Blog List

Wednesday, 4 October 2017

Kraftangan Sarawak

Author
By 

Kraftangan ialah kerja penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas sahaja. Pertukangan kraftangan seharusnya dikerjakan secara perseorangan atau kecil-kecilan. Hasil kraftangan selalunya membawa kepentingan kebudayaan dan/atau keagamaan.Sarawak misalnya menghasilkan kraftangan yang unik hasil daripada etnik yang berbilang suku kaum.Entry kali ini saya nak membawa anda kepada beberapa kraftangan dari sarawak.



Ini adalah beg untuk mengangkat bayi,biasanya dihasilkan oleh kaum kenyah/kayan yang merupakan pakar dalam seni berasaskan manik dan rotan,seni sebegini memerlukan ketelitian yang tinggi.















Beg ni dibuat daripada rotan sepenuhnya, rasanya ramai dah kenal beg ni kan..kat sarawak aje ada menda ni.Bag ni kraftangan daripada orang ulu sarawak yang digunakan untuk membawa bararang pribadi semasa ke ladang,hutan mahupun ke pekan.












Terendak merupakan salah satu alat yang digunakan sebagai pelindung seperti topi di Sarawak. Setiap suku kaum di Sarawak mempunyai kemahiran seni tersendiri termasuklah seni membuat terendak dalam kalangan masyarakat Melanau. Terendak dihasilkan dalam pelbagai corak dan warna. Pada masa kini, terendak bukan sahaja berfungsi sebagai pelindung tetapi juga sebagai hiasan dinding.


Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan 'Kek Iban'. Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini bewarna kemerah-merahan atau coklat tua. Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 cm. Rekacorak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan Annam (Vietnam) dalam abad ke-17 sebelum Masihi.





Satu lagi kegilaan pengunjung yang datang ke Sarawak, terutamanya Kuching ialah Pasu Sarawak. Ini kerana pasu Sarawak ini unik dari segi bentuknya. Penghasilan pasu di Sarawak bermula seawal zaman Neolitik atau zaman purba lagi dan ini terbukti dengan penemuan bekas pasu di Gua Niah, Sarawak.

Pasu dan barang barang tembikar memang sinonim dengan masyarakat Sarawak. Pada peringkat permulaan, corak yang dihasilkan pada pasu pasu ini adalah lukisan yang menggambarkan kepercayaan. Walaubagaimanapun, kehadiran pedagang Cina ke Sarawak pada kurun ke-19 telah membawa perubahan dan pengaruh besar dalam menghasilkan corak pasu Sarawak yang kita lihat pada hari ini.



Sarawak memang senonim dengan kepopulariti tikar rotannya,mungkin disebabkan buatannya yang cantik mahupun hasil seni yang halus membuat ia menambat hati pencipta barang kraftangan tikar khasnya.Kalau dulu ia bertujuan untuk menjemur padi dan menjadi alas ruang tamu mahupun dapur.Kini ia menjadi kraftangan yang unik sebagai perhiasan ruang tamu pelengkap citarasa yang nampak mewah.









Sape adalah alat Muzik tradisional oleh Orang Ulu hulu yang tinggal di pendalaman Borneo. Sape diperbuat daripada sekeping  kayu, biasanya sekeping kayu lembut, seperti kayu Meranti. Manakala tali-tali dahulunya dibuat daripada pokok Sagu tetapi kini digantikan dengan tali nilon. Instrumen tersebut adalah  dibuat berbeza dari setiap lapisan, dan julat besar dari 60 cm hingga 150 cm.

Dahulu Sape dimainkan semasa Datun Julud dan Ngajat, ini adalah tarian perang tradisional daripada pemburu kepala.Kini Sape dimainkan dalam upacara perayaan mahupun pertunjukan biasa.
Terabai atau Perisai adalah lambang kepahlawanan kaum Iban dan orang ulu di Sarawak dahulu kala. Asalnya ia diperbuat daripada kayu keras dan dihiasi dengan ukiran pada permukaan depannya.Tujuan asalnya sebagai alat pertahannan semasa bertempur dengan musuh tapi kini ia menjadi perhiasan rumah yang cantik.

Parang Ilang atau mandau dalam masyarakat peribumi di Sarawak, bukan sahaja senjata tradisional bahkan ia salah satu budaya yang masih kekal hingga ke hari ini.Walaupun bentuk senjata lain yang lebih maju seperti senapang patah mula diperkenalkan sejak pemerintahan British di Kepulauan Borneo, namun parang ilang kekal sebagai senjata yang penting yang dibawa semasa peperangan pada masa itu.Parang Ilang atau Mandau, pernah digunakan untuk ngayau atau memenggal kepala

Pada zaman dahulu, parang ilang sering dikaitkan dengan tradisi memenggal kepala atau ‘ngayau’ di kalangan kaum Dayak, khususnya semasa dalam peperangan.Tradisi ini akhirnya melahirkan satu kepercayaan bahawa parang ilang yang sering digunakan untuk memenggal kepala adalah bertuah atau keramat.Manakala si pemilik parang ilang tersebut dianggap mempunyai sakral atau sakti dan ini secara tidak langsung meningkatkan status sosialnya.

Namun kini, dengan hilangnya tradisi memenggal kepala sejak awal abad ke-20, parang ilang tidak lagi dianggap keramat atau mempunyai kuasa sakral. Ia tidak lebih dari senjata biasa yang digunakan untuk berburu, menebang pohon, menebas dan melakukan kerja-kerja di kebun.

For further information log on website :
http://lyick81.blogspot.my/2012/03/kraftangan-sarawak.html

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...