Author
Azlan Rumadi
For further information log on website :
http://azlanrumadi.blogspot.my/2016/02/kreativiti-perhiasan-dalaman-rumah-dan.html
Azlan Rumadi
KREATIVITI PERHIASAN DALAMAN RUMAH DAN BANGUNAN DARI BAHAN KAYU YANG TERBUANG
Kecantikan dan keselesaan rumah adalah antara salah satu elemen yang selalu diutamakan dalam merealisasikan rumahku syurgaku.Ramai yang sanggup menghabiskan duit yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit untuk mencantikkan rumah dengan mengisi setiap ruangan dengan perhiasan yang pelbagai.Pelbagai pilihan yang kita dapat lihat mengikut kualiti dan harga serta pelbagai jenama yang terdapat di pasaran.
Namun begitu sebagai seorang yang bijak dalam merancang perhiasan rumah tidak semuanya melibatkan jenama dan harga semata - mata untuk menghiasi rumah agar kelihatan cantik dan menarik.Menyelami prinsip Cintai Alam sekitar lebih mencadang dan menggalakkan kita untuk memelihara alam sekitar dengan menggunakan bahan terbuang yang bukan sahaja mampu memberikan keselesaan malah memberikan anda suatu kepuasan apabila anda meletakkan diri anda sebahagian dari usaha memelihara alam semulajadi secara tidak langsung.
Perhiasan rumah dari bahan kayu yang terbuang sebagai contoh mampu memberikan anda hasil yang sangat cantik dan menarik.Sebelum ini juga dalam perkongsian yang lepas saya juga pernah berkongsikan tips - tips dan contoh - contoh menarik rekaan berasaskan kayu terbuang seperti palette.
Selain dari itu,anda mampu menjimatkan kos tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi berbanding kebanyakkan yang dipasaran.Jika dilihat perkembangan semasa , tidak berkecuali para pengusaha restaurant atau pengusaha jualan turut bersama menyahut cabaran ini dengan meletakkan elemen perhiasan dari bahan kayu yang terbuang ke dalam konsep kedai mereka.
Malah tidak dinafikan hasil nya sangat menarik dan memberikan kelainan dan keserhanaan yang mengujakan setiap kali pelanggan memasuki pintu masuk kedai.Tidak mengira samaada yang berkonsepkan Indoor atau Outdoor semakin ramai yang menggunakan konsep ini untuk perhiasan dalaman bangunan dan rumah.
Tidak terkecuali pejabat - pejabat turut mengambil idea kretif ini untuk ruangan tertentu seperti sudut perbincangan,ruang beristirehat dan sebagainya.Penyesuaian dengan persekitaran ruang pejabat menjadikan ruang pejabat tampak esklusif dan kondusif serta menjimatkan kos.Malah ketua anda pasti turut berpuas hati dengan hasil dan dijalankan.
Kesimpulannya dengan menggunakana kreativiti dalam memikirkan idea dalam menggunakan baham terbuang seperti kayu mampu menjadikan diri kita yang lebih bijak dalam memelihara alam sekitar di samping mencantikkan ruang dalaman bangunan atau rumah anda.Tidak semestinya yang mahal itu cantik kerana kita sedia maklum kebanyakkan pemasar sememangnya meletakkan keuntungan ditempat paling utama untuk mengaut keuntungan dari penjualan di pasaran.
Malah sedikit dari idea kreatif anda mampu menyumbang dalam menjaga alam sekitar anda yang lebih bersih dan selesa.
http://azlanrumadi.blogspot.my/2016/02/kreativiti-perhiasan-dalaman-rumah-dan.html
No comments:
Post a Comment