Blog List

Thursday, 11 February 2016

SENI REKA CIPA

Bagi dua ‘tukang kayu’ berusia 26 tahun itu, bergelumang dengan kayu adalah sebahagian kepuasan dalam menjelmakan kreativiti reka cipta mereka. Jarang kita melihat anak muda memilih kerjaya sebagai pencipta perabot sebagai punca pendapatan dominan.
15-fgs
KHAIRUL Asyraf kini mula meminati industri reka cipta yang diceburinya.
Minatnya terhadap bidang reka cipta terbit sejak di bangku sekolah ketika mempelajari subjek Teknologi Kejuruteraan. Rak kasut merupakan ciptaan pertama Daniel ketika bergelar pelajar sekolah menengah dan rak tersebut masih digunakan sehingga kini.
DANIEL mahir menghasilkan kotak pelbagai saiz dan rekaan.
DANIEL mahir menghasilkan kotak pelbagai saiz dan rekaan.
“Sejak itu saya memutuskan untuk menyertai industri ini. Memandangkan kemahiran mengendalikan kayu telah diperoleh, saya menyambung pengajian dalam jurusan diploma fabrikasi logam di Universiti Kuala Lumpur Institut Malaysia Perancis (UniKL MFI), Bangi, Selangor bagi mempelbagaikan kemahiran reka cipta.
Kehalusan kerja tangan mereka amat digemari para pelanggan. Malah majoriti produknya menggunakan kayu-kayu tempatan yang dikatakan lebih tahan lama berbanding kayu import.
UKIRAN khat kufi ini dihasilkan menggunakan kombinasi tiga jenis kayu tempatan.
UKIRAN khat kufi ini dihasilkan menggunakan kombinasi tiga jenis kayu tempatan.
“Sekarang trend orang menggunakan kayu pain terutama bagi produk popular seperti pallet yang dijadikan katil, kerusi atau meja.
“Sedangkan kayu-kayu tempatan seperti meranti, nyatoh, semangkok dan kasah lebih berkualiti dalam konteks penggunaan setempat kerana kebanyakan kayu kita tergolong dalam kategori kayu keras (hard wood).
Setakat ini, rak buku berbentuk kubah menjadi hasil kerja paling mencabar kepada mereka. Ia merupakan permintaan pelanggan yang meminjam rekaan pereka lain. Bagi mengelakkan percanggahan hak milik rekaan, mereka berdua lebih selesa mengubah rekaan luar mengikut spesifikasi dan kreativiti tersendiri.
PROSES kemasan diperhalusi dengan teliti bagi mendapatkan perabot yang berkualiti tinggi.
PROSES kemasan diperhalusi dengan teliti bagi mendapatkan perabot yang berkualiti tinggi.
“Adakalanya pelanggan tampil dengan rekaan yang tidak sesuai untuk dijelmakan secara realiti. Justeru kami akan menjelaskan kepada mereka pengubahsuaian yang realistik mengikut konsep asal mereka,” tambah Khairul Asyraf yang berpesan kepada pelanggan agar menyediakan sekurang-kurangnya lakaran kasar sebelum melakukan sebarang tempahan.
Perabot dari kilang dihasilkan dalam skala besar menggunakan mesin. Justeru apa yang membezakan hasil kerja Fine Grit Studio adalah kemasan setiap produknya.
PENGGUNAAN kayu tempatan lebih menjamin ketahanan berbanding kayu import.
PENGGUNAAN kayu tempatan lebih menjamin ketahanan berbanding kayu import.
Di bawah fasa kemasan, Daniel dan Khairul Asyraf perlu mengulangi proses merata, melicin, memvarnis (gelap dan lutsinar) dan menggosok selama hampir dua minggu bagi memastikan permukaan produk licin dan sekata.
FINE Grit Studio turut menganjurkan kelas bagi mereka yang berminat mempelajari proses-proses reka cipta produk.
FINE Grit Studio turut menganjurkan kelas bagi mereka yang berminat mempelajari proses-proses reka cipta produk.
Kotak kecil dengan rekaan standard pula dapat disiapkan dalam masa dua hari. Kini kami turut merancang untuk mengeluarkan papan pemotong sebagai produk bagi pasaran luas,” dedah Daniel yang menambah bahawa kini mereka mula berjinak-jinak mengendalikan besi ekoran permintaan pelanggan.
Pelan jangka panjang dua pemuda itu adalah untuk berpindah ke bengkel lebih besar dilengkapi ruang pameran dan kafe. Malah tidak lama lagi mereka bakal menambah produk berasaskan kulit.
“Kami berhasrat untuk mengembangkan Fine Grit Studio sebagai sebuah hub reka cipta kreatif. Maka para pelanggan tidak akan melihat produk berasaskan kayu sahaja bahkan ia akan meliputi seluruh genre seni reka termasuk pakaian,” begitu harapan Daniel yang juga telah menganjurkan kelas reka cipta bagi mereka yang berusia 10 tahun ke atas.
Info Fine Grit Studio
Laman web: www.finegritstudio.com
Instagram: @finegritstudio
Lokasi: No. 9, Jalan 3/3B, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon: 012-254 2040 (Daniel) / 013-649 3764 (Khairul Asyraf)
E-mel: dansaleh@finegritstudio.com (Daniel) / kaz@finegritstudio.com (Khairul Asyraf)

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...