dilaksanakan secara menyeluruh, pelaksanaan percubaan akan                            dijalankan terlebih dahulu. Tujuan pelaksanaan percubaan adalah                                bagi mendapatkan input mengenai kelemahan daripada aspek isi                                   kandungan kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran atau                               pun modul pengajaran dan pembelajaran serta kekangan dan                                     masalah yang mungkin timbul semasa pelaksanaan program.                                  Jadual 1 menunjukkan tahun pelaksanaan percubaan dan                                      pelaksanaan penuh.

Jadual 1: Pelaksanaan Percubaan dan Pelaksanaan Penuh Sains Tahap Satu.
Tahun
Pelaksanaan Percubaan
Pelaksanaan Penuh
2002
Tahun 1
-
2003
Tahun 2
Tahun 1
2004
 Tahun 3
Tahun 1, Tahun 2
2005
-
Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3

                        (b) Pengajaran dan pembelajaran
                        Proses pengajaran dan pembelajaran sains tahap satu adalah                                berteraskan strategi pembelajaran inkuiri dan penemuan. Aktiviti                             pengajaran dan pembelajaran menekankan kepada penguasaan                                 kemahiran, pemerolehan pengetahuan dan pengamalan sikap                             saintifik dan nilai murni. Oleh itu, aktiviti pengajaran dan                                            pembelajaran adalah berpusatkan pelajar, bersifat `hands-on' dan                             `minds-on' dan menyeronokkan. Aktiviti pengajaran dan                                            pembelajaran dijalankan di bilik sains atau bilik darjah di samping                          sumber lain yang sedia ada di sekitar kawasan persekolahan                                 seperti taman sains. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga                                 boleh dijalankan dengan menggunakan sumber luar yang berkaitan                         seperti taman haiwan dan pusat sains.
                        (c) Peruntukan waktu
                        Bilangan waktu pengajaran yang diperuntukkan untuk mata                                                pelajaran sains tahap satu seperti yang dipersetujui dalam                                        mesyuarat JKP dan mesyuarat JPP adalah seperti yang                                                ditunjukkan dalam Jadual 2:


Jadual 2: Peruntukan Waktu Pengajaran Sains Tahap Satu

Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Peruntukan waktu/minggu
3
3
3
                       
                        Peruntukan waktu bagi mata pelajaran ini diambil dari waktu mata                          pelajaran Bahasa Melayu bagi sekolah kebangsaan dan waktu                                     pelajaran bahasa pengantar masing-masing bagi sekolah jenis                                   kebangsaan.
            2.2.4   Persediaan Pelaksanaan
                        Persediaan kepada pelaksanaan mata pelajaran sains tahap satu                          melibatkan beberapa perkara utama bagi memastikan                                                keberkesanan pelaksanaannya. Tiga perkara utama yang diberi                                 fokus dalam persediaan kepada pelaksanaan adalah penyediaan                                     bahan kurikulum, pemerolehan bahan dan peralatan untuk                                            pengajaran dan pembelajaran dan persediaan tenaga pengajar                                     yang akan melaksanakan mata pelajaran ini.
                        (a) Bahan Kurikulum
                        Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan untuk                                   memastikan pelaksanaan program berjalan dengan berkesan                                  adalah terdiri daripada:
1.   Dokumen Sukatan Pelajaran
2.   Huraian Sukatan Pelajaran
3.  Modul Pengajaran dan Pembelajaran
                        Semua bahan kurikulum tersebut akan disediakan oleh                                            Kementerian Pendidikan. Satu panel penggubal bahan kurikulum                                     telah ditubuhkan dengan diterajui oleh pendidik sains dari Pusat                          Perkembangan Kurikulum. Panel penggubal mata pelajaran ini                                yang terdiri daripada:
1.  Guru sekolah rendah
2.  Guru sains sekolah menengah
3.  Pensyarah maktab
4.  Pensyarah universiti
5.  Pendidik sains di jabatan pendidikan negeri dan Kementerian Pendidikan.
                        Kurikulum Sains Tahap Satu diorganisasikan kepada tema bidang                                     penyiasatan seperti yang terdapat dalam kurikulum sains tahap                              dua. Bidang penyiasatan ini dibahagikan kepada beberapa bidang                       pembelajaran tertentu. Di bawah setiap bidang pembelajaran                                  terdapat unit-unit pembelajaran.
                        (b) Pembekalan Bahan dan peralatan sains
                        peralatan dan bahan sains akan dibekalkan kepada setiap sekolah                        sebelum pelaksanaan penuh. Sejumlah peruntukan telah dipohon                            untuk tujuan pemerolehan dan pembekalan bahan dan peralatan.                          Kementerian Pendidikan juga sedang menyediakan senarai                                 peralatan dana bahan sains dan spesifikasi untuk memudahkan                                   pihak sekolah dalam proses pemerolehan bahan dan peralatan                              tersebut.
                        (c) Kursus dalam perkhidmatan (kursus orientasi).
                        Kursus orientasi untuk guru-guru dalam perkhidmatan akan                                                dijalankan dengan bertujuan untuk memberi latihan secara intensif                       bagi memastikan mereka memahami hasrat sebenar kurikulum                           sains tahap satu dan seterusnya melaksanakan pengajaran dan                            pembelajaran dengan berkesan.






[ Ahmad Hozi H. A. Rahman, Ketua Penolong Pengarah, Bidang Sains dan Matematik, Pusat Perkembangan Kurikulum].
2.2       KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
            Dalam proses transformasi kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia tekah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan setanding dengan pendidikan global. Melalui transformasi kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuhkan serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Jadual 3 menunjukkan perbezaan antara KBSR dengan KSSR.
For further information log on website :
http://suksessains.blogspot.my/p/perkembangan-sains.html

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...