Blog List

Thursday 10 August 2017

Projek Pelajar Semester Akhir Bah. 6 (Projek JKA dan Minibike )

Author
By 

Bahagian Akhir Siri Karnival Inovasi Robocon dan Go-Cart 2011.

Dalam Karnival Inovasi ini, selain Robocon dan Go-Cart terdapat juga pameran projek semester akhir dari Jabatan Kejuruteraan Awam.

Terdapat 2 projek pelajar semester akhir dari JKA yang menarik minat saya iaitu:-
  1. Penggunaan Kulit Pokok Rumbia sebagai alternatif untuk bahan kemasan dinding
  2. Konkrit yang boleh terapung..
 Mari kita lihat satu persatu..


Penggunaan Kulit Pokok Rumbia sebagai alternatif untuk bahan kemasan dinding

Pokok Kulit Rumbia merupakan antara tanaman yang popular di Mukah Sarawak. Pokok ini banyak kegunaannya. Kegunaan utama pokok ini adalah menghasilkan Sagu dan tempat pembiakan ulat "Siet"


Gambar Pokok Rumbia..

Daun pokok ini boleh digunakan untuk membuat atap, penyapu lidi dan kraftangan..
Isi pokok ini boleh digunakan untuk membuat sagu, tepung kanji dan makanan asasi kaum peribumi (seperti Linut dan Tebaloi)

Pelepah pokok Rumbia boleh digunakan untuk membuat rakit, alat permainan dan kraftangan..
Boleh dikatakan semua bahagian yang terdapat pada pokok rumbia boleh dimanfaatkan untuk kegunaan tertentu.. Kecuali Kulit pokok rumbia yang biasanya dibuang, dijadikan bahan bakar, alas jalan becak dan arang putih.


Justeru itu, para pelajar ini dengan usaha bersama penyelia mereka, Cik Norsida Binti Morsidi telah membuat kajian untuk menjadikan kulit kayu rumbia ini sebagai alternatif untuk bahan kemasan dinding.. 


Gambar Kulit kayu Rumbia asal dan selepas di buat kajian untuk bahan kemasan dinding..

Sebahagian besar struktur kulit kayu rumbia ini lembut dan tidak memenuhi pawaian kayu untuk digunakan sebagai bahan kemasan dinding.

Jadi untuk menyelesaikan permasalahan tersebut, para pelajar ini telah malakukan proses "laminated" iaitu dengan mencantumkan (gam) 2 lapisan bahagian keras kulit pokok ini.


Rajah asal kulit kayu Rumbia dan kulit kayu rumbia selepas di "laminated"
(Rujuk 4 bongkah kayu rumbia "berdiri" yang terletak di tengah-tengah gambar)


Prototaip yang telah dihasilkan dalam bentuk Parket..

 Sekumpulan pelajar ini berjaya menghasilkan projek ini dengan jayanya.. Prototaip yang dihasilkan dalam bentuk Parket telah pun diuji.. Dan didapati ianya berjaya memenuhi tahap piawai yang ditetapkan dari segi ketahanan dan kekuatan untuk dijadikan bahan kemasan dinding..

Konkrit Yang Boleh Terapung

Secara logiknya konkrit (simen + pasir) tidak dapat terapung di atas permukaan air disebabkan ia mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada air.
Tetapi dengan campuran bahan tertentu (polisterin) membolehkan konkrit ini terapung di atas permukaan air.

Mungkin ada di kalangan anda pernah menonton rancangan Dokumentari tentang rumah terapung di saluran Astro Discovery.. Jadi kalau ada apa-apa maklumat yang ingin dikogsikan, boleh tinggalkan komen di ruangan komen yang disediakan.


Gambar Prototaip konkrit terapung yang telah berjaya dihasilkan.(Diuji).


Cara menghasilkan konkrit terapung..

Mungkin ada dikalangan anda yang bercita-cita untuk membuat rumah terapung untuk dihadiahkan kepada si dia sebagai istana cinta).

Diharap info yang tidak seberapa ini bermanfaat buat anda.

Cara nak buat konkrit terapung ni nampak macam mudah untuk ditulis.. Tapi mungkin bukan mudah untuk menghasilkannya.. Ianya bermula dengan membuat acuan.. Kemudian masukkan konkrit ke dalam acuan.. seterusnya masukkan polisterin.. Dan akhir sekali dilapis dengan konkrit semula..

Senang cerita kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang semuanya konkrit.
Cuma dibahagian dalamnya sahaja politerin. ;)

Selain daripada dua projek ini, terdapat juga projek lain yang turut dipamerkan oleh pelajar-pelajar semester akhir Jabatan Kejuruteraan Awam sempena Karnival Inovasi ini..



Projek-projek lain yang turut dipamerkan oleh pelajar-pelajar semester akhir JKA..


Mini Bike yang dipamerkan oleh pelajar semester akhir Jab. Kej. Mekanikal..


Setakat itu sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut keseluruhan Karnival Inovasi Robocon dan Go-Kart 2011, sila layari blog http://sembanghari2.blogspot.com/ 

For further information log on website :
http://www.coretananuar.com/2011/04/projek-pelajar-semester-akhir-bah-6.html

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...