Blog List

Wednesday, 22 February 2017

PENERAPAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM KONTEKS MEMBINA INSAN BERKEPIMPINAN DI KALANGAN PELAJAR MELALUI AKTIVITI KOKURIKULUM DI UNIVERSITI

Conference Paper (PDF Available) · December 2014with4,984 Reads

Conference: Research Seminar, At UTHM
Abstract
Kemahiran generik merupakan kemahiran yang sangat penting dan ditekankan oleh majikan ke atas graduan sebelum diberikan jawatan atau diterima bekerja. Kemahiran insaniah seharusnya disemai ke dalam diri pelajar semenjak mereka berada di pusat pengajian tinggi lagi untuk menjamin perkembangan diri mereka pada masa akan datang. Untuk menggapai hasrat pendidikan, kokurikulum menggalas peranan yang penting dalam hampir semua proses pendidikan. Kokurikulum dan kurikulum merupakan dua elemen dalam menjana individu yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kokurikulum memainkan peranan samada secara langsung atau tidak langsung dalam proses pembangunan diri seseorang individu. Melalui peranan kurikulum semata - mata sangatlah sukar untuk melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan yang sempurna, berkepimpinan, berketerampilan dan berdaya saing. Menerusi program atau kursus kokurikulum, pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran mereka seperti kemahiran komunikasi, kepimpinan, keusahawanan dan seterusnya memiliki kriteria yang diperlukan oleh majikan. Justeru itu, hasil dari kupasan literatur menunjukkan kemahiran insaniah adalah menjadi keperluan bagi graduan dan kokurikulum merupakan satu platform serta mempunyai pertalian yang rapat dalam pembentukkan kemahiran insaniah.

For further details log on website :
https://www.researchgate.net/publication/269405582_PENERAPAN_KEMAHIRAN_INSANIAH_DALAM_KONTEKS_MEMBINA_INSAN_BERKEPIMPINAN_DI_KALANGAN_PELAJAR_MELALUI_AKTIVITI_KOKURIKULUM_DI_UNIVERSITI

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...