Author
By
For further information log on website :
http://www.pepatung.com.my/gaya-hidup/kompas/kembara-di-lima-warung-kopi-lokal-terbaik.htm
By
DANIEL HALIS
ANDA fanatik kopi? Ya memang ramai yang tidak boleh hidup tanpa sekurang-kurangnya secawan kopi sebagai minuman pelengkap pemula hari. Kopi cukup popular di seluruh dunia tanpa mengira usia sehinggakan ada yang kecanduan kopi. Ia bukan sahaja dikategorikan sebagai minuman, malah telah diinovasikan sebagai perisa dalam pelbagai makanan.
Para pengembara juga sering mengunjungi kafe-kafe kopi di lokasi penjelajahan mereka bagi menikmati kelainan rasanya. Malah terdapat individu yang mengembara semata-mata mahu melakukan eksplorasi mencari kopi-kopi terbaik. Jika di Malaysia, sama ada anda menuju ke Utara atau Selatan, terdapat banyak pilihan ‘warung’ kopi yang unik untuk disinggah.
Justeru, bagi mereka yang mahukan kembara bertema kopi, berikut saya senaraikan beberapa kedai kopi tempatan yang yang pernah saya kunjungi dan sememangnya ia amat berpengaruh dalam kalangan pencinta kopi tanah air yang pasti tidak mengecewakan.
1) Chaiwalla & Co
Diasaskan seorang anak muda yang telah puas mengembara ke seluruh dunia, Allahyarham Nazrul Hakim Putra Zaimi pulang ke kampung halamannya bagi merealisasikan impian untuk memiliki jenama kopi sehebat Starbucks. Berbekalkan sebuah kontena yang ditransformasi kepada sebuah kafe, Chaiwalla & Co berjaya ditubuhkan pada tahun 2012 di Jalan Tan Hiok Nee ( Jalan Bazaar Karat ), Johor Bahru (JB).
Diasaskan seorang anak muda yang telah puas mengembara ke seluruh dunia, Allahyarham Nazrul Hakim Putra Zaimi pulang ke kampung halamannya bagi merealisasikan impian untuk memiliki jenama kopi sehebat Starbucks. Berbekalkan sebuah kontena yang ditransformasi kepada sebuah kafe, Chaiwalla & Co berjaya ditubuhkan pada tahun 2012 di Jalan Tan Hiok Nee ( Jalan Bazaar Karat ), Johor Bahru (JB).
Dalam jangka masa singkat, ideanya bukan sahaja diterima masyarakat setempat tetapi kopinya turut dinikmati kerabat diraja Johor. Sudah pasti konsep yang diterapkan Nazrul menjadi faktor penarik dalam kalangan pelanggannya. Setiap pekerja di sini juga dilatih untuk berinteraksi mesra dengan setiap pengunjung kerana ia amat mengutamakan layanan terhadap pelanggannya.
Lebih istimewa, walaupun hanya menawarkan enam perisa asas kopi, tetapi jika dicampurkan bersama bahan campuran kopi lain yang terdapat di kafe ini, ianya mampu menghasilkan lebih 200 kombinasi perisa mengikut kemahuan dan cita rasa pelanggan. Terserah kepada anda perisa apakah yang mahu dicuba?
Bukan setakat itu, kebanyakan pelanggan juga memilih Chaiwalla & Co kerana menu istimewanya seperti Vietnamese Coffee dan Thai Milk Tea yang diimport khas. Kafe ini beroperasi setiap hari bermula jam 12 tengahari hingga 1 pagi dengan operasi lanjutan selama satu jam setiap hujung minggu.
Tambah membanggakan, setelah beroperasi selama setahun di JB, jenama kopi lokal ini melebarkan sayapnya ke pusat beli-belah The Curve, Mutiara Damansara, Selangor dan diuruskan sahabat baik Nazrul, Tajul Affandi Tajudin. Keutuhan konsep dan konsistensi setiap menunya membolehkannya meraih tempat kedua pada Anugerah Inovasi SME Alliance Challenge 2014 sebagai jenama tempatan terbaik.
Pelbagai perancangan sedang diaturkan Nazrul untuk memperkasakan lagi Chaiwalla & Co. Bagaimanapun, Nazrul diberitakan telah meninggal dunia pada 22 Februari lalu akibat demam panas. Kini legasinya akan diuruskan keluarganya dan tiga lagi sahabat baiknya. Pada masa akan datang, penduduk di sekitar JB dan Mutiara Damansara bakal menikmati seleksi kopi mahupun hidangan kacang pool di rumah apabila ujian servis penghantaran menggunakan basikal persis kafe-kafe kopi ternama di New York, Amerika Syarikat (AS) selesai dengan jayanya.
2) Old Skool Cafe
Orang di Pantai Timur semakin bijak memilih kopi dan kerana itulah tertubuhnya Old Skool Cafe di Lorong Tun ismail 10, Kuantan, Pahang. Kafe yang baru beroperasi selama tiga bulan ini mudah diterima masyarakat setempat kerana konsepnya yang santai selain hiasan dalamannya yang ringkas menggunakan perabot buatan sendiri daripada bahan terbuang.
Orang di Pantai Timur semakin bijak memilih kopi dan kerana itulah tertubuhnya Old Skool Cafe di Lorong Tun ismail 10, Kuantan, Pahang. Kafe yang baru beroperasi selama tiga bulan ini mudah diterima masyarakat setempat kerana konsepnya yang santai selain hiasan dalamannya yang ringkas menggunakan perabot buatan sendiri daripada bahan terbuang.
Pelbagai seleksi dan perisa kopi disediakan seperti cappuccino, espreso, latte dan mocha, semuanya berharga kurang daripada RM20. Keistimewaan kopi di kafe ini adalah ia menggunakan kopi dari Itali iaitu Caffe Vergnano 1884 yang dimaktubkan dunia sebagai kopi nombor empat terbaik.
Old Skool Cafe juga menyediakan pelbagai hidangan seperti snek barat, pastri, piza serta hidangan utama berteraskan masakan Barat bagi memberi keutamaan kepada pelanggan yang menjadikan kafe ini bukan sekadar tempat bersantai bersama rakan-rakan, namun sesuai untuk seisi keuarga.
Instagram: @OldSkool_cafe
Facebook: Old Skool Cafe
Facebook: Old Skool Cafe
3) Bondee Traveller’s Cafe & Lodge
Bayangkan sebuah hab yang menjadi transit untuk pengembara-pengembara dari seluruh dunia. Mereka boleh minum kopi kegemaran sambil bertentang mata dan bertukar pandangan mengenai kegilaan melancong mahupun menerima cadangan tentang lokasi menarik untuk dikunjungi.
Bayangkan sebuah hab yang menjadi transit untuk pengembara-pengembara dari seluruh dunia. Mereka boleh minum kopi kegemaran sambil bertentang mata dan bertukar pandangan mengenai kegilaan melancong mahupun menerima cadangan tentang lokasi menarik untuk dikunjungi.
Itulah konsep yang cuba diketengahkan oleh Fathee Razali selaku pengasas Bondee Traveller’s Cafe & Lodge yang terletak di Jalan 14/22 Petaling Jaya, Selangor ini.
Ianya telah beroperasi hampir setahun, amat sesuai dikunjungi jika mahukan kelainan suasana dan profil pengunjung antarabangsanya. Sapalah sesiapa sahaja di sini, daripada pelayan sehinggalah tetamunya, mereka cepat mesra seumpama anda sedang ber-‘backpack‘ di sebuah lokasi pelancongan terkenal dunia.
Kafe ini sering menayangkan beberapa siri travelog terkenal pada waktu tertentu bagi melengkapkan lagi pengetahuan pengembaraan kepada pengunjungnya. Bersesuaian dengan konsepnya berhampiran kaki jalan, Bondee Traveller’s Cafe & Lodge juga menghidangkan pelbagai hidangan istimewa dari Eropah, Asia Barat dan Asia yang mungkin boleh mengembalikan memori tempat-tempat yang pernah anda kunjungi.
Saya juga menyarankan anda untuk menikmati latte di sini sambil merancang kembara anda yang akan datang. Kafe ini beroperasi setiap hari pada pukul 12 tengahari sehingga tengah malam.
4) Hobo, Gan Lee Co
Hobo merupakan ayat yang sering diguna pakai di AS merujuk kepada gelandangan tanpa rumah dan hanya meneruskan kehidupan dengan pekerjaan yang membolehkan mereka makan dan minum setiap hari. Itulah sebenarnya bayangan dan suasana yang boleh dilihat jika anda berkunjung ke kafe Hobo di Jalan Brewster, Ipoh, Perak ini.
Hobo merupakan ayat yang sering diguna pakai di AS merujuk kepada gelandangan tanpa rumah dan hanya meneruskan kehidupan dengan pekerjaan yang membolehkan mereka makan dan minum setiap hari. Itulah sebenarnya bayangan dan suasana yang boleh dilihat jika anda berkunjung ke kafe Hobo di Jalan Brewster, Ipoh, Perak ini.
Rekaan dalamannya cukup kreatif dan tampak mewah sedangkan ianya hanya dihias menggunakan bahan buangan seperti tin, ranting, daun tingkap dan pintu yang dikutip lalu diubahsuai membentuk perabot. Usaha lebih enam bulan mencari tapak yang sesuai ternyata berbaloi apabila pemiliknya, Azizul Azman menemui sebuah premis lama yang dahulunya merupakan sebuah kedai kasut bernama Gan Lee Co yang mahu disewakan.
Tiada pengubahsuaian besar dilakukan bagi menghidupkan konsep yang ingin diketengahkan. Walaupun tidak mempunyai dana yang besar, ianya berjaya direalisasikan mengikut idea asalnya dan rakan-rakan.
Hobo menyediakan tiga jenis kopi utama yang terdiri daripada brew, drip dan aeropress. Kesemuanya itu adalah teknik penyediaan kopi istimewa daripada bijian kopi yang diproses dan dibuat sendiri secara manual oleh warga kerja Hobo. Saya dimaklumkan bahawa kopi brew mereka sentiasa mendapat sambutan hangat. Ia diperam sekurang-kurangnya lapan jam terlebih dahulu sebelum dijadikan minuman. Malah ia juga dihidangkan tanpa sebarang campuran tambahan sekali gus menjadikan kopi ini lebih asli dan sedap.
Pada permulaannya, Hobo hanya menyediakan hidangan makanan ringkas seperti wafel tetapi kini menunya semakin bertambah dengan pelbagai snek serta hidangan utama selaras dengan penerimaan baik daripada orang ramai. Azizul yang juga merupakan seorang jurugambar perkahwinan turut menghargai kesenian dan menganggap Hobo juga adalah luahan seninya sendiri.
Instagram: @ganleeco
E-mel: ganleeco@gmail.com
E-mel: ganleeco@gmail.com
5) Narrow Marrow
Jangan salah sangka jika anda terlihat sebuah deretan kedai lama di Lebuh Carnavon, Georgetown, Pulau Pinang dan menganggap ianya hanyalah bangunan usang yang tiada tarikan. Di situlah terletaknya sebuah kafe bernama Narrow Marrow dan ia merupakan lokasi menarik untuk bersantai sambil menikmati kopi setelah penat menjelajah seisi Pulau Mutiara.
Jangan salah sangka jika anda terlihat sebuah deretan kedai lama di Lebuh Carnavon, Georgetown, Pulau Pinang dan menganggap ianya hanyalah bangunan usang yang tiada tarikan. Di situlah terletaknya sebuah kafe bernama Narrow Marrow dan ia merupakan lokasi menarik untuk bersantai sambil menikmati kopi setelah penat menjelajah seisi Pulau Mutiara.
Terletak berhampiran bangunan ikonik Komtar, ia mula beroperasi pada Oktober 2014 dan dimiliki pasangan Alvin Neoh dan Jamie Oon. Sebelum ini, kedua-duanya masing-masing bekerja sebagai arkitek dan pereka hiasan dalaman. Alvin juga adalah seorang pemuzik.
Premis ini pada asalnya adalah tempat tinggal mereka dan disebabkan keterujaan pasangan ini menyimpan pelbagai perabot antik, ia kemudiannya menarik ramai orang untuk singgah bagi melihat koleksi berharga milik mereka. Akhirnya, mereka berkeputusan untuk menjadikannya sebuah kafe.
Walaupun Narrow Marrow dipenuhi himpunan perabot antik, Alvin tidak menetapkan sebarang konsep bagi kafenya ini kerana baginya apa yang dapat dilihat pengunjung merupakan cermin keperibadian mereka berdua. Dengan cara ini, mereka turut menarik minat golongan yang mempunyai cita rasa dan gaya pemikiran yang sama.
Mereka sentiasa tertarik terhadap barangan yang mempunyai cerita tersendiri dan itulah jawapan kepada segala perkakasan dan perabot yang terdapat di kafe ini. Alvin mahukan kopi di kafe ini menjadi menjadi penghubung perkongsian idea untuk aktiviti berkaitan kesenian, muzik dan persembahan ataupun apa-apa sahaja.
Keistimewaan Narrow Marrow lebih terserlah kerana selain kopi, ia juga menyediakan minuman yang cukup dekat dengan cita rasa orang Pulau Pinang. Maka terlahirlah minuman berasaskan buah pala, halia dan avokado. Kebiasaannya, latte menjadi pilihan pelanggan baharu, namun pelanggan tetapnya akan memilih black lemongrab.
Kopi espreso itu ditambah dengan madu dan lemon bagi mencipta keserasian apabila ia digabungkan bersama bijian kopi Mokka dari Australia sekali gus menjadikan ia minuman yang menyegarkan. Jangan terkejut jika anda bertukar menjadi lebih gembira dan petah beracakap selepas menikmati kopi di sini kerana ia sengaja dihidangkan secara double shot! Itulah kelainan yang cuba ditampilkan Narrow Marrow.
Kredit foto: Redhuan Jamil / Daniel Halis / Udey Ismail / Azizul Azman
http://www.pepatung.com.my/gaya-hidup/kompas/kembara-di-lima-warung-kopi-lokal-terbaik.htm
No comments:
Post a Comment