Blog List

Thursday 8 June 2017

KIMIA ORGANIK

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kimia organik ialah kajian sains mengenai struktur, ciri-ciri, komposisi, tindak balas, dan sintesis sebatian organik. Pengajian kimia organik kini lebih mementingkan mekanisme tindak balas berbanding dengan siri homolog sebatian organik itu.

Tatanama Organik[sunting | sunting sumber]

Tatanama organik ialah sistem yang diadakan bagi menamakan dan mengelaskan sebatian organik. Tatanama organik yang perlu digunakan ialah sebagaimana yang disarankan oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Kimia Tulen dan Gunaan (International Union of Pure and Applied Chemistry, IUPAC). Peraturan-peraturan tatanama yang ditetapkan mengikut Saranan 1979 dan 1993 boleh didapati di laman web ini.

Sebatian organik[sunting | sunting sumber]

Sebatian organik ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon kecuali oksida karbon (karbon monoksida dan karbon dioksida), sebatian karbida, sebatian sianida, sebatian karbonat, dan sebatian bikarbonat. Sebatian-sebatian organik yang mudah boleh dikelaskan mengikut kumpulan berfungsi yang hadir dalam sebatian itu. Kehadiran kumpulan berfungsi tersebut seterusnya akan menentukan siri homolog sebatian tersebut.
Antara siri homolog yang penting ialah:

Sebatian Alifatik[sunting | sunting sumber]

Sebatian alifatik ialah sebatian organik yang mana molekulnya tidak mengandungi sistem haruman.

Sebatian Haruman[sunting | sunting sumber]

Sebatian haruman ialah molekul organik yang mengandungi satu atau lebih sistem haruman cincin. Contoh-contoh sebatian haruman ialah benzena, fenol, dan toluena.

Sebatian Heterosiklik[sunting | sunting sumber]

Sebatian Heterosiklik ialah molekul organik bergelung yang setiap gelung mengandungi sekurang-kurangnya satu heteroatom. Contoh-contoh sebatian heterosiklik ialah pyridina, furan, dan thiofena.

Polimer[sunting | sunting sumber]

Polimer ialah molekul yang khas. Biasanya dianggap molekul "besar", polimer mendapat reputasi bersaiz sedemikian kerana terdapat molekul yang mengandungi segmen yang lebih kecil. Segmen ini boleh dikenal pasti secara kimia yang menjadikan molekul sedemikian sebagai homopolimer atau struktur kimia segmen yang pelbagai, yang menjadikan molekul itu heteropolimer. Polimer ialah subset "makromolekul" yang hanyalah pengkelasan untuk semua molekul yang dianggap besar.
Polimer boleh jadi organik atau tak organik. Polimer yang biasa dijumpai biasanya organik (contoh. polyethylene, polypropylene, Plexiglas, dll.). Tetapi polimer tak organik juga biasa dalam kehidupan seharian (contoh. silly putty, silikon, dll.).

Konsep[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri unsur organik[sunting | sunting sumber]

Sebab terdapatnya begitu banyak sebatian karbon adalah kerana unsur karbon mempunyai keupayaan untuk membentuk rantaian karbon yang mempunyai pelbagai panjang dan saiz gelung (penguntaian). Kebanyakan sebatian karbon amat sensitif kepada haba, dan biasanya terurai bawah 300°C. Sebatian karbon biasanya kurang larut dalam air berbanding garam tak organik lain. Berlainan dengan garam sedemikian, sebatian karbon biasanya lebih mudah larut dalam pelarut organik seperti eter atau alkohol. Sebatian organik terbentuk daripada ikatan kovalen.

Menentukan struktur molekul sebatian organik[sunting | sunting sumber]

Pada masa kini, terdapat beberapa cara untuk menentukan struktur sebatian organik. Secara umumnya:
  • Kristalografi: Kaedah paling tepat tetapi mahal. Hanya boleh digunakan apabila sebatian tersebut dapat membentuk kristal.
  • Analisis Unsur: Kaedah menghancurkan untuk menentukan komposisi unsur molekul.
  • Spektroskopi infra merah: Biasanya digunakan bagi menentukan kehadiran (atau ketiadaan) kumpulan fungsi tertentu.
  • Spektrometri jisim: Digunakan untuk menentukan berat molekul sesuatu sebatian dan pola serpihan.
  • Spektroskopi resonans magnetik nuklear (RMN): Dapat menentukan kehadiran nukleus yang bersifat magnetik dan membuat deduksi tentang persekitarannya berdasarkan kepada anjakan kimia.
Lihat kimia analisis untuk kaedah lain.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada awal kurun ke-18, kimia organik dianggap sebagai satu cabang kimia yang mengkaji bahan-bahan kimia yang diperoleh daripada benda hidup manakala kimia tak organik dianggap sebagai cabang kimia yang mengkaji bahan-bahan kimia yang diperoleh daripada benda bukan hidup.
Kimia organik sebagai satu bidang sains dipersetujui umum sebagai bermula pada tahun 1828 dengan Friedrich Woehler mensistesis sebatian organik penting urea, secara tidak sengaja dengan menyejatkan larutan akueus ammonium cyanate (NH4OCN).

Mekanisme tindak balas[sunting | sunting sumber]

Tindak balas kimia sebatian organik boleh dikelaskan kepada tiga:
  • Penukargantian
  • Penambahan
  • Penyingkiran
Pengoksidaan, penurunan, dan penyusunan semula biasanya boleh diungkapkan sebagai kombinasi tiga tindak balas di atas.
For further details log on website :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Kimia_organik

No comments:

Post a Comment

Advantages and Disadvantages of Fasting for Runners

Author BY   ANDREA CESPEDES  Food is fuel, especially for serious runners who need a lot of energy. It may seem counterintuiti...