Blog List

Friday, 24 March 2017

Desa Cattle Dairy Farm Kundasang Seakan berada di New Zealand!

Kickbola.net
Sebenarnya anda tak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk melancong ke luar negara kerana salah satu tempat di negara kita ini akan membuatkan anda seolah-olah berada di New Zealand.
Tempat Di Sabah Ini Membuatkan Anda Seolah-Olah Berada Di New Zealand 

Hello Sabahan! Harini admin mau cerita pasal sebuah tempat, bukan di New Zealand atau Australia, tapi di negeri kita sendiri iaitu Sabah! Ramai yang mempunyai impian untuk melancong ke luar negara terutamanya negara yang beriklim sejuk dan mempunyai permandangan yang cantik namun terhalang dengan kekangan wang ringgit kerana memerlukan bajet yang besar. 

Terletak di Tanah Tinggi Mesilau, Kundasang! Desa Cattle atau di panggil Desa Farm adalah sebuah ladang ternakan tenusu yg dikatakan mempunyai suasana seperti berada di luar negara! (Kalau tida percaya boleh tanya kawan-kawan saudara mara kamurang yang suda pergi atau kita pergi sendiri rasa macamanalah.


Tempat ini dibuka setiap hari, dengan bayaran hanya RM5 untuk seorang, kamurang bole masuk dan ambil gambar pemandangan sepuas hati landskap New Zealand Sabah.

Selain itu pelawat yang mengunjungi Desa Farm boleh rasa produk segar mereka seperti susu segar, puding dan aiskrim gelato yang sangat sedap!


Admin galakkan untuk kamu pergi pada waktu pagi kerana cuaca lebih sejuk dan kurang awan yang melitupi Gunung Kinabalu. 

Selamat bercuti! 

Jangan risau. Sebenarnya anda semua tak perlu pergi jauh keluar negara untuk mendapat itu semua. Desa Dairy Farm, Mesilau Sabah boleh membuatkan anda seolah-olah berada di New Zealand.
Desa Dairy Farm yang terletak di kaki gunung Kinabalu di Tanah Tinggi Mesilau Kundasang, Sabah kini kian menjadi pilihan para pelancong dalam dan luar negara untuk menikmati permandangan indah malah beriklim sejuk. 



Ladang seluas 199 hektar ini menjadi tempat penternakan lembu dan menghasilkan 900,000 liter susu lembu segar setiap tahun. Desa Dary Farm ini terletak kira-kira 100km daripada bandar Kota Kinabalu dan mengambil masa 2 jam untuk sampai jika menaiki kereta.






Bukan sekadar melihat permandangan yang indah dan cantik tapi anda juga berpeluang menikmati pelbagai jenis susu segar dan aiskrim yang sedap buatan orang tempatan yang terjamin kesedapannya. 



SOS: Semuanya ada di Sabah!. Takperlu pegi jauh-jauh ke luar negara.


For further information log on website :
http://sabahup2date.blogspot.my/2015/10/desa-cattle-dairy-farm-kundasang-seakan.html

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...