Blog List

Sunday, 7 May 2017

KAYU

Author
Ezlina Esa
PENGENALAN KAYU

Kayu merupakan bahan semulajadi yang unik kerana mempunyai sel-sel yang lain dari yang lain berbanding bahan binaan seperti konkrit dan keluli. Kayu mempunyai nilai ketumpatan, kelembapan, dan ruang udara yang berbeza dengan bahan binaan yang lain

(Breyer,Fridley dan Cobeen,1999)



PENGGUNAAN STRUKTUR KAYU

•Kayu boleh digunakan untuk tujuan-tujuan berikut:

-Anggota struktur yang ringan dalam struktur kekal ; rasuk, tiang, rangka bangunan, bumbung kayu, lantai, pintu.

-Pembinaan berat seperti kekuda bumbung berat, cerucuk, jambatan, jeti.

-Tujuan hiasan seperti dinding sekat, perabot, para-para.

-Struktur sementara seperti acuan konkrit, peranca, tupang

-Pembinaan alat pengangkutan seperti kapal, jeti, landasan keretapi.

-Perusahaan berasaskan kayu seperti papan lapis, kayu lapis, papan serat.



KEKUATAN KAYU

•Kayu sesuai dijadikan bahan untuk binaan disebabkan oleh sifat kekuatannya dalam menanggung beban. 

•Kekuatan kayu ini adalah berbeza mengikut jenis pembebanan dan boleh dikelaskan kepada beberapa iaitu kekuatan tegangan, kekuatan mampatan, kekuatan ricihan, kekuatan lenturan, kekerasan dan ubah bentuk serta rintangan terhadap api.


SIFAT-SIFAT KEKUATAN KAYU

Kekuatan tegangan - sifat rintangan terhadap daya tegangan yang menarik kayu itu 
• Kekuatan mampatan - diuji dalam arah selari ira dan dalam arah tegak kepada ira 
•Kekuatan lenturan - ukuran kekuatan bahan ini yang ditentukan melalui ujian lenturan statik 
•Kekuatan ricih - sifat rintangan kayu itu terhadap daya yang cuba menggelansar 
•Kekerasan - bergantung pada keadaan ira dan unsur-unsur lain dalam rongganya 
•Rintangan terhadap hentaman dan rekahan


FAKTOR MEMPENGARUHI SIFAT KEKUATAN KAYU

•Kandungan lembapan
•Ketumpatan
•Kecacatan
•Rawatan pengawetan
•Suhu
•Masa


KECACATAN PADA KAYU

(SEMULAJADI)

•Buku - bahagian dahan yang terdapat di dalam batang pokok kayu itu
•Hati - ia merupakan kawasan atau bahagian rosak yang terdapat pada pokok
•Gerigis - tumbesaran yang luar biasa seperti tombol kecil pada pokok akibat luka atau ransangan pada lapisan kambium
•Berongga - merupakan lubang yang terdapat di tengah-tengah balak kerana kayunya telah hilang atau reput dimakan oleh anai-anai 


(SERANGGA)

•Anai-anai - menyerang kayu yang tinggal berdekatan dengan tanah dan dalam keadaan lembab
•Serangga Pengorek Kayu - kumbang yang hidup di dalam batang kayu
•Cendawan Reput Lembab dan Kering - menyebabkan kayu menjadi reput



KLASIFIKASI KAYU

•Kekuatan kayu dapat diketahui daripada pengkelasan kayu. Selain dari kekuatan kayu, ketumpatan kayu juga dapat diketahui.
•Kayu boleh diklasifikasikan dalam kumpulan A,B,C dan D berdasarkan faktor kekuatan kayu.
•Manakala klasifikasi kayu mengikut ketumpatan pula diklasifikasikan sebagai kayu keras-berat, kayu keras-sederhana, kayu keras-ringan dan kayu lembut.
•Ciri kayu keras mempunyai daun yang lebar dan biji benih berkulit manakala kayu lembut daripada jenis tumbuhan berbentuk kon yang dicirikan dengan daun berbentuk jarum dan biji benih tanpa kulit.



TEKNIK PENYAMBUNGAN KAYU

•Tanggam – Melebar, Siku, Pemidang dan Memanjang
•Perekat – Glu PVA dan Glu Sentuh
•Paku - Kepala rata dan Kepala Panel
•Skru – Kepala bulat, Kepala timbul dan Kepala benam



TANGGAM

•Tanggam kayu adalah bahagian yang digunakan untuk mencantumkan atau menyambungkan struktur kayu atau papan. Cara penyambungan yang cekap harus dititikberatkan supaya mempunyai nilai kekuatan yang sama dengan kekuatan kayu yang padu
•Penggunaan tanggam pada struktur kayu dapat memberikan altenatif yang baik dalam mempelbagaikan penggunaan struktur tanggam dalam sesuatu pembinaan. Antara kebaikan penggunaan tanggam ialah:

a. Dapat menghasilkan struktur binaan yang ringan.

b. Dapat menjimatkan kos dan bahan

c. Dapat mengekalkan sifat-sifat kecantikan

d. Menambah kekukuhan binaan

e. Dapat menyambung struktur kayu



PEREKAT

•Perekat merupakan suatu bahan cecair yang dapat memegang struktur bahan diantara satu satu sama lain melalui penyentuhan permukaan.
•Perekat di gunakan untuk mendapatkan kekuatan yang secukupnya pada struktur sambungan jejari.



KEBAIKAN KAYU DALAM SEKTOR PEMBINAAN

•Nisbah Kekuatan Berat yang tinggi
• Senang dipotong, diratakan, dipaku dan diskru
•Rupa dan Kemasan yang cantik
•Kealiran haba dan elektrik yang rendah
•Ketahanlasakan yang tinggi
•Kos berpatutan dan mudah diperolehi
•Sesuai untuk semua kegunaan



KEBURUKAN KAYU DALAM SEKTOR PEMBINAAN

•Mudah terbakar
•Pengecutan
•Mudah diserang oleh serangga perosak
•Susah didapati dan menggalakan pembalakan secara besar-besaran
•Urat kayu tidak sekata dan menyukarkan proses mengetam dan kemasan


For further information log on website :
http://ezlinaesa.blogspot.my/2014/02/kayu.html

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...