Sejak kedatangan Islam, motif-motif atau gaya Arabes telah menjadi ikutan kerana ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Gaya Arabes telah diperkenalkan apabila Islam melarang corak berdasarkan figura seperti manusia dan haiwan. Dari perspektif falsafah penciptaan, motif dihasilkan untuk tujuan-tujuan hiasan dan pada masa yang sama untuk tujuan tauhid. Dalam hal ini, Islam telah menjadi sumber penting dalam membangunkan satu perhubungan antara manusia dan pencipta dalam satu bentuk abstrak dan pada masa yang sama mencipta nilai estetik - (Ismail Kata & Ahmad sifudin Abdullah, 2001).
Lazimnya motif awan larat direka dengan teliti berdasarkan beberapa kriteria. Penggunaannya di satu komposisi dikawal oleh empat prinsip. Prinsip pertama, elemen reka bentuk mesti dibahagikan sama rata dalam komposisi. Kedua, ruang kosong atau ruang yang tidak diliputi sepatutnya sama dengan ruang berukir. Ketiga, haiwan atau manusia tidak seharusnya di-gambarkan dan keempat, apabila terdapat satu motif pusat, elemen reka bentuk sekunder yang lain akan diulangi di sekitarnya. Selain awan larat, unsur-unsur lain yang berpengaruh termasuk ayat-ayat suci dari Al-Quran dan tumbuhan seperti sulur paut kacang, dan daun kiambang.
Setiap ukiran yang dihasilkan adalah bersumberkan inspirasi alam dengan mematuhi prinsip-prinsip kesenian Islam bahkan pengutaraan motif ukiran kayu tradisional Melayu itu sendiri sangat berkait dengan falsafah Islam. Enam prinsip keindahan ukiran kayu Melayu tradisional merujuk kepada idea kelembutan (flexibility), kehalusan (refinement) keseimbangan (balance), kesatuan (unity) berguna (functionality) dan perlambangan (symbolism).
Nilai estetika yang dihasilkan dalam kraf orang Melayu ini adalah berkaitan halus, berguna, bersatu, berlawan dan prinsip berlambang supaya penghasilannya dapat memberi kepuasan kepada pereka dan penghayat kraf atau seni. Dari segi kehalusan sesuatu seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melibatkan cara pembuatan teliti dan bahan yang sesuai dari segi kegunaan.
Penghasilan seni yang berguna pula, melibatkan hasil seni yang memenuhi fungsi yang bukan hanya indah dipandang, malah selesa dipegang. Prinsip bersatu pula bermaksud sesuatu hasil seni tidak berakhir dan berhujung, iaitu motif yang dihasilkan dikaitkan dengan satu bahagian dengan bahagian lain yang boleh mengajak mata menerokai bahagian dalaman. Berkaitan dengan prinsip bersatu, lingkaran belit ialah perkara yang berkaitan dengan prinsip menyatukan, manakala prinsip berlawan merujuk kepada adanya pertentangan yang terkawal di antara dua bahagian.
Ukiran kayu biasa juga ditemui pada ukiran panel. Ukiran panel adalah dinding kayu yang terdapat pada senibina rumah tradisional yang merupakan hiasan dua dimensi. Ukiran panel ini mempunyai panjang dan lebar yang pelbagai dan ketebalan yang seragam mengikut ketebalan dinding.Panel ini diukir dengan teknik tebuk tembus atau tebuk timbul. Teknik ukiran kedua-duanya boleh dikemaskan dengan silatan ukir seperti silat belah rotan, silat sodok, silat bunuh juring dan sebagainya.
Permulaan reka bentuk ukiran disebut punca dan dari punca inilah gubahan ukiran akan keluar dalam bentuk lingkaran hingga memenuhi ruangan panel yang hendak di ukir. Punca ukiran ini adalah benih umpama semua yang bernyawa bermula dengan benih baik tumbuhan, haiwan ataupun manusia.
Panel ukir ini berfungsi tidak hanya sebagai hiasan kepada dinding rumah tetapi mengandungi makna yang lebih daripada itu. Panel ukir ini ibarat gunungan atau pohon budi atau pohon hayat pada persembahan wayang kulit yang membawa lambang kehidupan seperti juga tree of life dalam banyak budaya lain di dunia.
Ini adalah kerana motif yang dihasilkan walaupun tumbuhan asasnya, tetapi bukanlah suatu pohon sebenar yang boleh dilihat di dalam alam semulajadi. Ia adalah suatu perlambangan yang membawa maksud tentang kewujudan pencipta alam ini yang maha berkuasa dan maha agung.
Pada asalnya, ukiran kayu dihasilkan hanya untuk tujuan rekreasi sahaja. Keadaan- bertukar apabila ukiran kayu diberikan satu tempat yang khas di istana. Berbakat dan berkemahiran tinggi dalam kegiatan mengukir biasanya ditentukan apabila ia mendapat tempat di istana sebagai "Royal Artists (Seniman diraja)". Hasilnya, pengukir kayu tradisional yang mulanya mengukir berkonsepkan lambang dan budaya masyarakat Melayu telah mendapat kedudukan khas di istana. Zaman Keemasan kayu Melayu tradisional ukiran bermula apabila sultan dan bangsawan menjadi penaung dan pemilik seni. Kecemerlangan seni ukiran kayu Melayu bermula apabila kumpulan ini dinaikkan status pekerja-pekerja mahir sebagai artis-artis istana - (Mohd. Affandi Hassan, 1992).
Ukiran yang dihasilkan untuk istana biasanya menekankan sejumlah rekaan termasuklah aspek keindahan dan makna. Dari segi estetik, kesenian ukiran biasanya menekankan nilai artistik dan simbol status istana, manakala tentang makna, perhatian difokuskan pada makna tersembunyi dan jelas dalam menghasilkan ukiran kayu. Motif dan corak dirancang khusus untuk istana secara tidak langsung mempunyai kepentingan dan falsafahnya sendiri yang mana membezakan golongan pemerintah dari orang biasa.
Jelas seni ukiran kayu merupakan hasil seni rupa tradisi Melayu yang memiliki bentuk ukiran yang memaparkan keunikan, kelembutan dan kehalusan hasil kerja tangan pengukir dan kematangan seni ukiran turun temurun masyarakat Melayu. Ini dapat dilihat pada ukiran- ukiran yang terdapat di istana dan rumah-rumah kediaman masyarakat Melayu dahulu kala.Salah satu daripada ciri yang menarik pada seni bina rumah tradisi di Malaysia ialah seni ukiran kayu.
Hasil ukiran kayu Melayu terutamanya ukiran pada papan banyak menghiasi beberapa bahagian rumah Melayu tradisi dan juga dalam masjid-masjid di Semenanjung Malaysia. Mereka yang pakar dalam seni ukiran kayu menyatakan bahawa reka bentuk ukiran kayu untuk dinding pintu, tingkap, pemidang, almari atau meja dihasil menggunakan dua teknik asas iaitu ukiran tebuk dan ukiran timbul.
Proses mereka motif ukiran kayu biasanya melibatkan beberapa proses seperti memilih, memasang dan menyusun motif-motif reka bentuk berdasarkan falsafah ukiran kayu Melayu. Proses ini ditemui dalam konsep awan larat.
Konsep awan larat lazimnya menekankan satu daripada pergerakan yang tetap itu
berasal dari satu sumber misteri, yang dengan perlahan dan secara semula jadi bersatu dalam keseimbangan dan keharmonian. Motif-motif reka bentuk yang ditonjolkan memberi pengertian tentang kesederhanaan, kurang ditonjolkan tetapi sebaliknya membawa makna tentang idea kerendahan hati. Sebaliknya, corak-corak halus menggambarkan unsur pengulangan, merujuk kepada zikir iaitu penyucian jiwa dan rohani.
Prinsip berlambang adalah sesuatu seni yang berkaitan dengan hiasan kerana hiasan merupakan lambang keindahan dan kecantikan yang mempunyai hubung kait antara isi dan bentuk yang dihasilkan.
Lima Prinsip Kesenian ;
1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitran dan sejagat. Alam sekitar gelerinya dan manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredaan NYA.
2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yg menyentuh aspek-aspek estatika, kemanusiaan, moral dan lain2 lagi.
3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kpd keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kemakrufan, kesahihan dan budi yang mantap.
4. Kesenian Islam terpancar dari wahyu Allah, sama seperti undang2 dan syariat. Setiap penciptaan karya harus berada di bawah linkungan dan peraturan wahyu. Ini membezakan kesenian Islam dan kesenian bukan Islam.
5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan Allah, alam sekitar dan sesama manusia serta makhluk lain.
Mengikut teori seni yang dikemukakan oleh Mohamed Najib (1995) pula,karya seni kreatif yang melibatkan seniman, merupakan kerja yang harus melalui beberapa tahap dan proses pengkaryaan yang bertitik tolak daripada penggunaan akal yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada manusia.
Seni ukiran menurut istilah dewan bahasa, merupakan satu proses menorah, menggores, dan memahat dengan menggunakan pahat untuk membuat reka bentuk pada kayu atau barang perhiasan dan lain-lain. Manakala kraf tradisional pula boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun.
Kesimpulannya, ukiran kayu tradisional Melayu adalah kerja mengukir atau menggores kayu mengikut reka corak yang tertentu dengan menggunakan alatan seperti pahat, pisau, dan sebagainya berdasarkan corak kesenian Melayu yang diwarisi turun temurun. Usaha kerja mengukir merupakan satu cara penghayatan, pernyataan seni emosi pengukir dan daya cipta dalam bentuk tampak terhadap beraneka benda serta berfungsi terhadap penggunaannya pada masyarakat.
Dari sudut sejarah, pengaruh hindu sangat memberi kesan terhadap perkembangan budaya di alam Melayu. Ini termasuklah dalam pembentukan sosio-budaya masyarakat Melayu yang bermula sejak abad pertama. Unsur budaya Hindu yang merangkumi kesusasteraan, agama dan kepercayaan seperti telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Melayu. Lantaran itu dipercayai bahawa pembangunan kraftangan, terutama ukiran kayu dalam dunia Melayu, dipengaruhi juga oleh kebudayaan Hindu. (Siti Zainon, 1986).
Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, kepercayaan terhadap animisme sangat meluas dan menjadi anutan kepada masyarakat pada masa itu dan secara tidak langsung ia telah meresap ke atas seni ukiran . Motif yang digunakan pada masa itu lebih kepada figura dan juga binatang. Apabila Islam mula memasuki Tanah Melayu, ajaran Islam mula meresapi pemikiran masyarakat pada masa itu dan secara tidak langsung Islam melarang penggunaan motif-motif figura dan binatang yang sememangnya bertentangan dengan akidah Islam. Islam menganjurkan penggunaan motif bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri dan kaligrafi sebagai menggantikan apa yang telah dipraktikkan selama ini.
Perkembangan seterusnya peradaban Melayu ialah melalui proses asimilasi budaya dan kepercayaan agama dari Hindu kepada Islam telah memberi kesan berpanjangan hingga kini. Amalan ritual dalam beberapa upacara khususnya yang bersangkut paut dengan apa yang dikatakan amalan tradisional pada sesetangahnya masih dalam proses penyesuaian. Antara amalan khurafat dan kesetiaan kepada warisan. Proses Islamisasi dalam amalan terlihat pada bacaan dan jampi serapah yang menggunakan kalimah Islam bertepatan dengan pernyataan betapa eratnya kehidupan masyarakat Melayu dengan kepercayaan Islam.

" Tumbuh berpunca " , " Punca penuh rahsia ", " Tajam tidak menujah lawan " , " Melilit tidak memaut ", " Kawan tetapi melingkar " , " Penuh mesra " .
- (petikan dari Asas Ukiran Melayu, Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan
Sukan Malaysia, 1982)

No comments:
Post a Comment