Blog List

Thursday, 26 April 2018

MENGENAL PASTI CABARAN PELAJAR POLITEKNIK DI MALAYSIA MENERUSI MODEL RASCH (Identifying Challenges among Polytechnic Students in Malaysia using Rasch Model)

Author
MOHD EFFENDI @ EWAN MOHD MATORE & AHMAD ZAMRI KHAIRANI

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cabaran pelajar di tujuh buah politeknik di seluruh Malaysia. Seramai 252 orang pelajar politeknik dipilih sebagai sampel untuk kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah Senarai Semak Masalah Mooney (SSMM) yang mengandungi 327 item dengan 11 dimensi permasalahan, iaitu kesihatan, kewangan, rekreasi, persahabatan, sosial, peribadi, keagamaan, keluarga, kerjaya, pengajian dan pembelajaran. Data dianalisis berdasarkan kerangka Model Rasch. Dapatan kajian menunjukkan bahawa cabaran yang paling besar yang dihadapi oleh pelajar politeknik ialah dalam dimensi pengajian yang meliputi pengukuran bagi aspek-aspek penyesuaian kendiri di institusi. Dimensi peribadi yang mengukur hubungan peribadi dengan personaliti merupakan komponen cabaran yang kedua penting. Sebaliknya, dimensi persahabatan yang mengukur aspek-aspek persahabatan, seks dan perkahwinan merupakan cabaran yang paling kurang signifikan. Dari segi item individu pula, Item 326 (takut gagal dalam ujian) daripada dimensi pembelajaran merupakan cabaran utama dalam kalangan pelajar politeknik diikuti Item 292 (bimbang terhadap peperiksaan) daripada dimensi pengajian. Kajian ini berguna kepada pihak politeknik khasnya dan pihak IPT amnya terutama dalam penyusunan semula program pembangunan sahsiah diri dan pembinaan item instrumen pengukuran cabaran pelajar politeknik yang lebih terkini dan holistik.

ABSTRACT

The aim of this study is to identify the problems faced by the students in seven polytechnics in Malaysia. A total of 252 students were chosen as the sample for this study. The instrument used is Mooney Problem Check List (MPCL) which consists of 327 items with 11 dimensions, namely health, financial, recreational, friendship, social, personal, religion, family, career, education and learning. The data were analysed using Rasch model framework. The results show that the biggest challenge faced by polytechnic students is in the education dimension which covers the measurement of self-adaptation in the institution. Personal dimension that measured the personality and personal relations came in second. In contrast, friendship dimension which measured friendship, sex and marriage is the least significant challenge. In terms of individual item, Item 326 (afraid of failing in exams) from the learning dimension is the most important challenge, followed by Item 292 (worried about exams) from the education dimension. This study is significant to polytechnics specifically and IPT generally in restructuring of personal development programme and in construction of more current and holistic items of instrument for measuring polytechnic students challenges.

1. Pengenalan Hala Tuju Transformasi Politeknik telah dilaksanakan pada tahun 2009 bertujuan memperkasakan politeknik di seluruh negara. Hala tuju ini mempunyai lima objektif utama, iaitu (i) melonjakkan politeknik sebagai institusi peneraju dalam bidang pendidikan dan latihan teknik dan vokasional; (ii) mengukuhkan kerelevanan dan responsif program pengajian di politeknik terhadap pembangunan ekonomi negara; (iii) menerajui bidang tujahan dan teknologi tertentu; (iv) membina reputasi antarabangsa; dan (v) mempelbagai dan meluaskan penawaran program (Jabatan Pengajian Politeknik 2009). Di antara tujuan transformasi ini dilancarkan adalah untuk menghasilkan siswazah yang berkemahiran kebolehdayaan diambil bekerja serta berdaya keusahawanan yang tinggi. Impak pelaksanaan transformasi tersebut adalah setiap politeknik berazam untuk menjana modal insan melalui pendidikan dan latihan dalam persekitaran pembelajaran inovatif dan kreatif serta sentiasa merangsang pelajarnya untuk terus meningkatkan keterampilan dan hubung kaitnya dengan keperluan kemahiran terkini dalam sektor pekerjaan. Sebagai salah sebuah negara perdagangan utama di dunia, kerajaan memerlukan sistem pendidikan yang mampu membina kekuatan modal insan dalam pelbagai bidang dan memperbaiki tahap daya saing dan pembangunan Negara (Nik Mustapha 2007). Keperluan ini meningkat lebih-lebih lagi apabila masyarakat kini sedang melalui perubahan pesat dalam persaingan menguasai cabaran globalisasi dan k-ekonomi (Abd Jalil 2008). Satu daripada agenda pendidikan utama negara adalah Transformasi Politeknik yang dilancarkan pada 25 Februari 2010 dan dirangka sepanjang tahun 2009 sehingga 2020 bertujuan menyumbang kepada peningkatan bilangan tenaga kerja berkemahiran tinggi kepada 37 peratus menjelang 2015. Perancangan menubuhkan Universiti Politeknik menjelang 2015 adalah selari dengan tujuan melestari pembangunan modal insan keluaran politeknik dan menghasilkan keupayaan baharu kepada politeknik bagi membangunkan sumber manusia negara melangkaui tahun 2020 (Jabatan Pengajian Politeknik 2009). Transformasi ini diperkenalkan seiring dengan suasana pendidikan masa kini yang semakin mencabar dan memerlukan tindakan luar daripada kebiasaan (Norfadila et al. 2011).

Jabatan Pengajian Politeknik secara terang-terangan menegaskan bahawa kejayaan transformasi yang utama adalah apabila siswazah politeknik menjadi rebutan majikan (Jabatan Pengajian Politeknik 2009). Namun begitu, bersesuaian dengan era globalisasi dan k-ekonomi kini, majikan mempunyai sikap selektif dalam memilih individu yang akan bekerja di organisasi mereka (Noor Idahwati & Nooraini 2011). Mereka telah meningkatkan taruhan terhadap pekerja-pekerja yang ingin diambil. Sebagai contoh, majikan di Malaysia kini berhasrat melahirkan pekerja berpengetahuan dan bukan lagi berintensifkan buruh murah. Justeru, sudah sampai masanya untuk politeknik dan juga institusi-institusi latihan yang lain mempersiapkan pelajar dengan kemahiran khas dalam menghadapi cabaran, bukannya ilmu pekerjaan sematamata. Tambahan lagi, cabaran getir masa kini menuntut pendidikan teknik vokasional melatih tenaga manusia yang lebih berketerampilan, berinovasi, berdaya tahan, berdaya juang dan boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi industri dan pekerjaan (Zuhaila et al. 2012). Seperti institusi pengajian tinggi yang menyediakan siswazah untuk profesion yang dipilih seperti di universiti, politeknik juga perlu menyediakan budaya untuk pelajarnya membina, melatih dan juga memperkemaskan diri masing-masing dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk berjaya dalam profesion yang dipilih. Ia sejajar dengan cabaran besar kepada sistem pendidikan negara terutamanya pendidikan teknik dan vokasional (PTV) dalam membekalkan tenaga kerja berkebolehan dan berkemahiran khususnya tenaga kerja profesional, mahir dan separa mahir dalam usahanya menyahut seruan kerajaan menjelang 2020 sebagai negara berpendapatan tinggi (Nurul Nadya et al. 2011). Kesediaan pelajar politeknik ini penting bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan profesion yang dipilih dalam masa yang singkat dan terus dapat menyumbang kepada majikan masing-masing. Para pelajar yang tidak bersedia biasanya akan mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dan ia boleh merencatkan produktiviti serta menjadi bebanan kepada organisasinya. Oleh itu, mereka mesti berusaha membina, melatih dan memperkemaskan diri dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan supaya mampu menghadapi pelbagai cabaran. Kehendak ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang bermatlamat membangunkan modal insan dalam menyediakan tenaga kerja berketrampilan dan berupaya menghadapi cabaran masa depan (Yahya et al. 2008). Cabaran-cabaran ini boleh jadi dalam bentuk intrinsik dan peribadi seperti kurangnya keyakinan diri, ketakutan, kebimbangan, kemurungan dan insomnia, ataupun dalam bentuk ekstrinsik seperti kewangan, pengajian ataupun persahabatan (Stoltz & Weihenmayer 2010). Cabaran ini jika tidak mampu dikendalikan dengan baik, akan mempengaruhi sistem kepercayaan seseorang pelajar tersebut dan seterusnya merencatkan perkembangan profesional mereka. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar politeknik. Secara lebih spesifik, kajian ini dijalankan untuk menentukur cabaran-cabaran ini mengikut kesukaran masing-masing. Untuk tujuan itu, Model Rasch digunakan sebagai kerangka pengukuran memandangkan kelebihan model tersebut untuk menentukur item-item dalam satu-satu konstruk. Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan ialah Senarai Semak Masalah Mooney (SSMM) kerana ia dilihat lebih komprehensif dalam memerihalkan cabaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajar politeknik. Ia diterjemahkan daripada instrumen SSMM atau Mooney Problem Check List (MPCL) (Mooney & Gordon 1950). Instrumen ini telah diadaptasi daripada kajian lepas dan sesuai digunakan dalam konteks tempatan oleh Susila (2005).

For further details log on website :
http://www.ukm.my/jqma/v10_1/jqma-10-1-paper6.pdf

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...