Industri berasaskan kayu terus menjadi penyumbang penting di dalam sektor perkilangan negara.Permintaan
yang tinggi terhadap produk berasaskan kayu di pasaran antarabangsa
serta bekalan bahan mentah sedia ada merupakan antara faktor yang
menyumbang kepada peningkatan sektor ini.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri berasaskan kayu telah menuju ke arah teknologi yang lebih berdaya saing dan mengeluarkan sejumlah besar produk hiliran bernilai tambah lebih tinggi serta sesuai untuk pasaran eksport. Kerajaan sendiri telah meletakkan matlamat untuk industri ini mencapai jumlah eksport sebanyak RM53 bilion setahun menjelang tahun 2020.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri berasaskan kayu telah menuju ke arah teknologi yang lebih berdaya saing dan mengeluarkan sejumlah besar produk hiliran bernilai tambah lebih tinggi serta sesuai untuk pasaran eksport. Kerajaan sendiri telah meletakkan matlamat untuk industri ini mencapai jumlah eksport sebanyak RM53 bilion setahun menjelang tahun 2020.
Pada
tahun 2011, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah
meluluskan sejumlah 106 projek dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.3
bilion bagi sektor perindustrian berasaskan kayu. Daripada jumlah
tersebut RM1.2 bilion (89.6 peratus) merupakan pelaburan domestik,
manakala pelaburan asing sebanyak RM137.9 juta (10.4 peratus).
Setakat
ini, terdapat kira-kira 3,991 kilang yang sedang beroperasi,
menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih daripada 300,000 orang.
Sebanyak 87 peratus daripada perusahaan tersebut didominasi oleh rakyat
Malaysia.
Penyertaan
memberansangkan syarikat-syarikat tempatan di dalam sektor ini
mendorong MIDA mengadakan pelbagai aktiviti, khusus untuk mendekati
golongan pengusaha tempatan.
Baru-baru
ini, MIDA dengan kerjasama beberapa agensi Kerajaan yang lain termasuk
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan SME Corporation (SME Corp)
telah mengadakan Bengkel Industri Berasaskan Kayu, di Kuantan, Pahang.
Bengkel tersebut telah berjaya menarik minat para pelabur dan pengusaha
tempatan dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Bengkel
tersebut bertujuan mengemaskini dan menyampaikan informasi terkini
serta memberi pendedahan kepada para pelabur dan pengusaha mengenai
peluang-peluang pelaburan dalam industri berasaskan kayu. Turut
dimuatkan di dalam bengkel sehari itu adalah sesi Business Clinic yang memberi tumpuan kepada masalah-masalah utama yang dihadapi oleh para pelabur dan pengusaha tempatan. Menerusi Business Clinic yang dijalankan, jaringan komunikasi dua hala di antara golongan tersebut dengan pihak Kerajaan telah diperkukuhkan.
Sepanjang
bengkel tersebut berlangsung, sebanyak tiga kertas kerja telah
dibentang oleh MIDA, MPC dan SME Corp, meliputi topik-topik berkaitan
insentif-insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan, program peningkatan
produktiviti dan kualiti serta khidmat nasihat mengenai fasiliti yang
disediakan untuk perusahaan kecil dan sederhana.
Para
peserta bengkel turut dimaklumkan mengenai beberapa kemudahan terkini
yang diperkenalkan oleh MIDA untuk meningkatkan sistem penyampaian dalam
membantu para pelabur dan pengilang di Malaysia. Antara kemudahan yang
diperkenalkan oleh MIDA termasuk Penyediaan Lesen Pengilang Automatik
(ML 08) yang boleh dikeluarkan dalam masa 2 hari, sistem permohonan
melalui web submission bagi permohonan-permohonan insentif,
jawatan pegawai dagang dan pengecualian duti import dan cukai jualan
serta penyerahan surat kelulusan bagi pengeculian duti import dan cukai
jualan secara elektronik iaitu melalui digital certificate.
Berikutan
perkembangan teknologi semasa, nilai ditambah industri berasaskan kayu
dijangka akan terus meningkat. Para pengusaha kini beransur-ansur
meningkatkan penggunaan bahan-bahan mentah alternatif seperti biomas
sawit (batang sawit, tandan dan pelepah) kenaf dan sisa pertanian lain
seperti sekam, padi batang kelapa dan habuk papan bagi mengeluarkan
produk berkualiti. MIDA terus aktif mengenalpasti pelaburan berkualiti
tinggi bagi membuka lebih banyak peluang dan potensi untuk diterokai
oleh para pelabur.
Copyright © Malaysian Investment Development Authority (MIDA) 2012 All rights reserved.
Adakah permintaan Industri Kayu masih relevan sebagai tonggak ekonomi negara?
ReplyDelete