Author
James' Terabai
For further information log on website :
http://james-terabai.blogspot.my/2010/12/terabai-iban-sarawak-perisai-iban.html
James' Terabai
Terabai [ Perisai ] adalah lambang kepahlawanan kaum Iban di Sarawak dahulu kala. Demi memartabatkan semula budaya bangsa, saya [ James ] terpanggil untuk menghidupkan semula kesenian yang terulung ini agar tidak pupus ditelan zaman yang semakin maju ini. Dengan segala tenaga dan upaya, di samping anugerah Tuhan pada bakat ini, saya berharap agar kesenian terunggul ini terus dikenali dari generasi ke generasi.
Terabai dahulu kala mempunyai banyak motif yang tersendiri. Ya, saya mengaku masih dalam proses pembelajaran untuk mengenali kesenian ini. Sebab itulah saya hadkan diri saya agar hanya membuat terabai yang coraknya relevan dengan keadaan masa sekarang. Tidak bercorak asli terlalu " berat "agar dapat menjaga tatasusila pantang larang. Maka dengan itu, wujudlah yang saya istilahkan sebagai " Corak kontemporari Terabai/ Perisai ". Harap maaf jika corak kontemporari yang saya hasilkan tidak seperti yang biasa anda lihat pada corak terabai-terabai lama. Usah bimbang !!! Saya masih boleh hasilkan terabai bercorak asli yang tulen untuk yang masih berminat dengannya.
Kesimpulannya jelas, motif utama saya adalah untuk menghidupkan semula kesenian ini dan memperkenalkan Terabai [ Perisai ] secara bentuk asal yang lama dan corak Kontemporari. Terpulang pada permintaan anda. Saya juga fleksibel jika anda menempah mengikut warna yang anda kehendaki.
Terima kasih di atas perhatian anda. Setakat ini, saya mempunyai lebih kurang 20 corak Kontemporari dalam simpanan saya. Hasil kreativiti dan idea sendiri. Dari menebang kayu yang terpilih, memotong batang pokok menjadi blok-blok yang cukup panjangnya, kemudian membelah dua, membentuk secara rawak dengan gergaji rantai yang bersaiz kecil, menghalusi dengan ketam kayu, menghalusi dengan kertas pasir sehingga mencorak dengan cat atau diukir........semuanya saya buat sendiri !!! Kelelahan tak terkata,....namun melihat hasil yang tercapai,...hati puas tak terkira!!!
Yang lebih penting, terabai yang saya hasilkan diperbuat sepenuhnya menggunakan satu blok kayu [ bukan komponen-komponen yang disambung-sambung]. Contohnya, pemegang dan perisai bukan disambung.
Bukanlah untuk membangga diri tetapi hati puas melihat hasil seni saya mendapat perhatian umum dan seringkali dijadikan cenderahati untuk VIP-VIP, hiasan di pejabat kerajaan dan orang perseorangan.
Gambar menunjukkan salah satu terabai buatan saya dijadikan cenderahati kepada Yang Berhormat Tuan Dr. Johnical Rayong, DUN Engkilili (tiga dari kanan) semasa perasmian Hari Sukan SK Empelam, Engkilili.
Kepada sesiapa yang berminat untuk tempahan, saya boleh dihubungi di :
H/P : 019 879 0804
012 859 2819
[ Telefon terus / SMS pada bila-bila masa ]
ATAU
Email : jamesterabai@gmail.com
For further information log on website :
http://james-terabai.blogspot.my/2010/12/terabai-iban-sarawak-perisai-iban.html
No comments:
Post a Comment