Blog List

Wednesday, 17 May 2017

Enam Suai Padan Fesyen Cut-Out Nivea X Zalora

Author
By 

ANDA pernah mendengar istilah fesyen cut-out? Jika ya pasti anda sinonim dengan nama Adam Saaks. Pakar fesyen cut-out antarabangsa itu telah diterbangkan dari Amerika Syarikat ke Malaysia pada awal tahun ini bagi menjayakan pertunjukan fesyen NIVEA Flaunt it, Fair & Firm.
Kemahiran Saaks mempamerkan aksi memotong busana membentuk gaya cut-out yang elegan telah mencetuskan tarikan luar biasa dalam kalangan wanita tempatan. Maka sejajar dengan itu, terciptalah kerjasama Nivea bersama gedung fesyen dalam talian Asia popular, Zalora.
Menariknya kolaborasi ini adalah konsep suai padan antara barisan busana cut-out daripada Zalora dan rangkaian produk Nivea Whitening & Firming.
Bagaimana anda boleh terlibat dalam kempen Nivea X Zalora ini? Hanya dengan pembelian pek losen Nivea Whitening & Firming bernilai RM25.30, anda akan menerima baucar beli-belah Zalora. Dengan menggunakan baucar tersebut, anda akan mendapat potongan RM10 apabila membeli busana cut-out pilihan anda daripada Zalora.
Sekiranya anda sukar membuat pilihan busana cut-out yang sempurna dalam menyerlahkan keserian kulit anda, ikuti panduan suai padan berikut:
1) Busana: Dres mini biru diraja
    Produk: Nivea Instant White (Firming Body Serum)
Ingin ke parti malam minggu dan kelihatan seksi? Sarungkan dres mini sexy back biru diraja ini untuk penampilan memukau. Kebanyakan gadis tidak berani menggayakan dres ini akibat masalah kulit tidak sekata. Menerusi satu aplikasi Nivea Instant White Firming Body Serym, masalah tersebut dapat diatasi dengan segera. Kulit cerah berseri dapat diperoleh dengan pantas dan anda pasti mencuri pandangan sepanjang malam.
2) Busana: Dres key hole
     Produk: Nivea Extra White (Firming Body Lotion)
Mahukan gaya konservatif? Barangkali dres key hole classy ini sepadan dengan diri anda. Usah risau untuk mempamerkan kulit anda yang cerah dan anjal kepada umum. Dengan adanya Nivea Extra White Firming Body Lotion, anda berupaya menggayakan fesyen peek-a-boo seperti ini.
3) Busana: Dres cut-out beraksesori kolar
     Produk: Nivea Instant White (Firming Body Lotion)
Anda yang menginginkan sesuatu yang menyerlah disarankan untuk memilih dres cut-out beraksesori kolar ini. Perincian berkilauan busana ini menyuntik elemen mewah pada bahagian leher. Ia akan tambah berseri apabila kulit anda disapu dengan Nivea Instant White Firming Body Lotion yang memberikan kecerahan segera dengan hanya satu aplikasi.
4) Busana: Dres mini beropol (ruffle)
     Produk: Nivea Night White (Firming Body Serum)
Look 4.jpg-c
Keupayaan dres mini beropol ini adalah menjadikan anda kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar. Ia sempurna digayakan pada waktu malam terutamanya selepas anda menggunakan Nivea Night White Firming Body Serum yang membantu meremajakan kulit menjelang malam hari bagi memberikan kulit yang lebih cerah dan anjal.
5) Busana: Dres cetakan bunga
    Produk: Nivea Extra White (Firming Body Serum)
Bunga merupakan simbol kepada wanita. Jika ingin berpenampilan kasual untuk makan tengahari, pilihlah dres cetakan bunga ini yang pasti menyerlahkan feminin. Sempurnakan gaya anda bersama Nivea Extra White Firming Body Serum yang sesuai untuk semua jenis kulit. Nikmati kulit yang lebih cerah dan anjal dalam masa 14 hari sahaja.
6) Busana: Dres cut-out aquamarine
     Produk: Nivea Anti-Age White (Firming Body Serum)
Look 6.jpg-c
Gaya merentas zaman adalah gaya yang terbaik untuk ditonjolkan tanpa perlu dibimbangi label ‘ketinggalan zaman’. Dres cut-out aquamarine ini misalnya menyerlahkan kemanisan sang gadis secara semula jadi. Semestinya ia tambah menawan apabila anda mempunyai kulit yang cerah, anjal dan remaja selepas menggunakan Nivea Anti-Age White Firming Body Serum.
Rangkaian Nivea Whitening & Firming adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia menawarkan fungsi berkembar; faedah memutih dan menganjal dalam aplikasi tunggal.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini, para pengguna bolehlah berkunjung ke laman Facebook NIVEA Malaysia di https://www.facebook.com/mynivea atau layari laman YouTube NIVEA Malaysia bagi menonton perjalanan Kempen Flaunt It, Fair & Firm melibatkan Adam Saaks di https://www.youtube.com/user/MalaysiaNIVEA.
Rangkaian Nivea Whitening and Firming boleh didapati di semua farmasi, pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan semua kedai runcit di seluruh negara.
Rangkaian NIVEA Extra White Firming Body
– NIVEA Extra White Firming Body Serum 70ml dijual pada harga RM9.50
– NIVEA Extra White Firming Body Serum 180ml dijual pada harga RM20.90
– NIVEA Extra White Firming Body Serum 320ml dijual pada harga RM25.90
– NIVEA Extra White Firming Body Lotion 125ml dijual pada harga RM10.50
– NIVEA Extra White Firming Body Lotion 250ml dijual pada harga RM18.90
– NIVEA Extra White Firming Body Lotion 400ml dijual pada harga RM25.30
Rangkaian NIVEA Instant White Firming Body
– NIVEA Instant White Firming Body Serum 70ml dijual pada harga RM9.50
– NIVEA Instant White Firming Body Serum 180ml dijual pada harga RM20.90
– NIVEA Instant White Firming Body Serum 320ml dijual pada harga RM25.90
– NIVEA Instant White Firming Body Lotion 100ml dijual pada harga RM10.50
– NIVEA Instant White Firming Body Lotion 200ml dijual pada harga RM18.90
– NIVEA Instant White Firming Body Lotion 400ml dijual pada harga RM25.30
Rangkaian NIVEA Anti-Age Firming Body
– NIVEA Anti-Age Firming Body Serum 70ml dijual pada harga RM9.50
– NIVEA Anti-Age Firming Body Serum 180ml dijual pada harga RM20.90
– NIVEA Anti-Age Firming Body Serum 320ml dijual pada harga RM25.90
For further information log on website :
http://www.pepatung.com.my/fesyen/enam-suai-padan-fesyen-cut-out-nivea-x-zalora.htm

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...