Permainan gasing adalah permaian yang popular di Semenanjung Malaysia. Ia bukan sahaja boleh dimainkan oleh kanak-kanak malahan orang dewasa juga gemar bermain gasing.
Jenis-jenis Gasing
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.
Gasing leper |
Gasing leper Kelantan merupakan sejenis gasing yang sering dimainkan di Kelantan. Ia biasanya dimainkan menurut lama tempoh ia berputar. Gasing ini berbentuk rendah seperti piring dengan berat sekitar 8 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 48 cm dengan ketinggian sekitar 6 cm. Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini disimpai berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya agak mahal.
Gasing Lang Laut |
Gasing Lang Laut merupakan sejenis gasing yang dahulunya banyak terdapat di Johor, tetapi kini ia lebih mudah didapati di Selangor. Gasing lang laut berbentuk sederhana dengan bentuk berembang dengan berat 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 12 cm. Bentuk gasing lang laut agak tinggi sementara patak pula meruncing dan rata dari bahu hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi seperti helang yang menyambar dari atas. Di Klang, Selangor bentuk ini disebut sebagai petek-petek.
Gasing Kuno merupakan jenis gasing silam yang pernah dimainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, dan Johor. Gasing ini merupakan gasing yang masih mengekalkan bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk berembang. Biasanya ia digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada kayu merbau, ru, dan keranji. Di Pahang, terutama di Kuala Lipis dan Temerloh, bentuk amat bulat sedikit dan di Johor pula paksinya lebih besar dan panjang. Gasing Kuno mempunyai bentuk berembang dengan berat sekitar 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian 10 cm.
Gasing Toyol merupakan sejenis gasing yang berbentuk tinggi seperti berembang dengan berat sekitar 0.6 kg. Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36 cm dengan ketinggian sekitar 12 cm. Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing lain. Ketika dalam permainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing-gasing lain. Pada masa kini, pemain gasing di Selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya sebagai pengacau.
Gasing Begelen |
Proses Membuat Gasing
Bahan : Kayu Tualang,Keranji Alat : Mesin Pelarik, parang, tatah, gergaji ;
Potongan kayu mentigi dibubut langsung membentuk Gasing yang dikehendaki, Gasing Uri, Gasing Pemangkak dan Gasing Penahan. |
Setelah berbentuk gasing, kemudian dihaluskan. Kayu sepanjang 50 cm, biasanya bisa menjadi tiga buah gasing. |
Kemudian bagian tengah gasing diberi kawat supaya putaran tahan lama, dan langsung di “ balancing “ dengan cara memutar gasing di atas sebuah papan. |
- bicarasenivisual.blogspot.my
No comments:
Post a Comment