Blog List

Wednesday 6 September 2017

Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional

Author
Article · January 2008with85 Reads

Article · January 2008with85 Reads

Abstract

1.0 Pengenalan Pengajian Alam Melayu merupakan salah satu daripada pengajian wilayah yang telah diasaskan sejak kurun ke-18 lagi oleh para sarjana, intelektual, penjajah Eropah, pelayar, dan sebagainya. Luas kawasan geografi Alam Melayu ditentukan menerusi Bahasa Melayu sebagai lingua franca (Collins 1996) dalam pertuturan kehidupan seharian. Alam Melayu yang dikenali sebagai Asia Tenggara, dikelilingi oleh pulau-pulau kecil dan besar merangkumi 250 juta populasi manusia di negara-negara seperti Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan bahagian selatan Filipina, Kemboja dan Thailand. Ia merupakan benua terbesar dikelilingi oleh ribuan pulau-pulau kecil dan besar, dihuni oleh pelbagai komuniti peribumi yang kaya dengan adat, budaya dan identiti. Sejak tahun 1999, Pengajian Alam Melayu yang diasaskan di Institut Alam dan Tamadun Melayu(ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengalami suatu perubahan konseptual dan didefinisikan menerusi tiga aspek utama dalam falsafah iaitu epistemologi, ontologi dan metodologi. Pengajian Alam Melayu dari aspek epistemologinya adalah merujuk kepada pembinaan ilmu yang berlandaskan kepada sains dan bukan sains, yang berteraskan kepada tradisi Eropah dan bukan Eropah tanpa memenuhi agenda ekonomi politik kuasa besar dan kecil, dahulu atau sekarang. Pernyataan ini dengan mudahnya membuka suatu ikatan ataupun memecahkan ruang yang sempit kepada suatu keadaan yang lebih bebas dan fleksibel. Ini akan memudahkan lagi perluasan kepada kajian dan juga penyelidikan dalam Pengajian Alam Melayu. Kesannya Pengajian Alam Melayu akan lebih mudah dijelaskan melalui asas sains dan bukan sains, Eropah dan bukan Eropah. Ini terbukti menerusi kajian-kajian yang dijalankan oleh Hairudin dalam usaha membentuk pemikiran dan kosmologi Melayu dalam perkembangan dan kemajuan bidang sains dan teknologi. Masalah dan kritikan dalam kajian manuskrip Melayu yang dihuraikan dengan terperinci oleh Ding juga (2004) sebenarnya dapat diselesaikan dengan mudah jika ruang pemikiran dibuka seluas-luasnya tanpa dikuasai oleh ilmu kolonial (Shamsul, 2000) dan juga fahaman sempit barat terhadap orientalis (Said, 1979). Dalam aspek ontologi pula, Pengajian Alam Melayu merujuk kepada kajian mengenai suatu wilayah geo-politik dan bukannya wilayah etnik yang dikenali sebagai Alam Melayu, Dunia Melayu atau nusantara. Menerusi kehadiran orang bukan Melayu dan bukan bumiputera dengan Alam Melayu yang secara khususnya merujuk kepada orang Melayu, suatu persefahaman telah berjaya mewujudkan hubungan yang harmoni dengan kehidupan yang aman dan damai. Ini telah berlaku sejak dari zaman pra-kolonial sehinggalah sekarang. Konsep pluralism (Shamsul, 1983) yang berlaku di Alam Melayu

Pengurusan Pengetahuan dalam Pengajian Alam Melayu: Pembangunan Pangkalan Data Seni Ukir Kayu Melayu Tradisional (PDF Download Available). Available from: https://www.researchgate.net/publication/282358217_Pengurusan_Pengetahuan_dalam_Pengajian_Alam_Melayu_Pembangunan_Pangkalan_Data_Seni_Ukir_Kayu_Melayu_Tradisional [accessed Sep 6, 2017].


For further details logon website :

https://www.researchgate.net/publication/282358217_Pengurusan_Pengetahuan_dalam_Pengajian_Alam_Melayu_Pembangunan_Pangkalan_Data_Seni_Ukir_Kayu_Melayu_Tradisional

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...